Anda ada masalah kahak? Taknak terlalu bergantung kepada ubat yang boleh memberikan kesan buruk dalam masa yang panjang? Jom kami kongsikan 12 petua cairkan kahak dengan cepat dan berkesan.
Buah nenas mengandungi sejenis enzim proteolitik yang dipanggil bromelain. Bromelain membantu sistem pencernaan dan juga mencairkan darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan mengandungi bromelain seperti nenas membantu mengurangkan kahak. Minum 2 gelas jus nenas segar sehari selama dua hingga tiga minggu.
Asam jawa memang terkenal dalam campuran masakan melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang boleh membuatkan tekak anda berasa lega. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencampurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga ia menjadi sebati dan kemudian tapis air asam jawa tersebut untuk membuang biji dan seratnya.
Meminum air asam jawa ini bukan sahaja boleh membuatkan tekak anda terasa nyaman malahan ia boleh menyejukkan badan kita. Minum air asam jawa dua kali sehari untuk kesan menakjubkan walaupun rasanya agak masam.
Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah kahak. Petua ini amat mudah, anda perlukan satu labu bawang putih bersama kulitnya dan seterusnya membakar ia di atas dapur gas anda selama 15 minit. Pastikan bawang putih tersebut tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan rentung. Buang kulit bawang tersebut dan makan ia begitu sahaja.
Jika anda tidak berselera memakan bawang putih tersebut, anda juga boleh menumbuk bawang putih yang telah dibakar tersebut dan gaul bersama minyak zaitun. Sapukan pada leher anda sekerap yang mungkin. Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak pada tekak.
Kandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan kahak yang pekat. Sifat semulajadinya membantu mengeluarkan kahak yang berlebihan dari dalam tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih mentah semasa perut kosong.
Madu merupakan satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami sakit tekak. Menurut satu kajian, madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk.
Anda boleh membuat ramuan sendiri di rumah dengan mencampurkan 2 sudu teh madu bersama dengan air suam dan perahan lemon. Madu juga mampu untuk menenangkan manakala jus lemon membantu dari berlaku kesesakan pada rongga. Anda juga boleh memakan madu itu dengan perahan limau nipis.
Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Bancuhkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.
Halia dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada didalam badan. Halia juga membantu untuk membuang kahak yang berada dalam badan dan juga dapat mengurangkan pedih pada tekak. Campuran pudina segar bersama halia dapat bantu menghilangkan gatal pada kerongkong yang menyebabkan terjadinya batuk.
Apa yang anda perlukan adalah halia yang di rendam bersama beberapa helai daun pudina di dalam segelas air panas dan dicampurkan dengan sedikit madu. Minum dua kali sehari dan anda akan alami perbezaan setelah meminum air campuran halia tersebut.
Petua ini membantu melegakan keradangan tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan dan membantu mengeluarkan kahak di tekak. Anda hanya perlu mengambil segalas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari.
Petua hilangkan batuk ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut hilang. Biasanya cara ini boleh membantu dengan cepat untuk menghilangkan batuk anda, sudah tentu ditambah pula dengan terapi semula jadi atau dengan mengambil ubat-ubatan doktor.
Ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah umur 6 tidak sesuai untuk menggunakan kaedah berkumur ini kerana bimbang mereka akan tertelan air garam dalam jumlah yang banyak.
Makanan pedas bertindak sebagai natural decongestant, bermakna melegakan tekak anda di mana ia membantu menguraikan kahak yang terkumpul di belakang tekak anda. Contoh seperti cili cayenne membantu mengurangkan kahak yang menghalang di belakang tekak. Selain itu makanan pedas juga meningkatkan aliran darah dan oksigen pada tekak. Ini juga membantu mengurangkan kahak pekat di tekak anda.
Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Ini amat membantu dalam pembentukan kahak. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi hempedu. Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat. Larutkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit di dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan bagi membenarkan ia mengurangkan kahak yang terkumpul.
Teh chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan membran mukosa yang perit. Caranya mudah saja. Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan. Minum dengan perlahan-lahan dan biarkan ia meresap ke dalam tekak anda.
Aiskrim vanilla dipercayai dapat mengurangkan keradangan seterusnya mengurangkan sakit tekak kerana ia menyebabkan tekak terasa kebas. Aiskrim sifatnya sejuk apabila anda memakan aiskrim tekak anda akan berasa begitu nyaman. Jangan pula anda memakan ais batu kerana ia akan membuat batuk anda bertambah teruk lagi.
Jika anda tidak berselera untuk memakan makanan yang berat akibat batuk dan sakit tekak. Anda jangan bimbang kerana dengan memakan aiskrim ia mampu untuk memberi tenaga tambahan kepada diri anda.
Air merupakan sumber kehidupan yang sangat penting untuk kehidupan. Kekurangan cecair di dalam badan anda boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan iaitu seperti tekak menjadi kering dan ketidak keselesaan. Salah satu ubat sakit tekak semulajadi yang teramat murah dan sangat penting adalah air putih. Air putih akan membantu anda untuk mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan anda meminum banyak air putih.
Cuma gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka anda. Stim adalah amat panas. Lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastikan stim tidak terus menghala ke muka. Sambil itu minta seseorang tepuk-tepuk belakang anda dengan perlahan dengan tujuan nak melonggarkan kahak dan lebih mudah disingkirkan dari badan.
Itulah dia 12 petua yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang tanda kencing tak lawas, punca kencing tak lawas, dan punca keputihan.