Mata kucing vs longan, kedua-duanya tampak sama tetapi sebenarnya mempunyai perbezaan yang tertentu.
Ilmu ini pasti ramai yang tidak tahu. Sebab rata-rata orang menyangka buah mata kucing merupakan buah longan kerana bukan sahaja bentuk buahnya yang seakan-akan sama, malah pokoknya juga sama.
Menjadi masalah, bila kita pergi pasar raya untuk beli buah-buahan tentu akan lebih sukar bila kita tidak tahu membezakannya.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan mata kucing vs longan yang perlu anda tahu.
Buah mata kucing memiliki nama saintifiknya Nephelium malaienseuga.
Di Malaysia terdapat tiga jenis spesies pokok mata kucing iaitu Mata Kucing Sau, Mata Kucing Isau dan Mata Kucing Kakus.
Perbezaan ketiga-tiga ini hanyalah pada saiz dan juga tahap kemanisannya sahaja.
Pokok mata kucing banyak terdapat di Kampung Redong, Johor. Lokasi ini terkenal sebagai tempat penghasilan buah mata kucing yang banyak untuk negeri Johor semenjak duhulu lagi.
Nama saintifik untuk buah longan pula adalah Dimocarpus longan. Buah ini sangat sinonim dalam tradisi masyarakat cina bagi tujuan perubatan selain ia juga enak dijadikan pencuci mulut.
Longan banyak diusahakan secara komersial di negara-negara seperti Thailand, China, India, Australia, dan Vietnam.
Ciri-Ciri | Mata Kucing | Longan |
---|---|---|
Saiz buah | Kecil | Besar sedikit dari saiz mata kucing |
Warna kulit | Coklat dan kadang kala berbintik-bintik kekuningan cerah | Coklat cerah kekuning-kuningan |
Tekstur kulit | Kulitnya menggerutu, tekstur yang timbul-timbul dan tebal | Kulit yang licin dan nipis |
Ketebalan isi buah | Isi nipis | Isi tebal |
Bentuk biji | Biji lebih lonjong dan memanjang | Biji berbentuk bulat |
Isi buah | Jernih tetapi kurang kenyal | Lebih jernih dan kenyal |
Jenis buah | Buah tempatan | Buah import dari Thailand dan China |
Ramai orang kata, longan yang sedap rasanya berbanding mata kucing kerana ia mempunyai rasa manis yang unik dan istimewa.
Kedua-duanya pasti mempunyai peminatnya yang tersendiri. Apa kata anda cuba beli kedua-duanya dan rasa sendiri mana satu yang menjadi pilihan di selera.
Tips untuk dapatkan buah longan yang manis isinya, anda boleh pilih buahnya yang cukup matang, segar, bersih, dan bebas dari sebarang kecatatan atau kerosakan fizikal.
Terdapat empat tahap kematangan longan yang boleh anda lihat. Berikut adalah penjelasannya:
1. Belum matang
Alur masih hijau. Hampir keseluruhan kulit pudar, berwarna hijau kekuningan, dengan sedikit tompok-tompok coklt. Kulit nipis tetapi keras dan liat. Warna isi buah putih, Belum sesuai untuk dituai.
2. Matang (5-6 bulan)
Alur berwarna kuning kehijauan dengan tompok-tompok coklat perang mulai melebar. Warna isi lutsinar dan rasanya manis. Sesuai untuk pasaran jauh.
3. Masak (6 bulan)
Keseluruhan kulit berwarna kuning keperangan. Kulit menjadi lembut. Isi buah rapat kepada kulit, rasanya manis dan mengeluarkan aroma. Sesuai untuk pasaran tempatan.
4. Terlalu masak (lebih 6 bulan)
Keseluruhan kulit berwarna perang gelap. Kulit menjadi liat dan lekang dari isi. Isi bua bersari dan rasanya mulai tawar. Kurang sesuai untuk dipasarkan.
Diharapkan perkongsian kami mengenai perbezaan mata kucing vs longan ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan sebelum membeli buah-buahan di pasar raya.
Selain dari beza mata kucing vs longan ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan buah-buahan seperti:
Sumber: