Garam memang tidak boleh diasing lagi dari masakan, betul bukan? Apa-apa mesti kita akan masukkan garam dalam masakan kita untuk mendapatkan rasa lazat di dalam masakan kita. Sedangkan kuih muih juga memerlukan secubit garam untuk menstabilkan rasa manis dan masin kuih tersebut. Kecuali individu tersebut sedang diet, maka mereka tidak akan mengambil sebarang garam dalam masa tertentu.

Tetapi, ada khabar angin yang mengatakan bahawa garam tidak boleh dimasukkan sekali ketika makanan dimasak. Jika garam dimasukkan ke dalam masakan, kita tidak dapat menikmati zat garam yang sepatutnya. Betulkah kenyataan ini?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta struktur garam. Info ini dikongsikan oleh Dr. Suhazeli Abdullah.  Doktor pakar iaitu Dr. Suhazeli Abdullah merupakan doktor pakar perubatan keluarga di klinik. Beliau aktif dalam menjawab hal-hal perubatan termaksu isu berkenaan salah faham medikal dari sudut agama islam.

Fakta sturktur garam tidak akan berubah ketika dimasak

struktur garam

Imej via theladders.com

Struktur asas garam (NaCl) tidak akan berubah jika direbus atau dimasak. Bahkan Garam juga tidak terurai struktur asasnya walaupun dibakar. Cuma mineral (garam) seperti natrium, potasium adalah larut air. Justeru semasa memasak garam dalam bentuk hablur atau di dalam makanan pejal akan dilarutkan ke makanan berkuah/cair.

Jika makanan berkuah yang sudah terlarut garamnya, boleh kita nikmati zat garam secara sepenuhnya dengan menghirup licin kuahnya. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan garam terlarut secara penuh, boleh dicampur selepas memasak atau masak secara stim dan kering. Cuma timbul masalah jika dengan campuran lepas makanan masak itu menyebabkan kita berlebihan.

Nasihat pakar pemakanan

❌ Jangan guna garam tambahan (table salt), seperti garam dalam bekas cantik atas meja makan. Kita cenderung taruk lebih dalam makanan.

❌ Jangan lebih jumlah total garam seharian setiap individu. Hadnya 10g atau lebih kurang 2 sudu teh sahaja sehari. Lebih garam boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan.

❌ Elakkan garam tersembunyi seperti dalam budu, kicap, ikan asin atau seumpamanya. Sekali sekala makan tiada masalah, cuma berhati-hati.

*Berikut adalah fakta mengenai struktur garam tidak akan berubah ketika dimasak. Jadi, anda tidak perlu bimbang lagi jika tidak dapat menikmati rasa zat garam dalam masakan. Nasihat pakar pemakanan juga menasihati agar kita tidak mengambil garam secara berlebihan untuk masa sehari. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.