Media sosial kini tidak asing lagi dari masyarakat kita. Hampir 90% rakyat Malaysia mempunyai media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp mahupun Telegram dan banyak lagi jenis media sosial. Paling tidakpun sekarang paling-paling memerlukan adalah Whatsapp untuk berkomunikasi dengan orang lain mengenai kerja dan hal-hal tertentu.

Media sosial ini diwujudkan bertujuan untuk membantu individu berkomunikasi dari seluruh pelusuk dunia dan menyampaikan maklumat mengenai negara luar ataupun negara sendiri. Namun, ia disalah gunakan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab. Media sosial kini digunakan untuk menyampaikan maklumat palsu, berita fitnah dan sebagainya.

Perlakuan ini dikatakan satu penyakit iaitu dinamakan Online Disinhibition. Apakah itu Online Disinhibition?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai penyakit Online Disinhibition. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

Online Disinhibition

online disinhibition

Imej via Facebook

Disinhibition bermaksud nyahsekatan, atau kehilangan sekatan. Dalam konteks topik yang dibicarakan, ia membawa erti hilang kawalan diri daripada menjaga sahsiah berlandaskan ciri-ciri sosio-budaya dan agama yang diterima masyarakat setempat(Malaysia).

Disinhibition syndrome ini boleh berlaku atas banyak sebab, antaranya: kecederaan otak, dementia, serta komunikasi alam maya(online). Di sini saya nak fokus kepada faktor “online”, kerana kita semua terdedah kepda faktor ini.

Bagaimana “online” boleh menyumbang kepada pembentukan masalah sosial ini?

6 perkara tentang interaksi atas talian yang menyumbang “online disinhibition”

1. Dissociative Anonymity (tak dikenali)

Di atas talian, seseorang boleh berinteraksi dengan orang lain tanpa dikenali. Bila kita rasa tak dikenali, kita rasa tak perlu bertanggungjawab atas perilaku kita, dan ia mendorong kita untuk melakukan sesuatu yang tidak akan kita lakukan di alam nyata. Antaranya adalah memberi komen lucah, memaki hamun, menyakat atau bergurau tanpa batasan.

2. Invisilibity (tak nampak depan mata)

Bila kita menulis, kita tak nampak audiens. Dalam situasi interaksi alam nyata, ketika kita sedang bercakap, audiens memberi reaksi. Bila kata-kata kita dapat respon emosi negatif, kita akan cuba tukar ayat yang lebih berlapik, atau berhenti daripada teruskan bercakap tentang perkara itu. Ini tak berlaku bila dalam komunikasi atas talian yang tiada video.

3. Asynchronicity (reaksi tertunda)

Komunikasi di media sosial tak semesti berlaku secara langsung, kadang-kadang tertunda. Contohnya, kita mungkin tulis status atau komen yang prokatif di Facebook kerana emosi tak terkawal, kemudian kita log off, atau buat tak endah (tak baca) komen orang pada status kita tadi. Ini membolehkan kita lepaskan tanggungjawab terhadap kelakuan kita.

4. Solipsistic Introjection (suara hati)

Di media sosial, biasanya komunikasi dalam bentuk teks. Bila kita baca komen, kita baca di dalam hati. Kemudian ketika menaip komen, kita berfikir guna suara hati juga. Kita akan rasa seperti kita bermonolog dalaman. Bila kita bermonolog dalaman, kita cenderung untuk tak tapis apa yang kita nak cakap. Itu yang menyebabkan mudah terlanjur kata.

5. Dissociative Imagination (permainan atau gurau)

Ada orang tidak lihat alam maya setara dengan dunia nyata. Bagi mereka, alam maya ni tidak mempunyai batasan sahsiah, undang-undang dan peraturan. Mereka tak anggap netizen yang berada di media sosial ini sebagai manusia yang punya hati dan perasaan. Oleh itu berlakulah hasut maya yang tak terbatas, makian melampau, dan kelakuan lain yang tak sepatutnya.

6. Minimization of Status dan Autority (perkecil status dan autoriti)

Di media sosial, kita tak nampak autoriti dan status seseorang. Ini kerana autoriti biasanya dipamerkan melalui usia, pakaian seragam, bahasa tubuh, perwatakan dan sebagainya. Bila tak tahu, maka kita mudah maki hamun sesuka hati kerana kita cenderung untuk memandang rendah orang lain. Kita rasa lebih pandai, berpengalaman, dan berani daripada mereka.

*Berikut adalah keterangan mengenai penyakit Online Disinhibition. Disinhibition syndrome adalah sangat tidak sihat dan jika anda ada ciri-ciri tersebut, cepat-cepatlah ubah demi kebaikan sendiri dan orang sekeliling. Gunakan lah media sosial ini untuk kebaikan dan bukannya keburukkan.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.