Orang zaman dahulu suka menasihati dan memberi pengajaran dengan cara yang halus dan cantik termasuk peribahasa. Jika diperhatikan, peribahasa adalah salah satu perantaraan yang digunakan untuk mereka memberikan peringatan dengan cara santai dan lembut.
Salah satu cabang isu yang dirangkumi oleh peribahasa ialah tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan beberapa peribahasa yang menyentuh tentang peranan ibu bapa dalam sebuah keluarga dan yang paling utama dalam mendidik dan membentuk anak-anak agar menjadi seorang manusia yang hebat apabila dewasa kelak.
Ini adalah peribahasa tentang peranan ibu bapa yang sangat indah kerana ia memberikan peringatan kepada kedua-dua pihak iaitu ibu dab juga anak. Bagi si anak, peribahasa ini mengingatkan supaya sentiasa mentaati dan menghormati ibu kerana redha seorang ibu diperlukan oleh seorang anak untuk masuk ke syurga.
Dalam masa yang sama peribahasa ini juga mengingatkan seorang ibu agar sentiasa redha kepada anak. Jangan terlalu mudah terasa dan ambil hati dengan anak kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan kesukaran dalam hidup anak. Seorang ibu adalah keramat hidup bagi anaknya, Oleh itu pastikan kita sebagai ibu sentiasa redha dan mendoakan yang terbaik buat anak di dunia dan akhirat.
Cuba anda bayangkan bagaimana keadaan seseorang yang sedang membawa sebuah kuali dengan minyak yang diisi penuh? Pastinya dia akan berjalan dengan berhati-hati agar minyak tidak tumpah. Ia adalah gambaran betapa sayangnya seorang ibu bapa kepada anaknya sehingga dijaga dengan baik agar anaknya mendapat semua yang terbaik dan tiada sebarang kekurangan.
Begitulah perumpamaan betapa besarnya kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. Tiada satu pun kasih sayang di dunia yang mampu menandingi kasih ibu bapa kepada anaknya. Malah ada satu lagi pepatah yang berkaitan iaitu kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa membawa bahagia.
Peribahasa ini adalah di antara peribahasa peranan ibu bapa yang paling popular. Ianya adalah satu peribahasa yang sangat terang dan mudah difahami. Bapa borek anak rintik bermaksud bagaimana ibu bapa, begitulah anak-anaknya. Anak-anak akan mengikut kelakuan dan peribudi kedua ibu bapanya.
Jika bapanya seorang yang baik budi dan menjaga tingkah laku, pastinya anak-anaknya juga akan menjadi seorang yang berakhlak. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa seharusnya berusaha menjadi seorang manusia yang terbaik memandangkan kita adalah contoh bagi anak-anak.
Peribahasa yang ini adalah lebih kurang sama dengan peribahasa peranan ibu bapa yang di atas. Anak-anak akan meniru segala perbuatan dan sikap ibu-bapanya. Itulah sebabnya kita sebagai ibu bapa wajib memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. Malah ajaran islam menganjurkan kita agar menjaga tingkah laku dan melakukan amal soleh seawal anak masih berada dalam bentuk bayi di dalam kandungan.
Betapa hebatnya kuasa Allah, bayi dalam kandungan pun akan mengikut tingkah laku dan perangai kedua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibu. Kajian mendapati bahawa seorang ibu yang sentiasa bersedih, marah, dan tidak menjaga emosi semasa mengandung akan mempengaruhi personaliti anak yang berada dalam kandungan. Bayi yang dilahirkan akan cenderung untuk mempunyai sikap ibu semasa mengandung.
Peribahasa ini mungkin kedengaran agak kelakar namun ia sangat padat dengan nasihat dan peringatan agar kita sebagai ibu bapa sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kerana kita adalah contoh tauladan kepada anak-anak. Bagaimana kita ingin membentuk anak yang baik jika diri kita sendiri tidak mengamalkan nilai-nilai murni?
Sebagai contoh, bagaimana kita ingin mendapatkan anak yang soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak menjaga solat 5 waktu. Pastinya anak-anak akan melihat bahawa kita sendiri tidak mendirikan solat. Bagaimana kita mengharapkan anak-anak kita menjaga solat setiap hari?
Anda pernah dengar peribahasa ini? Berdasarkan peribahasa di atas boleh disimpulkan bahawa sesuatu tidak akan berlaku tanpa sebab. Contohnya, pokok tidak akan meliuk jika tidak ditiup angin. Begitu juga dengan anak-anak kita di rumah.
Mereka memerlukan kita sebagai ibu bapa sebagai pendorong untuk mereka melakukan sesuatu dengan baik dan cemerlang. Oleh itu, adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak.
Ini adalah peribahasa yang sangat popular. Kami pasti anda biasa mendengar peribahasa ini. Ini adalah salah satu peribahasa dalam bentuk sinis di mana orang tua zaman dahulu memerli kelakuan sesetengah ibu bapa yang lebih mengutamakan orang luar sehingga mengabaikan anak yang merupakan darah daging sendiri.
Ia juga adalah satu bentuk peringatan agar kita sentiasa mengutamakan anak sendiri yang merupakan tanggung jawab dan amanah kepada kita.
Itulah dia info tentang peribahasa peranan ibu bapa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tanggung jawab seorang bapa terhadap anak, cara didik anak perempuan, dan peranan ibu bapa