Mohon ampun dan maaf kerana saya tidak sempat untuk menjawab pertanyaan yang masu menderu bertanya tentang bagaimana mendidik anak menghafaz Al-Quran.

Semoga penulisan 10 petua mendidik anak menghafaz Al-Quran ini menjawab segalanya.

hafal-al-quran

Panduan praktikal melatih anak menghafal Al-Quran [DianPelangi]

#1 Membiar si dia mendengar ayat Al Quran sejak kecil lagi

Saya mula mendidik anak membaca Al-Quran sewaktu dalam kandungan lagi. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Semasa mengandung Muadz, saya mengalami alahan teruk.

Saya terpaksa membaca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.

#2 Bantuan alat mengajar

Selepas anak lahir dan usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab semasa itu saya di Madinah, tidak menjumpai flashcard yang bersesuaian. Saya guna manilakad sahaja sebagai pengganti.

Saya menulisnya besar-besar dan membaca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Tetapi dia buat tidak tahu sahaja semasa itu. Siap ronyokkan lagi kertas.

#3 Guna video

Pasangkan dia video Alif Ba Takepadanya. Terkekek-kekek Muadz ketawa melihat video tu.

#4 Memasang kaset di dala kereta

Saya juga pasangkan kaset Al-Quran di dalam kereta. Tidak kiralah pergi ke mana-mana.

#5 Hanya Al-Quran sahaja

Setelah balik Malaysia, selepas suami bercerita tentang cara Syeikh Mesir mendidik anak hafaz Al-Quran, kami terus membuat keputusan.

Mulai hari itu kami mula pasangkan surah Al-Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja! Masuk kereta sahaja terus pasang, hatta walaupun pergi ke edai berdekatan dengan rumah.

#6 Kesan Pasang Al-Quran

Saya perhatikan anak-anak saya sangat mudah untuk tidur di dalam kereta. Sampai orang pelik bagaimana mereka boleh menjadi begitu sopan di dalam kereta, sebab keluar sahaja dari kereta mereka terus tidak duduk diam.

Ya, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.

#7 Baca sebelum tidur

Selain mendenar di dalam kereta, abah Muadz juga rajin membacakan surah Al-Quran pada anak-anak sebelum tidur.

Dia peluk anak-anak kiri dan kanan dan kemudiannya membaca Al-Quran kepada mereka. Tidak sampai sejam pun kadang-kadang anak sudah tertidur.

#8 Jangan terkejut dengan kemampuan kanak-kanak

Kami bacakan Surah Asy-Syams sehingga umur Muadz 2 tahun lebih ( kalau tidak silap saya). Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut!

Mengalir air mata saya, Maha hebatnya Allah s.w.t! Padahal kami masih belum memberi usaha yang semaksima lagi tetapi Muadz sudah boleh mengingati Surah Asy-Syams.

#9 Menguji surah lain

Kami cuba menguji dengan surah yang lain pula. Kami suami isteri bacakanya di dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi kami terkejut. Dia sudah menghafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!

#10 Jadikan tabiat

Disebabkan tabiat apabila masuk sahaja kereta dipasangkan Al-Quran, maka si Muadz ini pun setiap kali masuk kereta tiada ayat lain dijeritkan melainkan…”Nak Qoran!! ( Nak Al-Quran)” Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM.

InsyaAllah yakinlah wahai ibu ayah bahawa kita semua boleh. Anak kita semua sangat genius, insan-insan yang masih terpelihara daripada dosa.

Selain itu, pujilah anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. Semoga berjaya!

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah s.w.t.

Artikel Menarik Lain

Penulis: Ainun Mardhiah

Beliau merupakan jurulatih di Hadeef Training and Consultancy. Banyak berkongsi tips keibubapaan di Facebooknya.Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.