Bibir kering adalah keadaan yang sangat dibenci oleh para gadis dan wanita. Ini kerana masalah bibir kering akan menyebabkan penampilan menjadi kurang menarik. Bukan itu sahaja, malah gincu bibir tidak akan melekat dengan baik semasa anda berhias. Malah bibir kering juga menyakitkan. Apakah punca bibir kering? Bagaimana cara untuk mengatasinya?
Terdapat pelbagai punca bibir kering, dan tanpa anda sedari yang sebenarnya anda sering melakukan perkara-perkara tersebut. Jom kami kongsikan punca bibir kering yang pastinya membuatkan anda terkejut.
Apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, tubuh badan anda akan menjadi kering. Apabila badan anda menjadi kering, semua organ dan anggota badan termasuk kulit akan menjadi kering juga. Akibanya, bibir anda juga akan menjadi kering.
Oleh itu, pastikan anda minum air yang secukupnya setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.
Masalah dehidrasi juga adalah punca bibir kering yang paling kerap terjadi. Masalah dehidrasi boleh berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
Oleh itu, kalau anda nak bibir yang lembab dan cantik, elakkan diri daripada dehidrasi.
Punca bibir kering yang seterusnya ialah terdedah kepada sinaran matahari yang terik. Yang ini pasti anda selalu buat, kan? Apabila anda suka berjemur dibawah panas matahari, bibir anda akan menjadi kering, menggelupas, dan berdarah.
Oleh itu, elakkan daripada berada di luar semasa matahari terik. Jika perlu keluar jangan lupa gunakan payung untuk melindungi muka anda daripada terkena matahari secara langsung.
Cuaca yang terlalu panas juga boleh menjadi punca bibir anda menjadi kering. Lihat sahaja pokok-pokok di luar tingkap anda. Apabila cuaca panas ia akan mengalami masalah kekurangan air lalu menjadi kering dan layu. Begitu juga halnya dengan bibir anda.
Cuaca panas akan menyebabkan bibir menjadi kering. Oleh itu, pastikan anda minum air dengan banyak semasa cuaca panas bagi mengelakkan bibir daripada menjadi kering.
Selain cuaca yang terlalu panas, cuaca yang terlalu sejuk juga adalah di antara punca bibir kering. Cuaca sejuk yang kami maksudkan ialah cuaca dengan suhu yang sangat sejuk seperti di Bukit Fraser atau Cameron Highlands. Pejabat dengan penyaman udara yang terlalu sejuk hingga anda rasa nak beku juga termasuk dalam cuaca terlalu sejuk yang kami maksudkan.
Kalau anda perasan, duduk dalam suhu yang sejuk akan menyebabkan kulit dan bibir anda menjadi kering. Keadaan ini berlaku kerana cuaca yang sejuk akan menyerap lembapan dari tubuh badan termasuk bibir anda.
Punca bibir kering yang seterusnya ialah keadaan udara yang kering. Udara yang kering biasanya berlaku dalam persekitaran berhawa dingin. Jika anda duduk dalam tempat berhawa dingin dalam tempoh yang lama, contohnya semasa bekerja, bibir anda akan menjadi kering.
Oleh itu, jika tempat kerja ada mempunyai penghawa dingin, pastikan anda pakai lip balm untuk melindungi permukaan bibir agar lembapan tidak hilang.
Tabiat suka menjilat bibir adalah satu perbuatan yang kurang menarik dan boleh menyebabkan bibir anda menjadi kering. Ini kerana dalam air liur manusia terdapat enzim yang akan menyebabkan bibir menjadi kering. Oleh itu, kalau anda adalah seorang yang suka menjilat bibir, hentikan tabiat tersebut supaya bibir anda tidak kering lagi.
Selain tabiat suka menjilat bibir, tabiat suka menggigit bibir juga akan menjadi punca bibir kering. Apabila anda suka menggigit bibir, ia akan menyebabkan bibir anda melecet atau luka.
Malah apabila anda menggigit bibir, air liur akan melekat pada bibir lalu enzim yang ada dalam air liur akan menyebabkan bibir anda kering. Oleh itu, hentikan tabiat suka menggigit bibir hari ini juga.
Punca bibir kering yang ini pastinya akan membuatkan anda terkejut. Ramai orang suka bernafas melalui mulut tanpa disedari. Bagaimana tabiat suka bernafas melalui mulut boleh menyebabkan bibir menjadi kering? Untuk pengetahuan anda, apabila anda bernafas melalui mulut, ia akan menyebabkan wap air liur melekat pada dinding bibir.
Ingat tak tadi kami ceritakan tentang enzim dalam air liur yang boleh menyebabkan bibir menjadi kering? Oleh itu, hentikan tabiat suka bernafas melalui mulut kalau anda nak bibir yang lembab dan cantik.
Jika anda suka makan makanan yang tinggi dengan garam, tak hairanlah kalau bibir anda kering. Ini kerana garam adalah punca bibir kering. Oleh itu, untuk mendapatkan bibir yang cantik anda perlu jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang tinggi garam. Pilih makanan yang sihat.
Sesetengah ubat-ubatan boleh menjadi punca bibir kering. Di antara ubat yang telah dikenal-pasti sebagai pencetus masalah bibir kering adalah seperti berikut:
Oleh itu, jika anda mengalami masalah bibir kering selepas mula mengambil ubat yang kami senaraikan di atas, sila berbincang dengan doktor anda.
Itulah dia punca bibir kering yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca cirit birit dan punca sawan