Para ibu semestinya suka menghias halaman rumah. Salah satu daripada hiasan yang menjadi pilihan utama para ibu di Malaysia ialah bunga-bungaan dan pokok yang redup dan rendang. Kehadiran pokok bunga yang berwarna-warni dan pokok yang menghijau rendang bukan sahaja membantu mencantikkan suasana malah membantu memberikan efek ketenangan dan menyejukkan halaman rumah anda. Salah satu pokok yang menjadi pilihan ialah pokok ketapang.
Pokok ketapang menjadi kegemaran ramai kerana rupanya yang cantik dan sangat mudah untuk dijaga. Selain itu pokok ketapang juga mempunyai 1001 manfaat yang tak ramai orang tahu. Bukan sahaja daun ketapang boleh digunakan malah buah dan akarnya juga sangat berguna.
Ramai yang menanam pokok hiasan cantik ini tapa mengetahui apakah kebaikan dan manfaatnya. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang manfaat pokok ketapang serta tips hiasan rumah dengan pokok yang cantik dan rendang ini.
Pokok ketapang berasal dari Asia Tenggara dan biasanya ditemui hidup secara liar di tepi pantai dan kawasan tanah berpasir. Namun yang menariknya, walau pun pokok ini menyukai kawasan tanah berpasir, ia juga mampu untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan tanah yang lain menyebabkan ia boleh ditanam di mana-mana sekali pun tak kira apa jenis tanah.
Pokok ketapang membiak melalui biji benih, keratan batang dan juga ranting. Sangat mudah untuk membiakkan pokok ketapang. Itulah sebabnya ia merupakan di antara pokok yang paling popular untuk menghiasi lanskap di Malaysia. Pokok ketapang biasanya ditanam oleh Majlis Perbandaran di sepanjang jalan dan juga di taman-taman.
Jika anda ingin menghiasi halaman dengan pokok ketapang, pastikan anda menanam ia jauh sedikit dari rumah kerana ia merupakan sejenis pokok yang tinggi, besar dan rendang. Jika ditanam terlalu dekat dengan rumah, dahannya akan terkena rumah anda dan perlu dipotong dengan kerap.
Seperti yang kami nyatakan di atas, pokok ketapang mempunyain 1001 khasiat dan seluruh pokokya boleh digunakan dari daun sehingga ke akar. Di antara khasiat pokok ketapang yang pasti membuatkan anda terkejut adalah seperti berikut:
Kayunya yang keras digunakan dalam pembuatan perabot, bahan binaan dan bahan bakar. Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya buah ketapang ini boleh dimakan samada kulit luar atau bijinya. Bijinya perlu dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan. Minyak yang terhasil daripada biji buah ketapang ini boleh dijadikan minyak masak.
Itulah dia info tentang pokok ketapang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pokok dukung anak, idea pokok hiasan dalam rumah, dan manfaat bunga telang.