Gerun rasanya bila memikirkan tentang masalah sosial di kalangan remaja zaman sekarang. Apabila membaca berita yang melibatkan golong remaja, pastinya kita akan berdoa semoga zuriat dan keturuan kita dilindungi daripada terjebak dengan aktiviti dan masalah moral yang boleh menjejaskan masa hadapan mereka. Di antara masalah sosial yang semakin berleluasa hari ini ialah:

  • Bohsia
  • Seks bebas
  • Mengandung anak luar nikah
  • Pembuangan bayi
  • Buli
  • Gengsterisme
  • Vandalisme
  • Rogol
  • Sumbang mahram
  • Penyalahgunaan dadah
  • Ketagihan pornografi

Pastinya anda tertanya-tanya apakah punca remaja masa kini mengalami masalah sosial yang teruk? Dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya? Tahukah anda bahawa salah satu cara untuk mengatasi masalah yang semakin kronik ini ialah ibu bapa itu sendiri. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja.

 

Berikan didikan agama yang secukupnya sejak awal

Cara pertama untuk mengatasi masalah sosial di kalangan remaja ialah dengan cara memberikan didikan agama yang secukupnya sejak awal lagi. Pastikan kita memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak mereka bayi, dan pastikan ianya bermula dari rumah.

Bukannya mengharapkan mata pelajaran pendidikan agama yang diajar di sekolah. Ini kerana rumah adalah sekolah pertama anak-anak dan sebagai ibu bapa adalah tidak wajar untuk kita menyerahkan tugas untuk mendidik anak-anak tentang agama kepada guru di sekolah.

Bagaimana cara untuk memberikan didikan agama kepada anak-anak? Mulakan dengan cara hidup kita di rumah. Biasakan anak-anak dengan cara hidup berlandaskan islam. Ajar anak untuk cintakan Allah dan Rasul. Ajar anak-anak tentang perkara halal dan haram, dosa pahala, syurga dan neraka. Ajar anak-anak tentang Al-Quran dan hadith.

Jika kita jadikan islam sebagai cara hidup, pastinya islam akan sentiasa ada dalam hati anak-anak. Anak yang beriman akan terhindar daripada terjebak dengan kegiatan tidak bermoral kerana mereka sentiasa ingat kepada Allah dan takut untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Ambil tahu tentang perkembangan anak-anak di sekolah

Sumber: Theschoolrun

Ibu bapa juga boleh menangani masalah sosial di kalangan remaja dengan cara mengambil tahu tentang perkembangan anak-anak di sekolah. Rajinkan diri untuk bertanya kepada guru kelas tentang perkembangan anak anda di sekolah. Ada kalanya anak-anak tidak berlaku jujur atau ada melakukan perkara yang tidak sepatutnya di belakang kita. Guru di sekolah adalah ibu bapa kedua untuk anak-anak yang menjadi mata untuk memerhatikan anak-anak semasa ketiadaan kita.

Apa yang paling penting, elakkan daripada berfikir yang anak kita baik dan takkan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Percaya dan terima dengan hati yang terbuka apabila guru menceritakan sesuatu yang tidak enak tentang anak kita. Jangan terus melenting dan menganggap yang guru mereka cerita atau tersalah tafsir akan hal sebenar.

Jika anda perkara kurang enak sampai ke pengetahuan kita, terima dengan hati yang terbuka dan selidik apa yang berlaku. Tanya dan berbincang dengan anak dengan cara yang baik.

Elakkan daripada terus marah atau menghukum anak. Pastinya ada penjelasan dari pihak anak kita. Jika anak telah tersilap langkah, berikan hukuman yang setimpal dan bombing anak ke jalan yang benar. Hukum dengan kasih sayang dan hikmah, bukannya menghukum disebabkan oleh perasaan marah dan kecewa.

Ambil tahu dengan siapa anak kita berkawan

Kawan-kawan adalah manusia kedua yang rapat dengan anak-anak selepas ibu bapa. Dengan siapa anak kita berkawan akan menentukan siapa anak kita. Kawan-kawan akan membentuk jati diri anak kita. Itulah sebabnya adalah sangat penting untuk kita sebagai ibu bapa mengetahui dengan siapa anak kita berkawan. Kenali siapa kawan-kawan anak kita dan ketahui apakah aktiviti yang sering mereka lakukan.

Tak salah kalau anda jemput kawan-kawan anak untuk datang ke rumah untuk berkenalan. Malah adalah lebih baik kalau kalau mengenali ahli keluarga kawan anak-anak. Bila mengadakan rumah terbuka sempena hari raya atau kenduri-kendara, boleh jemput kawan anak-anak bersama keluarga mereka. Dengan cara ini anda bukan sahaja boleh mengenali kawan anak-anak dengan lebih rapat malah boleh tahu latar belakang keluarga mereka.

Jika ada kenalan anak-anak yang anda kurang senang, nasihatkan anak dengan cara baik agar menjauhi kawan tersebut. Anak kita masih hijau dan muda, tak tahu untuk menilai yang mana buruk dan mana yang baik. Mereka masih belum tahu bagaimana pengaruh rakan sebaya boleh menghancurkan hidup mereka. Di sinilah kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengatasi masalah sosial di kalangan remaja.

Kawal aktiviti anak-anak

Peranan terkahir yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah dengan mengawal aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. Perhatikan handphone anak-anak. Kawal dengan siapa mereka berhubung dan lama apa yang dilawat oleh anak-anak. Jika anda membenarkan anak keluar rumah bersama kawan-kawan, pastikan anda tahu dengan siapa anak keluar dan ke mana mereka pergi.

Memberikan kebebasan tanpa kawalan dan batasan kepada anak-anak boleh menjadi punca anak terjebak dalam aktiviti yang tida diingini. Mengawal adalah langkah terbaik untuk mencegah berlakunya perkara yang tidak diingini.

Itulah dia info tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah remaja yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang anak nombor dua, anak hyperaktif, dan rahsia mendidik anak-anak.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.