Orang perempuan memang mementingkan kecantikan. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, kalau boleh semuanya nak nampak cantik dan sempurna. Walau pun tumit jarang dilihat orang, namun kecantikan tumit juga bukannya sesuatu yang diambil ringan. Sakit sungguh hati bila tengok tumit yang dulunya cantik dan merah jambu kini dan mula merekah.
Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info menarik tentang punca dan petua tumit merekah yang anda wajib tahu. Elakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan tumit anda merekah dan amalkan petua untuk menghilangkan tumit merekah yang akan kami kongsikan sekejap lagi. Semoga bermanfat!
Pastinya anda pelik kenapa tumit yang dulunya lembut, halus, dan licin tiba-tiba menjadi kering dan merekah. Malah jika anda biarkan, tumit yang merekah akan menjadi semakin teruk malah boleh mula menjadi luka dan berdarah. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca kenapa tumit anda merekah. Di antaranya ialah:
Sekarang pastinya anda tak sabar untuk tahu apakah petua hilangkan tumit merekah yang ingin kami kongsikan. Jika anda nak sangat hilangkan masalah tumit merekah yang sedang dialami, jom amalkan petua berikut:
Minyak argan sememangnya terkenal sebagai minyak kecantikan dengan 1001 kegunaan. Tahukah anda bahawa minyak argan juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit merekah. Anda boleh sapukan minyak argan ke kedua-dua tumit dan gosok sehingga minyak argan meresap ke dalam kulit. Sapukan dua kali sehari selepas anda mandi pada waktu pagi dan malam.
Selain minyak argan, aloe vera juga merupakan tumbuhan hijau yang sangat berguna untuk kecantikan. Itulah sebabnya kenapa setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya sepasu pokok aloe vera memandangkan lendir aloe vera boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuklah mengatasi luka terbakar, menghilangkan sunburn, mencantikkan kulit, dan mengatasi masalah tumit merekah. Untuk menghilangkan tumit merekah, apa yang anda perlu lakukan ialah:
Seperti yang kami nyatakan di atas, salah satu punca tumit merekah ialah kurangnya air di dalam badan. Oleh itu, jika anda inginkan tumit yang lembut dan cantik, pastikan anda minum air kosong secukupnya setiap hari agar kulit tidak menjadi kering.
Salah satu petua untuk mengatasi masalah kulit merekah ialah dengan merajinkan diri untuk menggosok tumit dengan pumice stone. Pumice stone adalah batu yang digunakan untuk menggosok tumit kaki bagi membuang kulit yang kering. Apabila kulit kering dibuang, ia akan digantikan dengan kulit baru yang cantik dan licin. Anda boleh membeli pumice stone di kedai-kedai seperti Daiso, Kaison, Body shop, dan sebagainya. Langkah untuk menggunakan pumice stone adalah seperti berikut:
Itulah dia info tentang tips tumit merekah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang petua awet muda, dan petua ruam bayi.