Kalau ditanya secara jujur, anda suka wajah yang cantik semula jadi atau selepas make-up? Mesti ada yang suka make-up, ada juga yang suka berwajah polos. Kalau penulis nak kongsikan tips muka berseri tanpa make-up, ada yang teruja tak?
Make-up atau solekan dikenakan pada wajah bertujuan untuk menaikkan lagi seri wajah. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menutup kekurangan di wajah seperti parut, jerawat, tona tak sekata dan sebagainya.
Kini, terdapat pelbagai produk make-up di pasaran yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Antara yang wajib ada ialah foundation, compact powder, eye shadow, mascara, blusher dan lipstik.
Apabila anda pandai mengenakan make-up yang sesuai dengan warna kulit, pastinya wajah akan nampak lebih cantik. Namun, yang menjadi masalahnya ialah anda memerlukan kerajinan untuk menanggalkan make-up.
Wanita yang sering mengenakan make-up ketika bekerja atau keluar berjalan-jalan, jangan sesekali malas untuk menanggalkannya. Jika tidak dibersihkan dengan betul, masalah lain pula yang akan timbul.
Saki-baki solekan yang tertinggal akan menyumbat pori-pori pada kulit wajah. Ini akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat, bintik putih dan kulit kusam. Bertambah-tambah pula kos bulanan anda nanti!
Jika terlalu bergantung pada solekan, lama-kelamaan anda akan kurang keyakinan diri untuk tampil berwajah polos. Sebenarnya, kita juga tidak pasti apa kandungan sebenar yang terdapat dalam produk make-up.
Oleh itu, dalam artikel ini penulis akan kongsikan beberapa tips istimewa untuk mendapatkan muka berseri tanpa make-up. Bagi anda yang suka kenakan makeup, apa kata cabar diri untuk cuba tips ini. Mana tahu lepas ni dah lupakan terus make-up.
Salah satu pelaburan penting untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri ialah dengan menjaga pemakanan. Jangan lupa kata-kata “You are what you eat.” Cara paling mudah adalah dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian.
Anda boleh mengambil makanan yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan salmon, tuna, sardin, kekacang dan flax seed. Malahan, lebihkan makanan yang mempunyai vitamin C yang tinggi seperti jambu batu, oren, betik, tomato dan sebagainya.
Semua sistem dan fungsi di dalam tubuh memerlukan air. Oleh itu, jangan sesekali terlupa minum air! Jika anda sibuk, sediakan sebotol minuman dan bawa ia ke mana saja. Dengan cara ini, anda tak akan lupa minum air.
Apabila anda minum air secukupnya iaitu 8 gelas setiap hari, kulit akan sentiasa lembap dan cantik. Air juga dapat menyingkirkan toksik yang terdapat di dalam tubuh. Oleh itu, masalah kulit seperti garisan halus, kusam dan kekeringan dapat diatasi.
Anda juga boleh mengamalkan green tea atau teh hijau. Malahan, anda juga boleh membuat detox water atau juga dikenali sebagai infused water. Caranya ialah masukkan hirisan buah seperti lemon, epal, daun mint dan sebagainya.
Walau sesibuk manapun kita, jangan lupa untuk mendapatkan tidur yang lena dan mencukupi. Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari. Sewaktu tidur, kulit akan menghasilkan kolagen yang baru.
Apabila tidur mencukupi, anda dapat mengelakkan masalah lingkaran hitam di bawah mata dan wajah lesu. Lama-kelamaan wajah akan nampak lebih berseri dan anda kekal awet muda.
Jangan lupa untuk menukar cadar bantal dan tilam seminggu sekali atau 2 kali. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan bakteria dan kekotoran yang terkumpul di situ daripada menjejaskan kulit wajah.
Jika sebelum ini, anda seorang yang alpa tentang kandungan bahan dalam sesuatu makanan atau minuman. Selepas baca artikel ini, buang jauh-jauh tabiat itu. Semak betul-betul kandungan bahan dari segi jumlah kalori, gula dan lemak.
Elakkan membeli makanan dan minuman yang viral. Tidak guna jika rasanya enak, kalau bahan di dalamnya tidak baik untuk kesihatan. Terlalu banyak bahan pengawet, gula, pewarna dan tinggi kalori. Pengambilan makanan seperti ini akan memberi kesan pada kulit wajah.
Kajian membuktikan bahawa dengan senaman tidak kira berjoging, berenang, zumba dan sebagainya, ia sangat baik untuk kulit. Dengan bersenam 3 atau 4 kali seminggu, anda pasti kagum dengan kesannya.
Ia dapat meningkatkan peredaran darah, menyingkirkan toksik dan meningkatkan peredaran oksigen pada kulit. Malahan, senaman dapat meningkatkan endorfin yang dapat mengurangkan stres dan memberi keselesaan pada tubuh serta kulit.
Ini aspek yang sangat penting. Walaupun tidak mengenakan make-up, anda tetap perlu menjaga kulit wajah. Buat rutin penjagaan wajah secara konsisten seperti mencuci muka, memakai toner, serum, pelembap dan krim siang serta malam.
Paling penting jangan lupa teknik double cleansing ketika cuci muka. Jangan lupa juga untuk sentiasa mengenakan pelembap, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Skrub wajah seminggu sekali atau 2 kali. Lagi satu, jangan keluar daripada rumah tanpa memakai krim pelindung matahari. Duduk rumah pun wajib pakai!
Sesekali buatlah urutan wajah menggunakan bahan-bahan semula jadi. Antaranya anda boleh menggunakan minyak zaitun. Urutan lembut ini mampu mengurangkan kedutan halus, menegang dan melembapkan wajah.
Selain minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa atau losyen yang dijual di pasaran. Cara mengurut ialah dari arah dagu naik ke bahagian dahi. Buat beberapa kali. Selain anda berasa lebih segar, wajah juga akan berseri.
Sentiasa senyum apabila berjumpa dengan orang lain. Wajah yang ceria akan memberi impak positif kepada diri sendiri dan orang lain. Ingat kata-kata ini, ‘A smile is an inexpensive way to improve your looks.’
Untuk menambahkan lagi kemanisan senyuman anda itu, jangan lupa menjaga kesihatan gigi. Jumpa doktor gigi setiap 2 kali setahun.
Sentiasa menjaga penampilan diri agar kelihatan kemas dan terurus. Jika mengenakan tudung, pilihlah warna tudung yang sesuai. Begitu juga dengan pakaian, sesuaikan ikut warna kulit dan bentuk badan.
Bagi yang tidak bertudung, tampil kemas dengan memotong rambut dengan kemas. Ikat rambut mengikut citarasa yang diingini. Yang paling penting anda selesa dan nampak bersih. Apabila anda selesa, ia akan terserlah di wajah.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan sesekali berasa rendah diri jika anda mempunyai kekurangan berbanding orang lain. Bersyukur dengan pemberian Allah dengan hati yang terbuka.
Apabila kita redha dan bersyukur selalu, kehidupan kita juga akan tenang. Perasaan positif seperti ini akan memberi impak pada keceriaan wajah. Apabila kita banyak tersenyum dan gembira, wajah pasti akan nampak lebih berseri-seri bukan?
Apa pendapat anda? Diharapkan para pembaca semua seronok membaca kesemua tips yang mudah diikuti ini. Jangan lupa juga baca kebaikan tomato untuk kulit wajah. Bagi para isteri nak tahu cara naikkan seri wajah.