Sakit mata sangat merungsingkan. Ianya bukan sahaja menyebabkan kesakitan malah banyak urusan akan tergendala. Jom kami kongsikan 17 petua hilangkan sakit mata dengan timun dan kentang yang ramai orang tak tahu.

petua sakit mata

Sumber: Tribunnews

Apakah penyebab sakit mata? Sakit mata boleh disebabkan oleh:

  • Jangkitan Virus

Virus boleh menjadi penyebab sakit mata. Biasanya gejala yang timbul adalah mata berair, gatal, merah, terasa bengkak dan mengalas pade bahagian mata.

  • Jangkitan Bakteria

Selain virus, ada beberapa jenis bakteria juga boleh menyebabkan sakit mata seperti bakteria staphylococcus dan bakteria pneumoccocus. Gejala yang berlaku hampir serupa dengan gejala mata merah kerana virus. Mata juga akan terase pedih dan akan keluar kotoran atau  yang berwarna kuning. Waktu bangun pagi, mata akan susah dibuka kerana melekit akibat banyak kotoran yang keluar. Mata terasa panas seperti ada benda asing yang masuk.

  • Akibat Alergi

Alahan yang berlaku pada mata juga boleh menyebabkan sakit mata. Kadang-kadang mata juga akan terasa bengkak seperti terisi cecair di dalamnya.

  • Luka pada mata

Luka pada mata juga boleh menjadi punca sakit mata. Jika tidak dirawat dengan betul, luka pada mata boleh menyebabkan jangkitan.

Jom ketahui apakah petua hilangkan sakit mata.

1. Madu lebah

Anda boleh gunakan madu lebah untuk menghilangkan sakit mata. Caranya, cuci mata anda dengan air, kemudian sapu atau titiskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Cuci mata anda. Lakukan 2 atau 3 kali sehari.

2. Air garam

Rendam mata dalam air garam. Caranya, buat sebekas air garam yang boleh memuatkan bahagian muka dan selamkan muka ke dalam bekas tersebut. Kelip-kelipkan mata di dalam air garam tersebut.

3. Daun sirih & kunyit

Gunakan daun sirih untuk menghilangkan sakit mata. Caranya, basuh 5 helai daun sirih dan tumbuk bersama kunyit sehingga lumat. Campurkan dengan air panas, tapis dan ambil airnya. Kemudian minum air tersebut. Buat setiap hari sehingga baik. Air sirih dan kunyit digunakan untuk menguatkan sistem imun badan kita.

petua sakit mata

Sumber: Manfaatjahemerah

4. Susu ibu

Titiskan susu ibu ke dalam mata. Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali.

5. Timun

Timun boleh digunakan untuk merawat sakit mata. Caranya sediakan timun yang besar. Kemudian dihiris tipis-tipis dan tampal pada mata selama beberapa saat. Sifat anti bakteria yang terdapat pade timun membuatkannya sangat mujarab untuk mengatasi sakit mata. Selain itu, timun juga dapat memberikan kesegaran kepada mata.

6. Kentang

Selain timun, hirisan kentang juga mempunyai manafaat yang mujarab untuk menyembuhkan mata yang sakit dan merah. Ambil kentang yang masih segar dan cuci bersih, Kemudian hiris tipis-tipis dan letak di atas mata. Kesegarannya akan membuatkan mata jadi lebih tenang dan terasa sejuk sehingga rasa gatal pada mata akan hilang.

7. Air mawar

Cara merawat sakit mata yang merah dengan semula jadi juga boleh dilakukan dengan air mawar. Caranya juga begitu praktikal kerana boleh dilakukan sendiri di rumah. Amil bunga mawar dan masukkan dalam air bersih, gunakan air mawar tersebut untuk membasuh mata. Lakukan dengan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

8. Air zam-zam

Titikkan air zam-zam kedalam mata dan amalkan selalu sehingga sembuh.

9. Air kosong

Minum air putih atau air minarel sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Secara logiknya, air yang cukup dalam tubuh membantu proses detoks dan pemulihan dalam badan.

10. Daun sirih muda

Ambil beberapa helai daun sirih muda, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air dan dididihkan seketika. Selepas itu, tapiskan air sirih tersebut dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian, rendamkan mata di dalam bekas berisi air tapisan sirih tadi dan kelip-kelipkan mata. Lakukan sehingga sembuh.

petua sakit mata

Sumber: Hellosehat

11. Tuala basah

Air sejuk mengurangkan bengkak dan memberi keselesaan pada mata yang sakit. Anda juga boleh sembur air sejuk pada muka.

12. Ais

Selain air sejuk, boleh juga guna ais atau pek beku. Tekap pada mata dalam empat hingga lima minit.

13. Rehatkan mata

Terlalu lama memandang skrin televisyen, handphone atau komputer boleh menyebabkan sakit mata anda lambat sembuh. Ikut peraturan 20-20 iaitu 20 minit memandang skrin dan kemudian lakukan aktiviti lain dalam 20 minit baru sambung semula memandang skrin.

14. Jarakkan skrin daripada mata

Orang tua selalu marah kalau kita duduk dekat sangat dengan TV kan? Ia memang relevan dan ada betulnya kerana ia menjadikan mata letih akibat memandang terlalu dekat. Jarakkan sekurang-kurangnya 50 – 100 cm di antara mata dan skrin.

15. Elakkan merokok

Asap rokok dan merokok boleh menyebabkan sakit mata lambat sembuh.

16. Pemakanan

Banyakkan makan makanan berikut:

  • Lemak asid Omega 3 seperti salmon, kacang dan flaxseed
  • Vitamin C, E dan zink seperti kale, brokoli, kubis bunga, strawberi, oren, kubis, tomato, saderi dan bayam
  • Vitamin B2 dan B6 seperti telur, sayur-sayuran segar, bijirin, produk tenusu, biji bunga matahari, tuna
  • Lutein dan zeaxanthin seperti kacang hijau, cili benggala oren, jagung, oren, mangga

17. Dapatkan tidur secukupnya

Mata juga menerima kesan jika badan letih akibat kurang tidur. Apabila badan mendapat rehat yang secukupnya, sel darah putih dapat menghapuskan pathogen yang membawa kemudaratan. Dapatkan tidur yang secukupnya untuk menghilangkan sakit mata.

Itulah dia 17 petua hilangkan sakit mata yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jika sakit mata anda tidak hilang dan kelihatan semakin teruk, segera berjumpa doktor untuk mendapatka rawatan.

Jemput juga membaca artikel jenis pening kepala dan gegata

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.