Uban selalu dikaitkan dengan usia seseorang yang semakin berumur. Rambut yang berwarna hitam mula berubah warna kepada putih dan biasanya terjadi pada pertengahan hingga akhir usia 30 tahun-an. Walaubagaimanapun, uban turut boleh terjadi pada seseorang yang masih berada di usia yang lebih muda (20-an).

Munculnya uban akan bermula dengan beberapa helai dan kemudian akan semakin menjadi banyak dari masa ke semasa. Tak kira lelaki atau pun perempuan, tidak ada individu yang suka bila rambutnya mula putih ditumbuhi uban.

Kenapa uban boleh berlaku? Apa sebabnya pula rambut uban ini berasa gatal? Mari sama-sama kita baca artikel ini bagi mendapatkan sedikit sebanyak jawapan.

penyebab rambut beruban

image via : Sehatq

5 Penyebab Kenapa Uban Boleh Berlaku Di Usia Muda

#1 – Stress 

Semua orang akan menangani tekanan dari semasa ke semasa tetapi setiap tekanan yang dihadapi adalah berbeza-beza. Akibat stress boleh termasuk dalam:

  • Masalah tidur (insomnia)
  • Kebimbangan
  • Perubahan selera makan
  • Tekanan darah tinggi

Tekanan juga boleh menjejaskan pertumbesaran rambut. Terdapat satu kajian mendapati bahawa hubungan antara tekanan (stress) dan penipisan sel stem dalam folikel rambut. Hal ini disebabkan oleh tekanan dan penipisan sel mampu menjadikan rambut beruban.  

Oleh itu, jika anda melihat peningkatan bilangan helai putih (uban) pada anda, tekanan mungkin menjadi puncanya. Teori ini mungkin juga menjelaskan mengapa beberapa pemimpin dunia kelihatan lebih tua atau lebih beruban ketika berada di pejabat.

#2 – Keturunan

Sekiranya anda melihat rambut putih (uban) pada usia muda, kemungkinan besar ibu bapa atau datuk nenek anda juga mempunyai masalah rambut beruban atau putih pada usia muda.

Anda tidak boleh mengubah genetik. Anda hanya boleh mewarnakan sahaja rambut anda bagi menutupi uban di rambut sekiranya teringin mendapatkan rambut yang cantik. 

#3 – Penyakit Autoimun 

Penyakit autoimun boleh menyebabkan rambut putih pramatang. Ini adalah apabila sistem imun badan menyerang sel sendiri. Dalam kes alopecia dan vitiligo, sistem imun boleh menyerang rambut dan menyebabkan kehilangan pigmen dan menyebabkan uban. 

Hampir 1% dikalangan penduduk dunia mempunyai vitiligo. Apabila anda mempunyai vitiligo, sel-sel yang bertanggungjawab untuk warna kulit anda dimusnahkan. Sel-sel ini, yang dipanggil melanocytes, tidak lagi menghasilkan pigmen kulit, yang dipanggil melanin. Apabila sel-sel tidak lagi menghasilkan melanin, kawasan kulit anda akan hilang warna atau menjadi putih.

Rambut anda juga boleh bertukar menjadi kelabu atau putih jika kawasan yang terlibat mempunyai rambut. Walaupun vitiligo boleh menjejaskan banyak bahagian badan yang berlainan, ia tidak menular. Seseorang yang mempunyai vitiligo tidak boleh menghantarnya kepada orang lain

#4 – Kekurangan Vitamin B12

Penyebab utama lain untuk masalah rambut beruban ini adalah kekurangan vitamin. Jika ada kekurangan vitamin B6, B12, biotin, vitamin D, atau vitamin E maka ubat boleh berlaku pada kepala. 

Satu laporan ada mencatat pelbagai kajian kekurangan vitamin D-3, vitamin B-12, dan tembaga dan sambungan mereka kepada rambut beruban. Ia mendapati kekurangan nutrisi mempengaruhi pigmentasi dan menunjukkan warna rambut beruban boleh kembali dengan tambahan suplement vitamin yang betul.

#5 – Mengalami Masalah Hormon 

Hormon juga mampu memengaruhi kesihatan rambut dari masa ke semasa, misalnya hormon mampu mengubahan tekstur, kepadatan, hingga warna rambut. Biasanya proses ini dimulai paling lambat ketika berusia 30 tahun.

Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan  bagi  memahami dengan tepat bagaimana hormon seperti estrogen, progesteron, dan kortisol menyebabkan pertumbuhan uban.

Mengapa Uban Ini Berasa Gatal Di Kepala?

Cara penumbuhan uban adalah sama dengan rambut biasa dan uban juga bukanlah penyebab kepala berasa gatal. Disebabkan uban biasanya dianggap sebagai penyebab kegatalan kulit kepala, banyak orang yang memilih untuk mencabuti uban ini. Sedangkan, mencabut uban boleh nenyebabkan risiko folikal rambut mengalami kerosakan tetap.

Folikel rambut adalah tempat dimana rambut akan tumbuh pada permukaan kulit kepala. Jika folikel rambut ini rosak, maka tidak akan ada lagi rambut yang tumbuh dan hal ini akan menyebabkan rambut menjadi nipis. Bukan itu sahaja, kerap mencabuti rambut juga boleh membuat kepala kita pening.

Justeru itu, uban bukanlah punca kepala berasa gatal. Tetapi kepala berasa gatal bukanlah disebabkan oleh uban TETAPI Ianya disebabkan oleh faktor lain antaranya kelemumur, psoriasis atau kurap.

penyebab rambut beruban

image via : Wolipop

Cara Untuk Menghilangkan Uban Di Usia Muda

  1. Menggunakan heat protection
  2. Hindari stress atau tekanan
  3. Warnakan rambut dengan pewarna semulajadi yang halal seperti inai
  4. Hentikan tabiat merokok
  5. Menggunakan produk rambut yang mengandung kandungan Biotin
  6. Menggunakan minyak almond atau minyak zaitun

Rambut Beruban Itu Normal, Janganlah Terlalu Stress Hingga Ganggu Kesihatan

Sedar ataupun tidak, masalah uban ini boleh berlaku pada sesiapa saja. Malah uban ini memang boleh terjadi dengan sendirinya tatkala usia semakin meningkat. Yang penting jangan terlalu fikirkan hingga ke tahap mendapat stress. Jalanilah hidup dengan penuh ceria di samping insan-insan kesayangan. Biar rambut uban penuh dikepala asalkan di hati penuh dengan perkara yang positif.

Jemput baca juga kesan peluk anak tiap hari , dan khasiat tomato mengikut kajian 

Sumber :

 

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.