Bagaimana cara nak jadi romantik? Atau bagaimana cara menjadi pasangan yang sweet? Biasalah nama pun dah kahwin kan? Mestilah nak bina hubungan suami isteri yang baik. Kalau boleh nak terus kekal romantik macam tengah hangat bercinta. Biar kebahagiaan kekal lama sampai ke hujung hayat!
Bagi anda yang mahu tahu cara nak jadi pasangan romantik, bolehlah baca dan cuba 10 petua di bawah ni. Petua-petua ini boleh diamalkan sebagai cara untuk menjadi perempuan romantik dan ia juga boleh dijadikan sebagai cara menjadi lelaki romantis sekali.
Untuk menjadi lelaki dan perempuan romantik ni ada banyak kaedah. Antara tips menjadi lelaki dan perempuan romantik paling popular adalah penyabar dan penyayang. Dan macam mana cara nak jadi lelaki dan perempuan romantik ini sebenarnya amat berkaitan dengan perbuatan.
Tak susah pun untuk menjadi suami dan isteri romantik ni sebenarnya cuma ada yang rasa malu atau mungkin tidak tahu cara-cara untuk mulakan. Bimbang dikata buang tebiat juga barangkali.
Antara ciri-ciri lelaki dan perempuan romantik itu adalah :
Tidak dinafikan golongan wanita sangat mahukan lelaki yang romantik sebagai suami. Bagi wanita, lelaki romantik ini boleh menjaganya. Lelaki romantik juga dianggap sebagai seseorang yang bijak untuk membuatnya bahagia.
Untuk mengetahui tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang romantik, di sini turut diberikan beberapa petua bagaimana untuk jadi pasangan suami isteri yang romantik. Jika rasa nak kongsikan tips atau cara-cara nak jadi pasangan yang romantik ini dengan pasangan juga boleh.
Macam mana nak jadi suami atau isteri romantik? Petua yang pertama, apabila pasangan anda jatuh sakit berilah perhatian sepenuhnya. Jangan pula membebel sebaliknya anda perlu jaga pasangan anda yang sedang sakit dengan penuh kasih sayang.
Sokongan anda dalam menemaninya saat dia sakit, ambil berat, memenuhi segala keperluannya, suapkan makan, beri makan ubat dan masak makanan kegemarannya akan membuatkan hati pasangan rasa cair!
Tak susah nak jadi suami isteri romantik, pastikan sentiasa berhubung dengan pasangan anda seolah-olah baru bercinta walaupun usia perkahwinan sudah mencecah hampir 5 tahun. Hantar SMS cinta atau whatsapp selamat berkerja setiap hari.
Hantarkan juga ungkapan i love you atau i miss you bila terpaksa berjauhan dengan pasangan anda. Tunjukkan rasa cinta anda padanya tanpa rasa pernah bosan kerana kata-kata cinta dapat menguatkan lagi kasih sayang anda dan pasangan.
Cara nak kekalkan suasana suami isteri romantik adalah dengan lakukan aktiviti bersama. Tak salah untuk keluar dating berdua walaupun dah ada anak.
Luangkan masa dengan pasangan anda seperti makan bersama, tengok tv bersama, tengok wayang, masak bersama, sidai kain bersama, kemas rumah sama-sama. Aktiviti yang simple pun dapat mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri tau.
Kejutan sangat penting dalam hubungan, tak kiralah pada hari lahir atau hari istimewa, kejutan juga dapat dibuat pada hari-hari biasa dan dapat buat pasangan rasa lebih bahagia. Kejutan boleh dilakukan dengan pelbagai cara.
contoh : Selitkan kad ucapan cinta, beri hadiah, belanja makan, berikan pelukan kasih sayang secara mengejut, menghantar bunga, taburkan kepingan bunga di atas katil, masakkan makanan yang special, boleh jugak menyorok di belakang langsir.
Setiap kejutan akan jadi lebih bermakna dan menjadi kenangam buat pasangan. Kejutan juga dapat menghangatkan lagi cinta anda dan pasangan.
Saling puji memuji antara satu sama lain juga penting. Sebagai isteri selalulah pandang kebaikan suami. Sebagai suami pula selalulah lihat kerajinan isteri. Puji juga. Dengan cara begini setiap pasanga akan nampak dimata betapa pasangannya cukup sempurna.
Suami memuji masakkan isteri, penampilan isteri dan isteri juga memuji suka sikap baik suami, kecomelan suami pastinya menyemarakkan cinta dan memberikan rasa bahagia dalam rumahtangga. Jadi janganlah berat mulut untuk puji pasangan anda seiklas hati.
Dalam rumah tangga sangat penting untuk ada sikap saling hormat menghormati. Bila si isteri menghormati suaminya kita akan nampak ciri-ciri isteri yang solehah dan bila suami menghormati isterinya kita nampak sikap toleransi. Dengan cara begini pastinya menjadi keluarga yang bahagia.
Setiap pasangan pastinya ada pergaduhan, mana ada suami isteri yang tidak bertengkar tapi perkara yang perlu ada adalah pandai memujuk dan sikap beralah.
Jangan bermasam muka terlalu lama, cepat-cepat mengaku salah dan turunkan ego. Anda pujuklah pasangan anda dengan penuh kasih sayang. Hati pasangan yang sedang panas akan cepat jadi sejuk kalau anda pandai memujuk.
Penting untuk kekalkan suasana romantik dalam rumah tangga. Selalulah juga bergurau senda dengan pasangan anda. Pastikan rumah anda penuh dengan gelak tawa kerana gurau senda dapat menceriakan pasangan dan diri sendiri. Gurau senda suami isteri adalah salah satu kunci kebahagiaan juga.
Bila pasangan anda ada masalah jadilah pendengar yang setia. Walau anda tak dapat selesaikan masalahnya, cukuplah anda menjadi tempat dia meluah segala perkara.
Bila pasangan anda menceritakan masalahnya bermakna andalah orang yang paling dipercayai olehnya. Tetap berada disampingnya walaupun apa masalah yang dihadapi kerana anda adalah sumber kekuatan baginya.
Walaupun nampak remeh tapi ramai yang lupa tarikh-tarikh istimewa. Penting untuk ingat tarikh istimewa ini sebenarnya. Bila ingat tarikh istimewa dan penting begini, ia dapat menunjukkan yang anda juga sangat menghargai pasangan.
Walau dengn ucapan ringkas sudah cukup bermakna. Raikan tarikh-tarikh istimewa dengan pasangan anda kerana ia amat bermakna dan romantik juga.
Itulah dia 10 petua bagaimana untuk menjadi orang ‘baru’ dalam usaha untuk menjadi seorang yang romantik.
Tak salah sebenarnya untuk menjadi sepasang suami isteri yang romantik kerana itu adalah salah satu cara untuk terus kekalkan kehangatan semasa bercinta di dalam rumahtangga. Baca juga isteri tidak hormat suami dengan sebabnya sekali, persediaan untuk menjadi suami dan tanda isteri curang.