Orang melayu sememangnya terkenal dengan pantang larang dalam hidupan seharian. Dalam setiap langkah kehidupan ada sahaja pantang larang yang dipesan agar diikuti. Salah satu daripada pantang larang yang popular ialah perkara yang perlu dielakkan semasa datang haid. Ada banyak pantang larang ketika haid yang telah disampaikan secara turun temurun sejak zaman nenek moyang kita dulu.
Bagi kita yang berada dalam zaman serba moden dan canggih, pastinya ada pantang larang yang kelihatan mengarut dan tidak berasas namun tahukah anda bahawa ada juga pantang larang yang logik dan masih berasas yang tak rugi kalau kita amalkan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang pantang larang ketika haid yang semua wanita kena tahu.
Ini adalah pantang larang ketika haid yang paling popular dan kerap kita dengar. Menurut kepercayaan orang tua-tua, semua minuman sejuk dan berais tidak boleh diminum semasa haid kerana boleh menyebabkan darah haid menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim. Apa yang lebih menggerunkan, dikatakan selepas 5 hingga 10 tahun, darah yang terlekat pada rahim akan menyebabkan kita terkena kanser rahim.
Minuman bergas seperti coca-cola dan pepsi pula dikatakan akan menghalang aliran darah haid lalu menyebabkan ada darah yang tertinggal dalam rahim. Tidak keluar habis. Malah air kelapa juga tidak boleh diminum ketika sedang datang haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim kita menjadi sejuk.
Jika dibaca secara umum, pastinya kita akan merasakan bahawa pantang larang ini adalah mengarut dan tidak relevan. Namun ketahuilah bahawa air bergas sememangnya tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi. Sememangnya ia tidak baik untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kegemukan.
Orang tau menghalang kita daripada mencuci rambut ketika haid kerana pada waktu itu liang kepala sedang berada dalam keadaan terbuka dan boleh menyebabkan kita mengalami sakit kepala akibat kepala dimasuki angin. Jika ingin mencuci rambut, orang tua berpesan agar kita mandi dengan air panas dan segera keringkan rambut dengan menggunakan pengering rambut. Malah kita juga digalakkan untuk mengelakkan mandi air sejuk semasa datang haid.
Untuk pantang larang ini, kami berpendapat bahawa islam adalah agama yang mementingkan kebersihan. Jika kita menuruti pantang larang ini dan tidak mencuci rambut lalu menyebabkan rambut kita berbau dan berasa tidak selesa, ianya bukanlah satu pilihan yang bijak.
Orang duulu-dulu cukup menjaga pemakanan semasa datang haid. Di antara makanan yang menjadi pantang semasa datang haid ialah timun kerana dikatakan getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid melekat di dinding rahim. Malah timun juga dikatakan sejuk dan bole menyebabkan rahim menjadi sejuk dan kembang. Setakat ini belum ada kajian yang membuktikan kebenaran dakwaan ini. Terpulang kepada anda sama ada ingin mengikuti pantang larang ini atau pun tidak.
Satu lagi pantang larang semasa haid yang selalu kita dengar ialah elalkan daripada terhantuk, terjatuh, atau terpukul dengan benda keras terutamanya di bahagian perut semasa kita sedang datang haid. Ini kerana kononnya semua itu boleh menyebabkan kita muntah darah lalu menyebabkan rahim terluka. Dari segi perubatan, kesemua pantang larang yang disebut sememangnya boleh menjejaskkan dan membahayakan kesihatan. Oleh itu tak salah rasanya kalau kita ikut pantang larang ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Orang zaman dulu cukup pantang kalau ada yang makan panadol atau ubat tahan sakit jika senggugut. Makan panadol atau ubat tahan sakit semasa haid akan menyebabkan kita senang keguguran. Kita digalakkan untuk bertungku dan minum air suam untuk mengatasi masalah senggugut yang dialami.
Dari segi perubatan, apa pun ubat yang diambil perlulah diambil secara bersederhana. Kebergantungan kepada panadol dan ubat tahan sakit boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, kami berpendapat bahawa pantang larang yang satu ini adalah sangat relevan. Tak rugi kalau kita ikut.
Zaman dulu-dulu, orang perempuan yang sedang haid dianggap kotor dan tidak dibenarkan untuk masuk ke masjid dan surau yang merupakan tempat suci dalam agama islam. Itulah sebabnya dulu-dulu, Cuma wanita yang sedang suci dari haid sahaja dibenarkan masuk ke masjid dan surau.
Pada pendapat kami, larangan waita haid daripada masuk ke masjid dan surau adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran dan darah haid melekat di lantai memandangkan pada zaman dahulu wanita menggunakan kain yang dicuci berulang-kali sebagai lapik seluar dalam. Penggunaan kain menyebabkan darah haid mudah bocor lalu mengotorkan lantai.
Zaman sekarang, kita menggunakan tuala wanita yang sangat baik untuk menyerap darah haid dan kebocoran adalah sanbat sukar untuk berlaku. Oleh itu, pada kami tiada salahnya untuk wanita yang sedang haid untuk masuk ke masjid atau surau asalkan sentiasa memastikan tidka berlaku kebocoran dan mengotorkan lantainya.
Itulah dia info tentang pantang larang ketika haid kena tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang darah haid berketul, perbezaan darah haid dan istihadah, dan mengapa wanita muslim tidak dibenarkan beribadat semasa haid