Sebagai seorang wanita, apabila telah berkahwin, seluruh jiwa raga akan berfokus kepada keluarga terutamanya buat suami dan anak-anak tercinta. Keadaannya cukup berbeza dengan keadaan sewaktu kita berstatus bujang dahulu.

Sebagai insan yang bergelar isteri dan juga ibu, sejauh manakah rasa ikhlas itu mekar dalam hati kita semua?

Foto Kredit : alhudamosque.com

Ya, memegang banyak tugasan serta tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dalam satu masa bukan perkara yang mudah.

Agak ramai klien saya menghadapi isu pertanyaan dalam diri, dipertikai pasangan, sejauh mana keikhlasan mereka dalam perhubungan, tindakan, perkhidmatan dan layanan mereka terhadap keluarga.

Bicara saya mudah sahaja, ia hanya berkisar pada satu konsep, dasar dan asas yang sama, yang diinspirasikan daripada Surah Al-Ikhlas.

 

Allah Itu Ahad, Satu. Tiada Dua.

Ikhlas itu datang daripada rasa yang satu – kerana Allah semata-mata.

Lakukan sesuatu perkara sebab Allah suka, bukan sebab suami atau anak suka.

Bersihkan rumah, memasak, melayani suami dan anak-anak, kita lakukan sebab Allah suka dan Allah suruh. Allah suka yang indah, bersih, baik dan aman. Semua itu terkandung dalam Asmaul Husna. Lakukan perintahNya kerana ia datang daripada Allah, bukan sebab orang lain atau perkara lain.

 

Kembali Pada Allah Yang Satu

Jika kita lakukannya kerana orang lain, mereka juga tidak sempurna seperti kita. Ada ‘expectation’ tertentu yang pelbagai standardnya. Maka akan berlaku pertikaian yang tidak berkesudahan selagi sesuatu perkara itu tidak mencapai standard tertentu.

Kita semua adalah serupa, sama-sama manusia. Emosi mengalir dalam darah. Dalam darah tempat syaitan menyalurkan bisikan jahatnya.

Maka, berbalik kepada yang satu, Allah jua tempat kita kembali walau apa jua berlaku. Selesai.

Fokuskan seluruh tenaga, fikiran dan rasa kita kepada Dia.

Apabila kita fokus kepada manusia, ianya tidak akan pernah selesai dan pasti berakhir dengan penat. Siasat, selongkar, ‘argue’, membentak, ‘demand’ and the list go on.

Sebaliknya, apabila kita fokus melakukan segalanya kerana Allah semata-mata, kita akan berasa puas.

 

Tenang Dengan Keikhlasan

Terdapat perbezaan apabila kita melakukan sesuatu kerana manusia dan kerana Allah.

Lakukan sesuatu perkara kerana manusia, keikhlasan kita dipersoal, pahala pula tak pasti.

Lakukan perkara tersebut sepenuh hati kerana Allah, ganjaran pahala sudah pasti dan Allah suka. Banyak manfaat lain kita akan dapat, believe me.

Apabila kita mengejar redha Allah, yang lain akan datang sendiri.

Apabila kita mengejar akhirat, kebaikan di dunia akan bersama mendatangi kita. Kadang-kala kita berasa seperti berada di syurga, ya syurga dunia.

Itu yang saya saksikan pada klien saya yang membuat perubahan dengan fokus kerana Allah dalam amalan hariannya.

Setiap perkara kecil yang dilakukan secara konsisten dengan konsep ini dan apabila aktiviti semua berfokus kepada mendekatkan diri kepada Allah, keikhlasan yang dicari telah ditemui.

Segalanya lebih baik, lebih tenang dan ‘cukup rasa’. Indah sungguh perasaan ‘cukup rasa’ itu tidak tergambar dek kata-kata. Tidak bergolak lagi seperti dahulu.

Alhamdulillah.

Foto Kredit : istyle.id

Refleksi Diri

Akhir kata, refleksi diri kita setiap hari untuk setiap tindakan yang mula kita rasakan penat, dengan cara fokus melakukannya kerana Allah, buat kerana Allah suka.

Percayalah, dengan melakukan semua perkara kerana Allah, ianya sudah cukup untuk melahirkan perasaan ikhlas dan tenang di hati kita semua, In sha Allah.

Breathe. Smile. Say Alhamdulillah.

Penulis: Maznah Ibrahim

Seorang ibu dengan tiga cahaya mata, masih bekerja sebagai Kaunselor di KKM. Telah berkhidmat sebagai kaunselor selama 12 tahun dengan pengalaman dalam bidang kaunseling kanak-kanak dan keibubapaan. Merupakan Penulis Ebook "Saya Tak Nak Marah Anak Lagi", "Teknik Rebonding" dan beberapa Ebook berkaitan Parenting.Lebih maklumat lanjut di Facebook dan website beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.