Baru-baru ini kami telah dijemput hadir ke sidang media pelancaran produk skincare terbaru dari BZU BZU untuk kanak-kanak. Seperti yang diketahui ramai, BZU BZU adalah jenama penjagaan keluarga terkemuka di Malaysia.

Syarikat ini telah melancarkan rangkaian penjagaan kulit Little Lady dengan kerjasama Watsons Malaysia. Rangkaian penjagaan kulit ini terdiri daripada Mousse Pembersih Wajah, Krim Wajah dan Losyen Badan – formulasi yang dirumus khas untuk menghasilkan kulit mulus dan berseri. Dihasilkan untuk kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun ke atas, penjagaan kulit terkini ini adalah formulasi selamat yang dilengkapi dengan bahan-bahan semula jadi dan diuji pakar dermatologi, terbukti lembut untuk kulit.

Menawarkan penyelesaian kepada semua keperluan penjagaan kulit dan berhasrat untuk  mendidik tabiat penjagaan kulit yang sihat daripada usia muda, rangkaian penjagaan kulit Little Lady BZU BZU memperkasa setiap gadis kecil untuk mengambil langkah seterusnya untuk membesar dengan seri.

Produk Little Lady

JIka tengah mencari untuk skincare kanak-kanak yang sesuai, mungkin boleh lihat senarai di bawah ini. Terdapat beberapa produk Little Lady yang boleh dicuba dan menarik.

Little Lady Facial Cleansing Mousse (100 ml)  

Dirumus dengan Prebiotik, Mousse Pembersih Wajah ini ialah ejen pembersih semula jadi 100% yang menggalakkan kulit yang lebih sihat dan memulihkan penghalang semula jadi kulit.

Mousse ini diperkaya dengan Vitamin B Kompleks yang berasal daripada Dedak Beras Jepun untuk membantu meredakan kulit dan mengandungi Gula Kompleks tambahan yang menjadikan kulit lebih lembut, licin serta dilindungi daripada ternyah hidrat. Secara keseluruhannya, buih pembersih wajah ini lembut dan berfungsi untuk menghilangkan kotoran dan sebum dengan berkesan untuk mencegah jerawat.

Little Lady Facial Cream (50 ml)  

Krim wajah ini dirumus dengan 95% bahan semulajadi dan berasaskan tumbuhan serta tidak berminyak. Ia mengandungi pelembab semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia kasar seperti Talc, Paraben, Silikon, Asbestos dan Formaldehid. Padat dengan Prebiotik dan Gula Kompleks bersama bahan-bahan lain yang memperkaya, formula ini membantu untuk menghidrat, melindungi dan memulihkan kulit.

Little Lady Body Lotion (120 ml) 

Losyen badan ini sesuai untuk kegunaan harian dan dilengkapi dengan Prebiotik, Vitamin B, Mentega Shea dan hidrolisis protein susu. Ia terhasil daripada formula ringan yang tidak berminyak dan mempunyai sensasi sejuk untuk melegakan ketidakselesaan kulit.

Dengan memberi penekanan untuk menghasilkan produk terbaik melalui beberapa peringkat penyelidikan dan pembangunan, losyen ini dirumus untuk menguatkan mikrobiom kulit dan meningkatkan kesihatan serta tekstur kulit. Losyen ini juga menggalakkan tona kulit sekata, kaya dengan Vitamin A dan E yang melembabkan, melembutkan, dan melindungi kulit, serta meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan keradangan.

Mengenai BZU BZU
BZU BZU – berasal daripada perkataan Perancis ‘Bisou’ yang bermaksud ‘ciuman penuh kasih sayang’ – ialah jenama penjagaan keluarga dari Singapura, yang diasaskan pada 2019 ketika pandemik dengan matlamat untuk mencipta produk penjagaan kanak-kanak dan keluarga untuk setiap golongan usia menggunakan bahan-bahan semula jadi dan berkhasiat yang berkesan dan selamat digunakan pada kulit sensitif.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di https://bzubzu.my/.

Penulis: Aya Izzuan

Seorang yang gemar pada ilmu yang bermanfaat. semoga perkongsian yang dibuat dapat memberikan ganjaran di akhirat kelak.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.