Panas dalam badan ketika demam adalah sesuatu yang merisaukan, lebih-lebih lagi jika yang demam adalah anak kecil. Tak sampai hati melihat mereka mengerang akibat tidak selesa. Apa yang lebih merisaukan, jika suhu badan menjadi terlalu panas ia boleh membahayakan kesihatan kerana berpotensi menyebabkan seseorang mengalami sawan malah boleh menyebabkan berlakukan kecacatan kekal pada otak.
Jom kongsikan petua hilangkan panas dalam badan ketika demam secara natural yang boleh anda amalkan.
Apakah punca seseorang mengalami demam? Yang sebenarnya ada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang individu mengalami demam. Di antaranya ialah:
Elakkan daripada memakain pakaian yang tebal dan ketat melekat pada badan. Pakai pakaian yang nipis dari jenis kain kapas dan pastikan pakaian yang dipakai adalah longgar agar badan anda mendapat pengudaraan yang baik supaya haba panas dari badan dapat keluar. Elakkan juga daripada berselimut kerana apabila anda berselimut, haba panas dari dalam badan tidak dapat dibebaskan malah anda sedang meningkatkan suhu badan dengan berselimut.
Semakin lama anda berselimut, makin tinggi suhu badan anda maka semakin sukar untuk anda pulih dari demam. Anda akan berasa sejuk semasa demam lalu memilih untuk berselimut dan memakai stokin namun yang sebenarnya berselimut akan membuatkan demam anda semakin teruk. Oleh itu pakai pakaian yang nipis dan longgar semasa demam dan jangan sesekali berselimut atau berstokin.
Bilik di mana anda berehat juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan anda sihat dengan cepat. Ada yang menyangkan bahawa duduk di dalam bilik yang panas tanpa membuka kipas angin adalah cara yang terbaik untuk menurunkan panas dalam badan semasa demam namun yang sebenarnya amalan ini adalah tidak tepat sama sekali. Cuba bayangkan, anda sedang demam panas, ditambah lagi dengan duduk di dalam bilik yang panas. Macam mana suhu badan nak turun? Oleh itu untuk cepat kebah dari demam, pastikan anda duduk di dalam bilik yang tidak panas.
Buka kipas dan penghawa dingin jika ada. Turunkan suhu sehingga ke paras yang anda berasa selesa. Jangan terlalu panas dan jangan juga terlalu sejuk. Dapatkan suhu yang anda selesa untuk baring sambil memakai pakaian nipis dan longgar tanpa berselimut atau memakai stokin kaki. Ini adalah persekitaran yang paling ideal untuk menurunkan panas dalam badan ketika demam.
Semasa demam, pastikan anda mengelap badan anak dengan kerap. Untuk orang dewasa, pastikan anda mandi dengan kerap. Jika anak kecil anda demam, anda boleh lap badan mereka menggunakan:
Selain itu anda juga boleh tampal pelekat cool fever pada bahagian dahi, belakang leher dan belakang badan untuk mengurangkan panas.
Air rebusan barli juga sangat berkesan untuk menurunkan suhu panas ketika demam. Caranya juga sangat mudah. Beli sepeket barli dari kedai, rebus di atas dapur bersama air kosong sehingga barli tadi mengembang. Semakin lama anda rebus, semakin kembang barli tadi.
Anda boleh masukkan gula batu atau madu untuk memberikan rasa manis kepada air rebusan barli tadi. Anda boleh rebus dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam peti ais agar tahan lama. Minum air rebusan barli sejuk untuk menyejukkan dan menyegarkan badan.
Petua turunkan panas dalam badan semasa demam yang terakhir ialah pastikan anda minum air kosong dengan banyak. Ini kerana air kosong akan membantu mengeluarkan segala toksin dari badan. Semakin banyak anda minum air, semakin kerap anda membuang air kecil. Air kecil akan keluar bersama segala toksin sekali gus membantu demam anda cepat kebah.
Itulah dia info tentang petua hilangkan panas dalam badan ketika demam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara mencegah demam denggi, tips turunkan demam kuning bayi, dan bayi demam campak.