Nasihah Luqman Al Hakim keapada anaknya adalah antara tips dan petua parenting yang boleh diikuti.
Luqman Al Hakim merupakan seorang yang terkenal dengan kebijaksanaannya, malah dalam kitab suci Al-Quran terdapat sebuah surah yang bernama Surah Luqman yang menceritakan kisah beliau dan nasihat-nasihat yang diberikan kepada anak lelakinya.
Terdapat 11 nasihat Luqman Al Hakim pada anak yang boleh jadikan sebagai pengajaran iaitu:
Pesanan pertama Luqman Al Hakim kepada anaknya ialah supaya mengesakan Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, seperti mana yang tertulis dalam ayat berikut:
“Dan, ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, ‘Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.”
Nasihat kedua Lukman Al Hakim kepada anaknya ialah supaya tidak lupa untuk mendirikan solat kerana solat merupakan tiang agama. Di samping sentiasa mengajak kepada kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar. Anaknya juga diingatkan supaya sentiasa bersabar menghadapi apa sahaja ujian yang mendatang kerana Allah menguji hambanya kerana sayang dan Allah takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan hamba itu sendiri.
Anaknya juga diingatkan supaya sentiasa bersabar menghadapi apa sahaja ujian yang mendatang kerana Allah menguji hambanya kerana sayang dan Allah takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan hamba itu sendiri.
“Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari perkara yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.”
Lokman Al Hakim juga tidak lupa untuk mengingatkan anaknya supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa dan mengikut segala arahan yang diberikan selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam.
“Dan, Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.”
Dalam nasihat yang seterusnya, Lukman Al Hakim mengajar anaknya cara untuk menolak arahan dan permintaan ibu bapa yang melanggar syariat agama. Seperti mana yang tertulis dalam ayat berikut:
“Dan, jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya, dan bergaullah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian, hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
Lukman Al Hakim mengingatkan anak lelaki kesayangannya bahawa setiap ibu bapa di dunia memarahi anaknya kerana perasaan sayang dan inginkan yang terbaik buat anaknya, bukan kerana benci.
“Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”
Lokman Al Hakim berpesan kepada anaknya supaya jangan suka berhutang. Amalan berhutang sesungguhnya merupakan di antara sikap yang keji dan bertentangan dengan ajaran islam.
“Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.”
Nasihat Lokman Al Hakim kepada anaknya yang seterusnya ialah peringatan supaya jangan sesekali berbohong kerana tidak bercakap benar merupakan salah satu daripada dosa besar seperti yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran.
“Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.”
Ini juga merupakan di antara pesanan penting yang ditinggalkan oleh Lukman Al Hakim kepada anaknya. Sesungguhnya mengingati mati akan membuatkan kita semakin dekat dengan Allah dan takut untuk membuat dosa.
“Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati. Demikian kerana kita akan mengingatkan diri yang bakal pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.”
Di antara sifat yang perlu dielakkan semasa hidup di muka bumi ialah sifat sombong, angkuh, dan membangga diri. Ini juga termasuk dalam senarai pesanan Lukman Al Hakim kepada anaknya. Seperti firman Allah:
“Dan, janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak akan menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”
Lukman Al Hakim juga mengingatkan anaknya supaya sentiasa berbuat baik dan elakkan daripada berbuat jahat kepada manusia dan binatang kerana setiap perbuatan kita di dunia akan dibalas oleh Allah walau pun ianya sekadar sebesar zarah. Firman Allah:
“Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau langit atau bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya, Allah Maha Halus, Maha Teliti.”
Itulah dia 10 nasihat Lukman Al Hakim kepada anak yang boleh jadi sebagai pengajaran. Walau pun pesanan ini diberikan pada masa dahulu, namun ianya masih relevan sehingga ke hari ini. Inilah buktinya bahawa isi Al-Quran tidak lapuk dan sentiasa sesuai mengikut zaman.
Jika anda sukakan perkongsian kami tentang nasihat Lukman Al Hakim ini, kami pasti anda juga akan berminat untuk membaca tulisan kami tentang tips membentuk keluarga bahagia, doa qunut, dan cara solat jenazah serta doa