“Baiknya anak dia, pasti ibu bapanya juga orang baik-baik kan?”

Itulah maksud peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Lahirnya anak-anak pasti akan mengikut sikap dan tindakan ibu bapanya. Ibu bapa adalah tunggak dalam sesebuah keluarga.

Mereka adalah Insan yang melahirkan, membesarkan, mengasuh, mendidik dan menyediakan keperluan anak dari kecil sehingga ke dewasa. Tanpa ibubapa, kita tidak mungkin hidup di dunia ini, membesar dengan sihat dan menjadi seorang manusia yang berguna.

peranan ibu bapa
Imej via [solusimaxi]

Setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing. Disini menerangkan tentang peranan ibubapa dalam keluarga yang boleh menjamin kebahagiaan.

1. Menjadi Teladan Kepada Anak-anak

peranan ibu bapa
Imej via [previews]

Peranan ibubapa adalah menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak dengan sentiasa menunjukkan teladan yang baik dan perlu dicontohi. Seperti kita ketahui, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Kelakuan dan peranan ibu bapa bakal memberi kesan yang besar untuk seluruh hidup anak-anak.

Sebagai contoh, perkara negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri, ia bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. 

Mereka akan bertengkar dan akan hilang rasa hormat antara satu sama lain. Oleh itu, ibu bapa berperanan dalam menunjukkan  contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka tidak bersikap negatif di kemudian hari. 

2. Melengkapkan Diri Dengan Ilmu Keibubapaan

peranan ibu bapa
Imej via [sayangsabah]

Ibu bapa berperanan penting dalam melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan. Ibu bapa perlu memahami tanggungjawab besar yang terletak atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka terjamin dan berperanan menjadi ibubapa yang bertanggungjawab.

Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Taknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat,

Peranan ibu hari ini bukan sahaja sebagai seorang suri rumah atau pendidik anak semata-mata, tetapi mereka mempunyai peranan yang besar terhadap agama, bangsa dan negara.

Peranan seorang ayah pula bukan sekadar menyediakan keperluan tempat tinggal dan perbelanjaan makan dan minum anak-anak mereka sahaja, tetapi juga membantu melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan. 

3. Memberi Perhatian Dan Kasih Sayang

peranan ibu bapa
Imej via [nakita]

Peranan Ibu bapa seterusnya adalah mendidik anak-anak dengan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Walaupun ibu bapa sibuk mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing, jangan lupa didikan yang harus diberikan kepada anak.

Untuk pengetahuan anda, hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Ibu bapa harus meluangkan masa dengan mereka dan sentiasa memberi perhatian dan kasih sayang supaya mereka menjadi insan yang cemerlang.

4. Memberikan Didikan Agama Dan Moral

peranan ibu bapa
Imej via [beritaharian]

Ibu bapa haruslah berperanan untuk memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak. Dengan didikan agama yang cukup, anak-anak akan memiliki benteng keimanan yang ampuh dalam mendepani dunia yang penuh dengan cabaran. 

Peranan ibu bapa yang memberi didikan agama akan menjadikan anak lebih menjaga akhlak, kehormatan dan nama baik keluarga. Bak kata pepatah, anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya.

Oleh itu, peranan ibubapa dalam memberikan didikan agama yang cukup kepada anak-anak  akan menjadi insan yang sentiasa menghormati ibu bapa dan ahli-ahli keluarga.

5. Mengawasi Perlakuan Dan Memantau Aktiviti Anak-anak

peranan ibu bapa
Imej via [harianmetro]

Ibubapa hendaklah mengawasi kelakuan dan memantau aktiviti anak-anak kerana itu adalah sebahagian peranan sebagai ibubapa. Hal ini penting untuk memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlaknya. 

Lazim kita lihat, hari ini sahaja banyak terpapar di dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan iaitu masalah sosial dalam kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing hati. Antaranya ialah kes rogol, samun, ragut, zina, pembuangan bayi, pembunuhan dan lumba haram.

Ibu bapa berperanan dalam membuat pemantauan yang rapi supaya anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga. Sekaligus ia akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.

