Mengidam perkara aneh ketika hamil kadang kala membuatkan kita dan orang sekeliling sendiri jadi pening kepala untuk menunaikan atau mengendalikan kemahuan itu.

Namun, adakah wajar mengidam perkara aneh itu berlaku kepada ibu yang sedang mengandung? Lalu apakah pula cara terbaik untuk menanganinya selain berkata “tidak”?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan permasalahan isteri yang mengidam perkara aneh ketika mengandung.

Apa itu mengidam?

mengidam perkara aneh

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mengidam bermaksud ingin benar hendak makan sesuatu atau sangat ingin akan atau berkehendak sesuatu.

Manakala menurut istilah yang lebih jelas, mengidam bermaksud keinginan wanita hamil untuk makan sesuatu makanan dan tidak boleh disekat-sekat.

Mengidam biasanya berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kepada sesetengah wanita hamil.

Dalam kamus perubatan sebenarnya, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukan disebabkan oleh kesan perubahan hormon bakal ibu.

Kenapa wanita hamil mengidam?

Rasa mengidam perkara aneh yang dialami oleh bakal ibu adalah kerana hormon-hormon yang aktif sepanjang kehamilan iaitu meningkatnya hormon progesteron.

Peningkatan hormon ini dikaitkan dengan fungsi dan metabolisma tubuh badan dan salah satunya pada organ pencernaan dan pengeluaran air liur.

Hukum suami tunaikan permintaan isteri mengidam

Mengikut fatwa dari Mufti Wilayah Persekutuan, hukum suami tunaikan permintaan isteri mengidam lebih-lebih lagi yang sedang hamil adalah harus selagi mana permintaan isteri adalah dalam lingkungan yang diharuskan oleh syarak.

Hal ini kerana, memenuhi permintaan isteri ketika hamil juga merupakan sebahagian dari nafkah seorang isteri.

Tips menangani mengidam perkara aneh ketika hamil

mengidam perkara aneh

Rata-rata para suami tidak mempunyai masalah untuk menunaikan hasrat atau permintaan isteri yang sedang mengidam.

Namun, apabila isteri mengidam perkara aneh, mulalah si suami pening kepala untuk menunaikan permintaan tersebut.

Keadaan diburukkan lagi bila mana si isteri tidak boleh berhenti dari memikirkan atau menginginkan makanan tersebut.

Justeru, berikut ialah enam cara untuk menguruskan keinginan dan mengurangkan kesannya kepada anda.

1. Cuba fikirkan selain apa yang diidamkan

Elakkan dari terlalu melayan dan memfokuskan sepenuhnya fikiran anda kepada mengidam perkara aneh.

Cuba keluar dari ruang fikiran tersebut dengan melakuakn aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Contohnya seperti menonton filem, membaca buku, berbual dengan rakan melalui telefon, dan sebagainya.

2. Elakkan daripada menggunakan ayat “nanti anak kempunan”

Kita selalukan mendengar ungkapan seperti, “kena tunaikan kalau isteri mengidam sebab takut anak nanti meleleh air liur”.

Sebenarnya, dakwaan air liur bayi akan meleleh kerana kemahuan ibunya ketika hamil tidak dipenuhi masih belum dapat dibuktikan secara saintifik.

Bahkan dari segi kesihatan, penyebab air liur bayi tidak berhenti keluar adalah kerana faktor ingin tumbuh gigi, tanda bersedia untuk makan, jangkitan pada mulut, dan sebagainya.

3. Minum air

Amalkan setiap kali terfikir akan makanan yang anda idamkan itu, cuba minum banyak air. Kadang kala anda mungkin terfikir yang anda lapar tetapi sebenarnya anda dahaga.

4. Jangan makan tergesa-gesa

Luangkan masa untuk anda nikmati setiap gigitan makanan itu. Elakkan makan dengan cepat, makan semasa bekerja, makan ketika menonton TV, atau semasa melakukan apa-apa aktiviti fizikal.

5. Rancang makanan terlebih dahulu

Fikirkan tentang apa yang anda ingin makan terlebih dahulu. Rancang menu sarapan, makan tengah hari dan makan malam anda, serta snek di antara makanan ringan.

Pastikan pilih makanan yang sihat untuk memenuhi keperluan nutrisi anda dan kesihatan bayi dalam kandungan.

