Jutawan Sendayu Tinggi? Siapa lagi kalau bukan Bonda Rozita Ibrahim yang merupakan ibu kepada Dato Alif Syukri yang terkenal dengan tagline ‘ terlajak laris’ di Malaysia ini. Sebelum bergelar jutawan kosmetik dan usahawan top di Malaysia, pelbagai jerih perih yang dilalui oleh beliau dan ia mungkin menjadi inspirasi kejayaan buat anda.

pengasas sendayu tinggi
Imej via [mingguanwanita]

Pernah Susah Sebelum Menjadi Usahawan

pengasas sendayu tinggi
Imej via [dianarashid]

Ya. Tidak terkecuali Pengasas Sendayu Tinggi ini juga pernah hidup susah sebelum beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ramai tak menyangka bahawa bonda pernah menjadi penoreh getah dan hidup dengan penuh kedaifan serta banyak kekurangan.

Lebih malang lagi, beliau pernah menggantikan susu dengan sirap untuk bayinya dan gagal memberi rawatan terbaik untuk anak keduanya. Setelah berkahwin dan mengharungi alam rumah tangga, tidak semua kebahagiaan yang kita impikan itu adalah indah.

Jodoh mereka tidak panjang. Pengasas Sendayu Tinggi ini mula mengorak langkah dengan berpindah ke kota dan bekerja kilang, penyambut tetamu, eksekutif dan juga menceburi bidang perniagaan. Di sinilah dia mula berkecimpung dengan bidang pemasaran dan perniagaan. Salah satu perniagaan yang pernah dilakukan adalah perniagaan secara langsung.

Permulaan Dan Pengalaman Berniaga

Imej via [videoagama]

Pengasas Sendayu Tinggi ini mengambil keputusan untuk berbisnes setelah berpengalaman melakukan perniagaan secara langsung sebelum ini. Asbab idea bisnes berasaskan herba, beliau bermula dengan hanya bermodalkan RM400 sahaja.

Paling hebat lagi, beliau menggemukkan badan dan mengamalkan produk jualannya untuk meyakinkan pelanggan. Hebatkan? Hampir 3 kali dilakukannya. Beliau menjual produk tersebut dari satu rumah ke rumah yang lain.

Tanpa disedari, sambutannya amat menggalakkan malah beliau telah dikenali sebagai pengasas sendayu tinggi oleh pelanggannya. Puan Rozita Ibrahim kemudiannya menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran, Klang pada tahun 2000 dan berjaya menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise.

Sedikit Sebanyak Tentang Syarikat Sendayu Tinggi

Imej via [sendayutinggi]

Produk Sendayu Tinggi fokus kepada produk pelangsingan badan dimana mereka mengetegahkan akan keperluan produk berasaskan herba dan amalan tradisi nenek moyang.

Pengasas Sendayu Tinggi telah menubuhkan syarikat Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. Mereka mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd. Kesemua syarikat ini bekerjasama dan sentiasa berkaitan antara satu sama lain.

Produk Sendayu Tinggi kini telah berkembang maju di serata Malaysia, Singapura Dan Brunei. Padanlah produk ini sangat terkenal, tak kurang juga pengasas Sendayu Tinggi ini!

Ramai Yang Tidak Tahu Bahawa…

Imej via [youtube]

Pengasas Sendayu Tinggi ini mempunyai impian dan harapan yang amat hebat. Beliau ingin membantu mereka yang serba kekurangan terutama ibu tunggal yang susah, anak yatim atau sesiapa sahaja untuk menceburi perniagaan bagi mengubah hidup dengan menjadi pengedar Sendayu Tinggi.

Selain itu, ramai yang tahu kisah Pengasas Sendayu Tinggi yang cukup tabah dalam alam rumah tangga ini. Beliau lebih kuat kerana memikirkan keluarga, anak-anak dan penceraian ini menjadi pembakar semangat untuk teruskan hidup dan menjadi lebih berjaya.

Pengasas Sendayu Tinggi ini juga dikatakan mempunyai sifat dan naluri keibuan yang sangat tinggi. Anak-anaknya diajar untuk mengikut sunnah Rasullullah SAW sejak kecil lagi. Ia harus menjadi contoh untuk semua ibu bapa di luar sana.

Pencapaian Dan Anugerah Pengasas Sendayu Tinggi

Imej via [cfwen]

Puan Rozita Ibrahim ada menerima beberapa anugerah yang amat membanggakan seperti Anugerah Trofi Sri Nona, Anugerah Perempuan Teristimewa, Anugerah Tokoh Usahawan Wanita, Anugerah Wanita Ikon 2007.

Ramai wanita yang menjadikan beliau sebagai tokoh dan idola mereka dalam menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.

Inspirasi Dan Motivasi Dari Pengasas Sendayu Tinggi

Imej via [tazkirah]
  • Cari pembakar semangat atau kekuatan untuk terus maju ke hadapan dan buktikan kejayaan kita.

Sebenarnya saya cuba buat pinjaman bank tetapi ketika itu bank tidak layan. Alasan mereka, belum ada perniagaan herba yang berjaya di Malaysia. Saya sakit hati. Saya kata pada diri sendiri, saya akan buktikan yang saya boleh berjaya. Saya tidak perlukan bank untuk berniaga. Dan saya semat dalam hati, mungkin satu hari nanti bank yang akan datang mencari saya. Betul. Sekarang semua bank cari saya.

  • Sering memegang falsafah hidup anda untuk berjaya dan jangan abaikan falsafah hidup.

Saya sentiasa ingat pesan bapa, jangan menipu, jangan rasuah dan jangan buat benda-benda bodoh – minum arak. Pesan saya pada diri saya – jangan riak dan takbur.

  • Jangan pentingkan diri sendiri, sentiasa bantu orang lain dan fikirkan keluarga kita

Saya hendak mendapat satu kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan penuh berkat. Sebab saya rasa kalau kaya sahaja, hati tidak tenteram, tidak guna.

  • Jangan pernah putus asa dan teruskan berjuang dalam keadaan susah untuk menjadi lebih baik dan senang

Beliau melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup sebelum mencapai kejayaan cemerlang dan membina empayar kosmetiknya sendiri. Produk Sendayu Tinggi kini turut dipasarkan ke luar negara seperti Singapura dan Brunei.

Imej via [majalahniaga]

Pengasas Sendayu Tinggi ini merupakan usahawan Malaysia dan pengasas tempatan yang menjadi contoh kepada ramai usahawan yang ingin bermula di luar sana. Kisah inspirasi ini boleh anda amati dengan sebaiknya untuk menaikkan semangat anda bangkit semula.

Semoga kisah inspirasi dari Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim ini membantu anda untuk menjadi lebih baik dan bersemangat mengharungi hari. Jom baca juga 9 Ciri Wanita Solehah Membawa ke Syurga, 6 Jenis Solat Dalam Qiamullail dan Kelebihan Surah Ar Rahman.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.