Umrah adalah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan niat ihram, tawaf saie, bertahalul dan mengikut tertib.
Ijmak ulama mengatakan bahawa ibadah ini wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai panduan umrah untuk wanita yang bagus untuk dipraktikkan sebagai persediaan sebelum ke tanah suci.
Ketika tawaf, berikut adalah antara panduan umrah untuk wanita yang boleh anda ikut:
Sama seperti tawaf juga iaitu pakai seluar di dalam jubah dan pakai kasut. Biasanya perjalanan saie lebih laju berbanding tawaf sebab kurang sesak.
Jadi agak susah untuk berjalan dengan laju jika sekadar memakai sarung kaki. Lebih baik berkasut. Untuk saie, anda juga boleh guna kerusi roda atau motor.
Di tingkat atas sekali untuk saie, ada disediakan motor khas (lebih kurang ATV) yang boleh kita naik dan perlu bawa sendiri. Ada bayaran dikenakan.
Niqab selain ia berfungsi untuk mengelakkan diri daripada diganggu, ia juga boleh melindungi wajah dari panas terik dan ribut pasir jika ia berlaku.
Syarat pemakaian bagi kaum wanita adalah menutup aurat dengan sempurna. Mereka yang melakukan umrah pada kebiasaannya akan memakai jubah untuk lebih mudah.
Pastikan pakaian yang dipakai itu tidaklah terlalu nipis dan tidak terlalu tebal untuk keselesaan pada suhu yang tinggi di sana. Selain itu, elakkan juga pakaian yang berwarna-warni serta jarang.
Banyakkan membawa tudung sarung yang lebih ringkas dan mudah untuk dipakai walau di mana sahaja anda berada.
Walau bagaimanapun, tidak perlu membawa pakaian terlalu banyak dan hanya perlu bawa sekurang-kurangnya empat helai jubah sahaja kerana selain boleh membasuh baju, kebanyakan wanita juga akan membeli jubah baharu di sana.
Pada kebiasaannya, jemaah yang mengerjakan umrah tidak ada masalah dengan isu makanan. Jika dilihat pada tempoh umrah pun tidaklah terlalu lama dalam lebih kurang 2 minggu sahaja.
Namun jika anda mahu bawa makanan kering seperti sambal, mi segera, bubur segera atau sebagainya, boleh sahaja di bawa dengan kuantiti yang sederhana.
Tidak banyak rak kasut yang disediakan di Mekah. Risiko untuk kasut hilang atau anda lupa meletakkannya di mana akan mudah berlaku.
Justeru itu, menyediakan sarung kasut berzip sendiri ke mana sahaja ketika kita berada dalam masjid adalah lebih baik.
Jika di Mekah, kedudukan tandas biasanya agak jauh dari tempat solat. Malah jika kita tinggalkan tempat solat untuk pergi ke tandas, pasti kita tidak akan dapat duduk semula di tempat yang sama lebih-lebih lagi jika sudah hampir masuk waktu solat.
Tips yang boleh anda buat adalah selepas balik dari tandas, anda boleh solat di bahagian bangunan masjid yang baru, bahagian extension Masjidil Haram yang ditambah, berhadapan dengan hotel Intercontinental.
Lokasi tersebut lebih dekat dengan tandas dan kurang penuh dengan jemaah.
Cara memakai kain ihram untuk perempuan lebih senang dan mudah kerana yang pentingnya ialah pakaian menutupi hampir seluruh bahagian tubuh kecuali telapak tangan dan wajah, serta kain tersebut tidak boleh ada apa-apa jahitan.
Berikut adalah beberapa panduan berkenaan pemakaian ihram wanita untuk anda ikuti.
Pada bahagian bawah ia perlu:
Pada bahagian atas pula:
Istimewanya kaum wanita ini salah satunya adalah mereka ada waktu yang tidak dibolehkan untuk solat atau melakukan ibadah-ibadah fardhu yang wajib iaitu ketika datang bulan.
Justeru itu mengetahui akan tarikh datang haid dan rutin yang pada kebiasaannya adalah sangat memudahkan diri anda sendiri sebelum membuat keputusan untuk menunaikan umrah.
Pastikan pada tarikh penerbangan nanti, haid sudah pun selesai dan seterusnya anda dapat memberi fokus kepada ibadah umrah dengan tenang.
Keperluan umrah wanita yang perlu dibawa ialah barang penjagaan diri dan wajah. Antara yang perlu dibawa ialah losyen dan vaseline untuk mengelakkan bibir dan kulit menjadi kering.
Begitu juga dengan produk lain seperti syampu, sabun, berus gigi dan sebagainya juga boleh dibawa, jika tidak selesa menggunakan yang disediakan di hotel. Pastikan saiznya kecil sahaja.
Terdapat dua belas perkara yang dikhususkan untuk wanita sahaja iaitu:
Selain dari panduan umrah untuk wanita ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan umrah dan haji seperti:
Sumber: