Bagi pasangan yang bakal bergelar pengantin baru, terdapat 1001 persediaan yang perlu dilakukan dan salah satu daripadanya ialah urusan di pejabat agama dan memastikan rukun nikah dipenuhi dengan baik. Salah satu daripada rukun nikah ialah mas kahwin.
Di Malaysia, kadar mas kahwin adalah berbeza bagi setiap negeri. Istimewa untuk anda yang bakal bergelar raja sehari, jom kami kongsikan kadar mas kahwin ikut negeri 2019 serta kegunaan duit mas kahwin sebagai panduan anda.
Mas kahwin atau mahar ialah pemberian wajib yang diberikan oleh seorang suami kepada isteri yang dinikahinya sewaktu majlis akad nikah.
Mahar adalah satu perkataan Arab. Di dalam Al-Quran istilah lain yang digunakan untuk perkataan mahar ialah:
Kepentingan mas kahwin boleh dilihat daripada hadith yang berikut:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina. ( Hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim )
Mas kahwin adalah hak mutlak isteri sebagai perakuan kasih dan tanggungjawab suami ke atas isterinya. Oleh itu, mas kahwin adalah salah satu rukun sah nikah. Namun, ingin kami tekankan bahawa sebaik-baik pernikahan adalah dengan mas kahwin yang rendah.
Sabda Rasulullah SAW ”خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس“
Ertinya : Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya
” ابركهن اقلهن مهرا “
Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”
Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya : “Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah“. (Riwayat Abu Daud)
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )
Kadar mas kahwin adalah berbeza bagi setiap negeri di Malaysia. Malah kadar mas kahwin juga adalah berbeza sekiranya anda menikahi seorang janda atau gadis yang bujang. Berikut adalah kadar mas kahwin ikut negeri bagi tahun 2019 di Malaysia:
Negeri | Nilai Janda RM | Nilai Bujang RM |
Johor | 22.50 | 22.50 |
Melaka | 100.00 | 100.00 |
Negeri Sembilan | 12.00 | 24.00 |
Selangor | 300.00 | 300.00 |
Kuala Lumpur | 40.00 | 80.00 |
Perak | 101.00 | 101.00 |
Pulau Pinang | 24.00 | 24.00 |
Kedah | Tiada Ketetapan | Tiada Ketetapan |
Perlis | Tiada Ketetapan | Tiada Ketetapan |
Pahang | 22.50 | 22.50 |
Terengganu | Tiada Ketetapan | Tiada Ketetapan |
Kelantan | Tiada Ketetapan | Tiada Ketetapan |
Sabah | 80.00 | 100.00 |
Sarawak | 120.00 | 120.00 |
Labuan | 80.00 | 80.00 |
Bagi negeri yang tidak menetapkan kadar mas kahwin, kadar mas kahwin akan ditentukan oleh keluarga pengantin perempuan berdasarkan rundingan dan persetujuan di antara kedua-dua pihak. Bolehkah kalau pengantin lelaki mahu memberikan mas kahwin dengan nilai yang lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan oleh negeri tersebut? Jawapannya boleh. Tiada masalah. Kadar mas kahwin yang ditetapkan adalah nilai minimum yang perlu diberikan.
Bagi pihak pengantin perempuan, pastinya anda tertanya-tanya apakah cara yang terbaik untuk menggunakan duit mas kahwin pemberian suami tercinta. perkara paling asas yang anda wajib ingat ialah duit mas kahwin yang diberikan oleh suami anda wajib anda gunakan untuk diri sendiri sahaja, tidak boleh digunakan untuk kegunaan bersama suami atau orang lain. Jom kami senaraikan beberapa kegunaan duit mas kahwin sebagai panduan anda:
Itulah dia info tentang kadar mas kahwin ikut negeri 2019 serta kegunaan duit mas kahwin yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips memilih barang hantaran , idea goodies kahwin, dan prosedur daftar pernikahan.