Perempuan dan shopping memang tak dapat dipisahkan dan tabiat perempuan atau wanita membeli-belah ini juga agak berbeza dengan lelaki. Contohnya wanita sanggup habiskan masa berjam-jam untuk aktiviti window shopping sedangkan lelaki lebih gemar cepat beli dan segera balik! Mengapa perempuan suka ambil masa lama ketika shopping ni?

Walaupun shopping merupakan perkataan yang sukar dipisahkan dengan perempuan, tetapi shopping juga merupakan salah satu perkataan yang disukai oleh kaum lelaki. Cuma tabiat ketika berbelanja saja yang menjadi perbezaan. Perbezaan paling ketara untuk Lelaki dan perempuan ketika berbelanja adalah cara dan sikap mereka ketika membeli sesuatu.

perempuan suka shopping lama
image via : Real Simple

Perempuan Memang Suka Ambil Masa Lama Ketika Shopping

Perbezaan tabiat lelaki perempuan ketik berbelanja ini ada banyak dan di sini akan dikongsikan sebahagian daripadanya untuk bacaan kita bersama. Antara perbezaan tabiat lelaki perempuan ketika berbelanja itu adalah pada tahap penggunaan Masa.

Kebanyakan lelaki hanya mengambil masa yang singkat untuk membeli sesuatu barang. Ianya ternyata berbeza dengan perempuan yang sering memerlukan masa lama ketika hendak membeli sesuatu barang. Kenapa perempuan boleh ambil masa yang lama untuk shopping? Ini jawapannya.

#1- Perempuan Suka Cuba Produk Terbaru Yang Ada Di Pasaran

Perempuan selalu suka mencuba produk yang paling hangat dan hot. Disebabkan itu, mereka akan meneliti setiap satu product tersebut sebelum membelinya. Mereka akan meneliti dan membuat perbezaan antara kualiti dan hasil reka cipta barang product A & B sebelum mereka membuat keputusan untuk membayarnya.

#2 – Lelaki Akan Terus Beli Produk Yang Sudah Biasa Digunakan

Berbeza dengan kaum lelaki, mereka akan menggunakan produk yang mereka sesuai atau suka sahaja. Selepas itu,  mereka akan menggunakan produk tersebut tanpa mencuba produk yang lain. Ketidakberanian seseorang lelaki itu telah menjadikan mereka mampu berbelanja dalam masa yang singkat berbanding perempuan.

#3 – Perempuan Sangat Cerewet Ketika Membeli Belah

Perempuan merupakan seorang insan yang sangat cerewet dalam membuat sesuatu pemilihan barang. Lagi-lagi jika berkaitan dengan pemilihan pakaian, tudung, kasut dan beg tangan.

Pemilihan pakaian dan tudung harus sesuai dengan warna. Pemilihan kasut dan beg tangan pula mestikan yang mudah disesuaikan dengan apa jua acara. Disebabkan oleh itu, mereka menjadi cerewet dan secara tidak sengaja menyebabkan masa ketika shopping menjadi sangat panjang.

#4 – Perempuan Lebih Pentingkan Rupa Barang Dari Kualiti

Ketika shopping, perempuan lebih utamakan rupa barangan tersebut berbanding kualiti. Manakala si lelaki pula lebih pentingkan kualiti berbanding dengan rupa bentuk. Lelaki akan membeli barangan yang selesa, berkualiti dan tahan lama walaupun warna barang tersebut kurang cantik di mata mereka.

Mengapa Perempuan Sanggup Habiskan Masa Yang Lama Untuk Shopping?

perempuan suka shopping lama
image via : Weekly Sauce

Insan yang bernama wanita mahu terlihat cantik dan menawan ketika menyarungkan sesuatu pakaian tersebut. Oleh itu, pemilihan pakaian dan tudung amatlah dititikberatkan oleh kaum perempuan. Bagi mereka setiap apa yang mereka pakai haruslah bersesuaian dengan keadaan dan masanya. Pakaian yang digunakan adalah image yang penting bagi mereka.

Manakala kaum lelaki pula pada kebiasaanya telah mempunyai senarai barang keperluan yang ingin dibeli. Kaum lelaki ini ketika ingin membeli belah akan terus saja mencari barang yang berada di dalam senarainya. Kam lelaki sama sekali tidak peduli mana tentang produk terbaru di pasaran. Sekadar melihat barang-barang lain sekali imbas saja mungkin.

3 Kelebihan Window Shopping Yang Disedari Oleh Perempuan

Ramai lelaki akan bermasam muka bila isteri atau kekasih shopping lama-lama. Kalau boleh nak terus tarik tangan si perempuan ni dari terus berlama-lama di situ. Sebab kenapa benda ini berlaku adalah kerana si lelaki kurang faham mengapa perempuan suka window shopping sebelum membuat apa-apa pembelian.

Antara kelebihan window shopping yang lelaki tidak sedari adalah :

#1 – Window shopping dapat bantu kita untuk melihat pelbagai barangan sebelum membuat pembayaran.

#2 – Window shopping ini dapat bantu membezakan harga sesuatu barang yang diingini dari satu kedai dengan satu kedai yang lain.

#3 – Window shopping dapat memberitahu di mana ada jualan dengan potongan harga pada waktu tersebut.

Tak Nak Perempuan Suka Shopping Lama? Cadangkan Mereka Untuk Beli Secara Online

Kenapa kalau perempuan shopping mesti lama? Sekarang anda sudah tahu akan jawapannya. Jika malas nak teman cadangkan saja mereka untuk shopping secara atas talian. Dengan cara ini dapat jimatkan masa dari perlu keluar ke mana-mana lokasi.

Berbelanja di atas talian kini sudah menjadi salah satu trend di Malaysia mahupun luar negara. Justeru itu, berbelanja di atas Italian amat digemari oleh lelaki mahupun perempuan dek kerana perbezaan shopping yang telah diterangkan tadi.

Walaubagaimanapun, fokus mereka terhadap pembelian di atas talian adalah berbeza. Kebanyakkan lelaki lebih fokus membeli gadjet dan aksesori kenderaan manakala perempuan pula lebih gemar membeli pakaian, tudung, periuk dan keperluan rumah dan sebagainya.

Biar Berbeza Trend Shopping Asalkan Jangan Sampai Bergaduh

Tidak kisah ini beli di atas talian atau sebaliknya. Itu semua adalah hak individu. Yang penting ikut kehendak masing-masing. Si perempuan pun, kalau dah suami sibuk tak usahlah ganggu. Buat saja pembelian di atas talian yang lebih mudah dan menjimatkan masa.

Jangan juga terlalu sibuk shopping hingga tahap membazir. Wang yang ada perlu juga disimpan untuk kegunaan masa depan dan jika nak window shopping sekalipun janganlah terlalu mengikut nafsu sehingga suami di sisi rasa menyampah.

Sumber :

Eh!

Her Inspirasi

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.