Ulser mulut atau mata ikan sangat menyakitkan. Boleh demam dibuatnya. Ada orang, takkan makan selagi ada ulser dalam mulut. Lagi kesian kalau jadi pada anak kecil. Jom kami kongsikan petua hilangkan ulser mulut yang anda boleh cuba.
Berkumur dengan air garam merupakan petua hilangkan ulser mulut yang paling popular. Rasanya semua orang pun tahu. Tapi, tak semua orang berani buat petua ini kerana ianya sangat menyakitkan. Boleh keluar air mata menahan kesakitan apabila air garam terkena pada ulser.
Walau pun petua ini sangat menyakitkan, tapi percayalah! Ini adalah petua yang paling berkesan. Kandungan sodium klorida yang terdapat dalam air garam membantu menyembuhkan ulser dengan cepat. Caranya, mudah sahaja:
Selain berkumur dengan air garam, anda juga boleh sapukan gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid. Gel oral boleh dibeli dari farmasi. Gel oral berasa sejuk apabila disapu kepada ulser. Mungkin anda akan terasa sedikit pedih namun tahap kesakitannya sangat kurang berbanding berkumur dengan air garam.
Di dalam gel oral terdapat anesthetic lidocaine iaitu ejen yang menyebabkan bibir kita menjadi kebas lalu mengurangkan sakit akibat ulser. Ia juga membantu ulser cepat sembuh.
Larutan antiseptik seperti Listerine atau Colgate Mouthwash bukan sahaja membantu menghilangkan ulser mulut malah ia juga mencegah bakteria daripada menjangkiti ulser. Berkumur dengan kerap sehingga ulser anda hilang.
Salah satu punca berlakunya ulser ialah kerana kurang minum air. Apabila anda tidak minum air secukupnya, badan akan menjadi kering dan panas lalu ulser pun tumbuh dalam mulut. Oleh itu, apabila ada ulser dalam mulut, pastikan anda minum air kosong secukupnya supaya ulser cepat hilang dan mengelakkan ulser baru daripada tumbuh.
Kalau orang tua, mereka akan sapukan marjerin pada ulser yang tumbuh di dalam mulut. Ambil marjerin dengan hujung jari, letakkan pada ulser. Biarkan sehingga marjerin cair dan hilang. Kalau anda tertelan pun takde masalah, kerana marjerin adalah makanan.
Selain marjerin, orang tua juga biasanya sapukan ubat gigi kepada ulser supaya cepat hilang. Pudina dalam ubat gigi mematikan kuman yang menjadi punca ulser, dan mengecutkan ulser dengan cepat. Namun hati-hati, jangan sampai tertelan ubat gigi.
Jika anda mengambil supplement vitamin E dalam bentuk kapsul, anda boleh gunakan minyak tersebut untuk disapukan kepada ulser. Caranya:
Teh mengandungi asid tanik yang berfungsi membunuh bakteria dan mengelakkan berlakunya jangkitan pada ulser di samping menyembuhkan luka ulser. Caranya:
Kat dapur anda ada baking soda? Anda boleh gunakannya untuk menghilangkan ulser mulut. Ada dua cara yang boleh anda gunakan iaitu:
Aloe vera adalah tumbuhan anti bakteria dan anti radang yang membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Untuk kesan yang optimum, kami cadangkan anda guna jel aloe vera dari pokok, bukannya jel aloe vera yang dibeli dari farmasi. Ini kerana jel aloe vera dari pokok adalah 100% semulajadi tanpa sebarang bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet. Caranya:
Madu merupakan makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiat. Sifat anti bakteria yang ada pada madu menjadikannya sangat berkesan untuk menghilangkan ulser dengan cepat. Ambil sedikit madu dengan hujung jadi, sapukan pada ulser.
Anda juga boleh campurkan sedikit kunyit ke dalam madu sebelum disapukan kepada ulser. Caranya:
Air kelapa muda bukan sahaja membantu menyejukkan badan malah dia juga membantu menghilangkan ulser mulut dengan cepat. Minum air kelapa muda sekrap mungkin, namun hati-hati, kalau terlalu banyak boleh menyebabkan cirit-birit pula.
Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua hilangkan sakit gigi, petua hilangkan kayap, dan petua cairkan kahak.