Mencari petua hilangkan buasir? Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur yang membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau membengkak. Ia boleh diklasifikasikan kepada dua jenis:
Umumnya gejala yang dirasakan pertama kali adalah muncul bintil merah disekitar dubur, rasa perit dan pedih ketika selesai buang air besar, bahkan mengeluarkan lendir dan sakitnya boleh menjalar hingga ke punggung. Jom kami kongsikan petua hilangkan buasir yang boleh anda cuba.
Tumbuk kemudian mencampurkan dengan sedikit air dan setelah dihimpit bawang putih tersebut akan mengelurkan air. Air perahan bawang putih ini boleh dimanfaatkan untuk merawat buasir dengan cara disapu pada bahagian dubur setiap hari. Apabila rutin dilakukan buasir akan cepat hilang dan tidak membengkak lagi.
Apabila sudah dilakukan dengan sapuan pada bahagian dubur, jangan lupa minum air putih yang cukup agar tubuh lebih banyak cecair sehingga metabolisme tubuh lebih terjaga dan keperluan cecair yang sangat diperlukan tubuh untuk mengubati buasir ini lebih cepat berkesan.
Minyak badam mempunyai sifat penyerap tisu dan emolien yang boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir luaran. Ia boleh membantu untuk melembap dan mengurangkan keradangan serta melegakan rasa panas dan kegatalan pada dubur dan kawasan di sekitarnya. Caranya:
Untuk buasir luaran:
Menggunakan lidah buaya ialah salah satu penawar semula jadi di rumah yang ringkas untuk rawatan buasir dalaman dan luaran. Lidah buaya mempunyai sifat terapeutik dan antiradang yang boleh mengurangkan kegatalan , kerengsaan dan keradangan buasir. Caranya:
Untuk buasir dalaman:
Untuk buasir luaran:
Produk bijian penuh mempunyai serat yang baik yang bermanfaat untuk mengurangkan simptom buasir dan pendarahan. Selain itu, serat membantu untuk mencuci sistem gastrousus dan membenarkan usus besar untuk bertindak dengan lebih berkesan serta menghilangkan sembelit.
Makanan yang kaya dengan serat berfungsi untuk melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan najis. Anda boleh cuba beberapa produk bijian penuh seperti jagung, oat, barli, beras perang dan gandum kuda.
Cuka epal cider mempunyai sifat astringen yang boleh mengecilkan salur darah yang bengkak, melegakan daripada bengkak dan kerengsaan untuk kedua-dua penyakit buasir dalaman dan luaran. Walau bagaimanapun , anda patut menggunakan cuka yang tidak dipasteurkan dan tidak ditapis untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dan cepat. Caranya:
Untuk buasir dalaman:
Untuk buasir luaran:
Apabila anda menghidapi penyakit buasir dalaman atau luaran , anda patut meningkatkan pengambilan air. Minum 8-10 gelas air sehari untuk membantu anda membersihkan sistem dalaman dan menghidratkan seluruh badan. Ia juga memudahkan untuk proses pembuangan najis dan melembutkan najis.
Apabila anda tidak mendapat cukup air dan cecair lain untuk badan anda, proses mengeluarkan bahan buangan daripada badan akan menjadi perlahan. Najis akan menjadi keras dan simptom penyakit buasir akan bertambah buruk. Jika anda menderita penyakit buasir dan pendarahan teruk secara berterusan atau berulang , anda haruslah segera berjumpa dengan doktor.
Teh mengandungi asid tanik yang mempunyai sifat astringen semula jadi yang boleh mengurangkan bengkak dan sakit berkaitan dengan buasir. Caranya :
Minyak zaitun mengandungi sifat antioksida dan antiradang yang digunakan untuk memulihkan buasir luaran. Ia juga boleh meningkatkan kekenyalan salur darah dan mengurangkan keradangan serta boleh mengecilkan saiz salur darah yang bengkak dalam saluran dubur. Caranya :
Ais membantu dalam menyempitkan saluran darah dan mengurangkan bengkak serta memberi kelegaan daripada sakit dengan cepat. Caranya :
Itulah dia petua hilangkan buasir yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat.Jemput juga baca petua hilangkan bisul dan petua hilangkan migrain.
Sumber: Gayahidupsihat