Biasa selalu kalau anak sudah bangun, mereka akan mula menangis dan merengek-rengek. Ibu bapa yang sudah biasa akan terus memujuk anak yang menangis dengan memeluk mereka dan mengucapkan kata-kata sayang. Cara ini adalah cara yang paling mudah dan biasa dilakukan oleh ibu bapa.
Pada mulanya ia agak menjengkelkan bagi ibu bapa kerana anak selalu menangis sejurus selepas bangun tidur. Tetapi bukan semua anak-anak akan mula menangis selepas bangun tidur, ada juga yang tidak menangis selepas bangun tidur. Setiap anak ada ragamnya, bukan.
Apakah punca anak mudah menangis selepas bangun tidur?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 punca anak menangis sejurus selepas bangun tidur. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
Tilam tak sesuai, pampers terlampau penuh, panas dan berpeluh pun boleh buatkan anak kita menangis masa dia bangun. Rasa tak selesa tu yang buatkan anak kita nak melalak je bila bangun.
Bila anak dah tidur 8-10 jam tanpa makan minum ni memang buatkan perut anak bagi signal untuk diisi lah. Tu yang bangun bangun je terus melalak mintak susu tu. Pedih perut la katakan.
Bila bangun bangun je mak ayah dah tak ada depan mata memang boleh trigger rasa cemas anak. Ni normal je. Lebih kurang Separation Anxiety juga macam anak jadi cemas bila kita hantar dia ke rumah pengasuh atau dia tak nampak kita bila kita ke tandas atau ke dapur.
Cuma Anxiety Awakening ni adalah anak rasa cemas bila bangun tidur sebab kita tak ada depan mata dia. Tu yang dia melalak cari kita tu.
Bila anak bangun bangun je dia rasa groggy, rasa mengantuk sangat sangat dan rasa nak melalak, tu mungkin anak kita tengah kena Sleep Inertia.
Sleep Inertia ni terjadi sebab :
💤 Kita bangunkan dia masa dia tengah dalam fasa Rapid Eye Movement Sleep (REM sleep). Bahasa mudahnya adalah kita bangunkan dia masa dia tengah nyenyak sangat tidur
💤 Masa kita kejut tu level hormon Melatonin yang menyebabkan anak kita mengantuk tu masih banyak lagi. Tu yang anak kita melalak sebab dia masih mengantuk sangat lagi
Biasanya akan ambil masa 30 minit – 1 jam juga untuk anak kita betul betul recover daripada Sleep Inertia tu. Fuh!
Bila kualiti tidur anak tak cukup, emosi anak akan mudah terganggu. Tu yang dia jadi irritable sikit. Contohnya jadi mudah nangis tanpa sebab setiap hari ataupun jadi mudah mengamuk tanpa sebab setiap hari.
Sebab tu lah sebelum tidur tu :
💤 JANGAN main gadget atau tengok TV beberapa jam sebelum waktu tidur. Takutnya bila kita tutup lampu pun mata anak masih terkebil kebil tak boleh tidur sebab ‘blue light’ daripada gadget tu boleh buatkan anak susah tidur
💤 Jangan bagi anak terlalu penat sangat sebelum tidur. Berpada pada lah kalau nak bagi anak bermain sebelum tidur sebab bila anak terlalu penat pun tidurnya boleh terganggu sebab badan dan otak dah jadi Overtired.
*Selepas ini, jika anak menangis selepas bangun tidur, janganlah kita marah-marahkan mereka atau biarkan mereka menangis. Pujuk mereka dengan memeluk dan ucapkan kata-kata sayang kepada mereka. Mereka hanya memerlukan kasih sayang ibu bapa mereka selepas bangun tidur. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.