6. Pantau tahap tekanan anda

Sangat mudah untuk tertekan semasa kehamilan. Bahkan ada segelintirnya yang mendapat kesan dari kualiti tidur yang sebaiknya.

Tekanan dan kemurungan yang terjadi akibat kurang tidur boleh menyebabkan nafsu makan anda membuak-buak.

Tubuh badan anda akan cuba untuk menenangkan saraf anda dengan makanan. Untuk menguruskan tekanan, cuba meditasi atau buat senaman ringan.

Tips ubah mengidam perkara aneh yang sihat

Mengidam perkara aneh seperti makanan kurang sihat sebenarnya bukanlah penghalang untuk anda penuhi keinginan anda.

Berikut ialah beberapa petua dan pilihan yang mungkin boleh dicuba apabila anda mengidam perkara aneh:

1. Aiskrim

Sesetengah orang mungkin beranggapan aiskrim adalah contoh mengidam perkara aneh. Justeru ramai sahaja wanita di luar sana walaupun sudah masuk 40-an masih gemarkan aiskrim.

Jika anda mengidam aiskrim, cuba gantikan dengan yogurt beku rendah lemak, atau dengan yogurt Yunani biasa yang dimaniskan dengan pengawet buah-buahan, sos epal atau madu.

2. Kerepek kentang / goreng

Siapa yang tidak suka kerepek kentang dan kentang goreng masin? Teringin makan kerepak kentang atau kentang goreng memang bukan mengidam perkara aneh.

Masalahnya, makan banyak kerepek kentang bukanlah pilihan yang paling sihat kerana ia sarat dengan minyak goreng.

Jadi, sebaiknya pilih kerepek ubi bakar/kentang goreng atau kerepek sayur bakar, yang lebih sihat menggunakan air fryer.

3. Biskut

Jika anda mengidam perkara aneh seperti makan biskut terlalu kerap dalam kuantiti yang banyak, anda boleh cuba tukarkan kepada versi biskut kegemaran anda tanpa gula.

Atau cuba sesuatu yang berbeza seperti keropok bijirin penuh yang disapu dengan sedikit mentega kacang.

Sedikit rasa manis dan kekacang daripada mentega kacang, boleh menjadi sumber protein alternatif yang baik juga.

4. Coklat

Tidak mengapa untuk menikmati beberapa ketul coklat selagi anda tidak makan keseluruhan bar coklat.

Namun pilihlah dark coklat berbanding coklat susu yang sangat manis. Biarpun dark coklat mungkin pilihan lebih baik berbanding jenis coklat yang lain, ia masih mempunyai kandungan kafein yang tinggi.

Justeru tetap perlu hadkan pengambilannya walaupun anda mengidam perkara aneh yang berasaskan coklat.

5. Roti, pasta dan bijirin

Bagi pengemar makanan tinggi karbohidrat seperti roti, pasta, dan bijiran, anda pasti sangat teruja mengolah semua bahan menjadi sajian kegemaran anda.

Untuk lebih sihat, anda boleh cuba pilih roti bijiran penuh berbanding roti putih klasik. Dan, jika anda mengidam piza, cuba piza yang dibuat dengan kerak gandum.

Jika anda mengidam pasta pula, pilih jenis bijirin penuh seperti yang anda lakukan dengan roti. Apa yang pasti, pilih bahan yang mengandungi kandungan gula rendah, serat tinggi, dan bijirin penuh.

6. Makanan segera

Hampir semua orang sukakan makanan segera seperti mi segera, makanan dalam tin, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, makanan ini tidak sihat kerana ia sarat dengan lemak trans dan bahan perasa.

Jadi, jika boleh, mengapa tidak anda cuba masak sendiri di rumah. Contohnya untuk buat burger, anda boleh olah sendiri daging cincang yang dibeli di pasar untuk dijadikan daging burger berbanding beli yang sudah siap.

Kesimpulannya, suami perlulah bijak dalam menangani masalah ketika isteri mengidam perkara aneh. Isteri juga perlu faham akan keperluan makan makanan yang sihat semasa mengandung untuk kesihatan anak dan diri sendiri.

Selain dari masalah isteri mengidam perkara aneh ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-807: Isteri Hamil Mengidam Perkara Pelik: Wajarkah Ditunaikan? Mufti Wilayah Persekutuan
  2. An OB/GYN’s Guide to Pregnancy Cravings. Northwestern Medicine
  3. All About Pregnancy Cravings and When They Start. Pampers

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.