6. Menyediakan Suasana Yang Baik Dan Selesa Di Rumah

peranan ibu bapa
Imej via [ideaonline]

Peranan ibu bapa juga adalah dalam menyediakan suasana yang baik dan selesa di rumah. Keadaan rumah yang tidak selesa seperti rumah yang berselerak dan sempit akan memaksa anak-anak untuk keluar dari rumah untuk memperoleh ketenangan. 

Ruang tamu, bilik tidur, ruang belajar perlulah kelihatan selesa. Dari segi emosi pula, rumah memerlukan suasana yang tenang. Mengikut kajian, faktor latar belakang keluarga seperti keadaan rumah tangga akan mempengaruhi tingkah laku anak-anak.

Oleh itu, Ibubapa berperanan untuk sentiasa membersihkan kawasan rumah supaya dapat melatih anak-anak untuk mejadi seorang yang pembersih. 

7. Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain

Imej via [gayatempo]

Peranan ibubapa dalam keluarga adalah saling menghormati antara satu sama lain. Jangan biarkan anak meninggikan suara atau memanggil antara satu sama lain dengan panggilan yang tidak elok. Begitu juga dengan ibu bapa.

Tanpa sikap hotmat menghormati, akan berlakulah perkara seperti mengejek, mengumpat, berkata yang tidak sepatutnya dan sebagainya. Oleh itu, Ibubapa berperanan untuk mengajar mereka menghormati orang lain supaya mereka menjadi insan yang soleh dan solehah suatu hari nanti

8. Kerap Berkomunikasi Dengan Anak-anak

Imej via [awal.my]

Kerap berkomunikasi dengan anak-anak dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak, ini juga adalah peranan bagi ibubapa. Komunikasi dapat membentuk keluarga bahagia. Jika tidak mengamalkan komunikasi yang baik, ia akan menghasilkan banyak masalah dalam keluarga.

Contohnya adalah bergaduh dan bercerai. Sekiranya, terdapat salah faham antara satu sama lain, duduklah berbincang dengan elok dan luahkan segala masalah yang dihadapi.

9. Mendengar Luahan Anak-anak

peranan ibu bapa
Imej via [siraplimau]

Peranan ibubapa yang wajib dilakukan adalah mendengar luahan anak-anak. Untuk pengetahuan anda, Ibubapa lah yang berperanan untuk berada disisi mereka ketika mereka susah, sedih dan ingin meluahkan segalanya.

Contohnya, masalahnya tentang pembelajaran, perasaan dan masalah peribadi. Mengikut fakta, pada usia 7 hingga13 tahun, anak-anak dididik supaya berdisiplin. Pada usianya 14 hingga 21 tahun pula, ibu bapa perlu menjadikan anak-anak mereka sebagai rakan mereka. Ibu bapa perlu membimbing dan bukannya membuat keputusan untuk anak remaja mereka. 

Apabila ibu bapa bersifat memerintah atau mengarah, maka anak remaja akan menjauhkan diri daripada ibu bapa. Peranan penting adalah untuk menjadi pendengar yang setia supaya mereka lebih percaya dan selesa untuk meluahkan segalanya.

10. Memberi Pendapat Kepada Anak-anak

peranan ibu bapa
Imej via [bumbumcak]

Sebagai ibubapa peranannya sudah tentulah untuk memberi pendapat kepada anak-anak. Ibubapa juga berperanan untuk menjawab soalan yang ditanya oleh anak-anak.

Contohnya, “Mama, kenapa kakak mesti makan sayur?”, “Mama, kenapa kakak kena pergi sekolah?  Dan “Mama, kenapa papa dengan mama gaduh semalam?”.

Menurut kajian dari University of Michigan, anak suka bertanya bukanlah kerana ingin mengganggu ibu bapa mereka tetapi mereka memang perlukan penjelasan yang khusus dari persoalan itu. Pendek kata, mereka ingin jawapan yang betul dan bukan main-main.

Pendek kata, ibubapa seharusnya memainkan peranan dan bersabar dalam menjalani tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Jemput baca Cabaran Ibu Tunggal, Cara hilangkan sedu bayi, Ucapan hari lahir untuk anak dan Hukum ibu bapa sakiti anak.

Rujukan

  1. Anelyza
  2. Farahilyani96
  3. Tilljannah

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.