Bagi pasangan yang bakal bergelar pengantin baru, terdapat 1001 persediaan yang perlu dilakukan dan salah satu daripadanya ialah urusan di pejabat agama dan memastikan rukun nikah dipenuhi dengan baik. Salah satu daripada rukun nikah ialah mas kahwin.

Di Malaysia, kadar mas kahwin adalah berbeza bagi setiap negeri. Istimewa untuk anda yang bakal bergelar raja sehari, jom kami kongsikan kadar mas kahwin ikut negeri 2019 serta kegunaan duit mas kahwin sebagai panduan anda.

Apakah yang dimaksudkan dengan mas kahwin?

Mas kahwin atau mahar ialah pemberian wajib yang diberikan oleh seorang suami kepada isteri yang dinikahinya sewaktu majlis akad nikah.
Mahar adalah satu perkataan Arab. Di dalam Al-Quran istilah lain yang digunakan untuk perkataan mahar ialah:

  • Al-aadaq
  • Al-saduqah
  • Al-nihlah
  • Al-ajr
  • Al-faridah
  • Al-‘aqd.
mas kahwin
Sumber: Says

Kepentingan mas kahwin boleh dilihat daripada hadith yang berikut:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina. ( Hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim )

Mas kahwin adalah hak mutlak isteri sebagai perakuan kasih dan tanggungjawab suami ke atas isterinya. Oleh itu, mas kahwin adalah salah satu rukun sah nikah. Namun, ingin kami tekankan bahawa sebaik-baik pernikahan adalah dengan mas kahwin yang rendah.

Sabda Rasulullah SAW ”خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس“
Ertinya : Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

” ابركهن اقلهن مهرا “
Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”


Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya : “Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah“. (Riwayat Abu Daud)


Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )

Berapakah kadar mas kahwin ikut negeri bagi tahun 2019?

Kadar mas kahwin adalah berbeza bagi setiap negeri di Malaysia. Malah kadar mas kahwin juga adalah berbeza sekiranya anda menikahi seorang janda atau gadis yang bujang. Berikut adalah kadar mas kahwin ikut negeri bagi tahun 2019 di Malaysia:

NegeriNilai Janda RMNilai Bujang RM
Johor22.5022.50
Melaka100.00100.00
Negeri Sembilan12.0024.00
Selangor300.00300.00
Kuala Lumpur40.0080.00
Perak101.00101.00
Pulau Pinang24.0024.00
KedahTiada KetetapanTiada Ketetapan
PerlisTiada KetetapanTiada Ketetapan
Pahang22.5022.50
TerengganuTiada KetetapanTiada Ketetapan
KelantanTiada KetetapanTiada Ketetapan
Sabah80.00100.00
Sarawak120.00120.00
Labuan80.0080.00

Bagi negeri yang tidak menetapkan kadar mas kahwin, kadar mas kahwin akan ditentukan oleh keluarga pengantin perempuan berdasarkan rundingan dan persetujuan di antara kedua-dua pihak. Bolehkah kalau pengantin lelaki mahu memberikan mas kahwin dengan nilai yang lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan oleh negeri tersebut? Jawapannya boleh. Tiada masalah. Kadar mas kahwin yang ditetapkan adalah nilai minimum yang perlu diberikan.

mas kahwin
Sumber: Bercintaselepasnikah

Apakah kegunaan duit mas kahwin?

Bagi pihak pengantin perempuan, pastinya anda tertanya-tanya apakah cara yang terbaik untuk menggunakan duit mas kahwin pemberian suami tercinta. perkara paling asas yang anda wajib ingat ialah duit mas kahwin yang diberikan oleh suami anda wajib anda gunakan untuk diri sendiri sahaja, tidak boleh digunakan untuk kegunaan bersama suami atau orang lain. Jom kami senaraikan beberapa kegunaan duit mas kahwin sebagai panduan anda:

  • Membeli barang kemas. Ini adalah cara terbaik untuk menggunakan duit mas kahwin. Anda boleh gunakan duit mas kahwin pemberian suami anda untuk membeli cincin, rantai, rantai tangan, dan sebagainya. Jika duit mas kahwin yang diberikan tidak mencukupi, anda boleh tambah duit sendiri. Apa yang penting, duit mas kahwin tersebut ada bersama Pastinya setiap kali anda melihat barang kemas tersebut, anda akan teringat semula hari bahagia anda.
  • Membeli buku dari penulis kegemaran. Bagi negeri-negeri dengan kadar mas kahwin yang rendah, dengan harga tersebut anda boleh dapat sebuah buku. Anda boleh beli buku dari penulis kegemaran anda untuk disimpan sebagai kenangan. Nak lagi bermakna? Minta suami tercinta untuk mencoretkan sesuatu dari hatinya pada muka hadapan buku tersebut. Buku tadi boleh anda letakkan di meja sisi katil di bilik tidur anda. Romantik kan?
  • Membeli kasut sukan dari jemana kegemaran anda. Setiap kali anda berjoging dengan kasut tersebut, pastinya anda akan teringatkan suami tercinta.
  • Membeli handbag.
  • Membeli handphone yang telah lama anda idamkan.
  • Membeli tudung atau shawl.
  • Membeli perfume kegemaran anda. Botolnya yang cantik boleh anda simpan sebagai kenangan sampai bila-bila.
  • Membeli baju sejuk atau hoodie yang boleh anda gunakan semasa berasa terlalu sejuk di pejabat. Pastinya anda akan berasa seolah-oleh berada dalam pelukan suami tercinta setiap kali memakai baju sejuk tersebut.
  • Membeli pen untuk kegunaan semasa bekerja.
mas kahwin
Sumber: Kahwinmall

Itulah dia info tentang kadar mas kahwin ikut negeri 2019 serta kegunaan duit mas kahwin yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips memilih barang hantaran , idea goodies kahwin, dan prosedur daftar pernikahan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.