Kali ini kita akan terokai resepi nasi lemak utara. Perbezaan yang amat ketara antara nasi lemak utara dengan nasi lemak lain ialah pada nasi dia. Dimana nasi lemak utara berwarna kuning dan menggunakan beras basmathi. Warna kuning berasal daripada serbuk kunyit yang digunakan untuk merendam beras.
Cara penyediaan nasi lemak utara juga tidak kalah menarik. Nasi lemak dikukus tidak hanya dengan santan dan daun pandan tapi diikutsertakan dengan bahan tumis iaitu bawang, halia, jintan, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada hitam. Tips supaya nasi masak elok ialah gunakakn sukatan yang sama untuk beras dan air/santan.
Nasi lemak utara sedap dihidangkan dengan sambal sotong dan acar timun. Di bawah ini juga kami sertakan resepi sambal lemak kosong dan sambal sotong sekali. Gerenti jika anda ikut resepi ini, nasi lemak utara jadi mudah. Resepi didatangkan daripada Mariana Zainal di laman Facebook.
Selain nasi lemak utara, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.