Kita banyak mendengar petua daripada orang dulu-dulu. Ada petua yang kita boleh percaya dan ada petua yang tidak boleh dipercayai. Banyak petua orang dulu-dulu yang berkaitan dengan kanak-kanak. Percaya atau tidak, petua yang selalu kita dengar, itulah petua yang tidak boleh dipercayai.

Petua yang diberikan tidak ada logik dan kajian sains untuk mendapati bahawa ia betul atau tidak. Jadi, berhati-hati jika ingin menggunakan petua orang dulu-dulu. Jika tidak ia akan mendatangkan kemudaratan kepada si bayi. Apakah petua bayi yang karut selalu kita dengar?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai elak percaya 5 petua bayi yang karut. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

5 Petua bayi yang karut

petua bayi yang karut

Imej via Mingguanwanita

1️⃣ ELAKKAN BAYI MEMAKAI BAJU KUNING SEMASA DEMAM KUNING

 Masih ada ibu bapa dan orang-orang tua percaya jika bayi dipakaikan dengan benda berwarna kuning akan menyebabkan demam kuning lambat hilang. Tiada bukti saintifik yang mengaitkan demam kuning dengan warna kuning daripada persekitaran. Ini adalah mitos!

Demam kuning adalah sesuatu yang sangat normal berlaku pada bayi yang baru lahir. Ia terjadi kerana organ hati bayi masih belum matang untuk membuang bahan toksik semulajadi di dalam badan.

2️⃣ WALKER BOLEH MEMBANTU ANAK CEPAT BERJALAN.

 Anda berkira-berkira membeli walker supaya si kecil cepat berjalan? Lupakan hasrat itu kerana walker langsung tidak membantu anak berjalan cepat.

 Untuk tumbesaran yang normal, bayi perlu belajar menggunakan kesemua otot-ototnya untuk bergerak secara berperingkat. Bermula daripada menggulingkan badan, merangkak dan perlahan-lahan menguatkan kaki untuk berjalan.

Jika bayi menggunakan walker, belum sempat lagi belajar merangkak, sudah diletakkan dalam walker untuk berjalan. Ini akan menyebabkan otot lemah kerana tidak dilatih berdiri sendiri secara berperingkat. Elok-elok anak boleh jalan semasa 12 bulan, akhirnya hanya boleh berjalan selepas 14 bulan!

3️⃣ SAPU TEPUNG UBI PADA KULIT EKZEMA BAYI

 Menyapu tepung ubi pada kulit bayi yang ekzema hanya akan menerukkan lagi kulit. Kulit ekzema adalah sangat sensitif dan mudah mendapat jangkitan kuman. Apabila tepung ubi disapu pada kulit, kita tidak tahu akan kebersihan tepung tersebut.

 Bakteria daripada tepung ubi boleh menyebabkan jangkitan berbahaya pada kulit. Ini hanya akan menyebabkan kulit semakin gatal.

 Tips sebenar kulit ekzema ialah, ia perlu sentiasa lembap. Kulit akan menjadi lebih gatal jika dibiarkan kering.
****DAPATKAN ELOVERA CREAM DI KLINIK DR ASMAH UTK ECZEMA. HANYA RM 35 SHJ*****

4️⃣ DAUN SIREH/JAMBU/KUNYIT DILETAKKAN ATAS PERUT UNTUK MENGHILANGKAN KEMBUNG

 Ini juga antara petua yang biasa kedengaran apabila bayi perut kembung. Daun akan dilayurkan diatas api kemudian diletakkan di atas perut bayi. Kaedah ini sebenarnya tidak berkesan kerana tiada bukti saintifik mengaitkan daun spesifik tersebut dengan perut kembung.

 Cara yang terbaik untuk mengurangkan perut kembung ialah dengan menuam perut bayi.

Tuam boleh dibuat menggunakan apa sahaja alat tuam yang sesuai. Tuala yang diseterika sehingga sedikit panas juga boleh dijadikan sebagai alat tuam.

5️⃣ KANAK-KANAK BERPENYAKIT ASMA TIDAK BOLEH BERSUKAN

 Semakin ramai anak-anak menghidap asma. Namun ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melarang mereka bermain. Ibu bapa seharusnya membenarkan mereka bersukan selagi mana mereka mampu.

Bersukan sebenarnya sangat bagus untuk tumbesaran paru-paru yang sihat.

 Apa yang penting, mereka perlu sentiasa melakukan rawatan susulan dan berterusan. Ubat asma seperti inhaler juga harus ada semasa mereka bersukan. Tetapi, mereka tidak seharusnya terlalu bergantung pada ubat jika mereka masih boleh mengawal pernafasan.

 Apa-apa pun, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor tentang asma dan bersukan. Bukan sewenang-wenangnya melarang penyertaan anak dalam sukan.

*Berikut adalah 5 petua yang tidak patut dipercayai oleh ibu bapa. Kita lihat petua-petua ini masih diamalkan sehingga zaman teknologi canggih ini. Sedih apabila melihat ibu bapa masih percaya dengan petua ini dan tidak mendapatkan nasihat daripada doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.