Muruku merupakan kudapan yang sangat digemari pelbagai lapisan masyarakat. Dari yang muda hingga yang tua. Tekstur nya yang rangup dengan rasa rempah kari dan lemak-lemak masin gitu. Pasti berulang-ulang mengunyahnya.

Oleh itu, hari ini kami ingin berkongsikan resepi muruku lingkar sedap yang dikongsikan Pushpa Rao. Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook tau. Nak tahu kenapa? Kerana resepi ini sangat mudah dan senang. Hanya campurkan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sehingga membentuk doh. Acuankan doh-doh tersebut dan goreng. Mudah ke mudah sangat? Jom tengok resepinya dan selamat mencuba. Shiowla

Resepi Muruku

resepi maruku mudah

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung kacang kuda
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil jintan kecil
  • 1/2 sudu kecil bijan putih
  • 1/2 sudu kecil bijian omam (kalau tak dapat tak apa)
  • Garam secukupnya Shiowla
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar planta
  • Secubit serbuk hing (asafoetida)
  • Santan dari 1/2 kelapa

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kacau semua bahan-bahan di atas sehingga menjadi doh.
  2. Kemudian. Masukkan doh ke dalam acuan maruku dan siap sedia untuk digoreng.
  3. Gorengkan maruku ini sehingga kuning keemasan. Shiowla
  4. Angkat dan toskan.

Tadaaaa. Dah siap. Sangat mudah kan? Bolehlah mencubanya di rumah. Nanti bolehlah menjamu seisi keluarga ataupun boleh dijadikan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi muruku ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.