Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang bijak dengan otak yang cerdas. Maka tak hairanlah kenapa makanan tambahan dan supplement yang menjanjikan kecerdasan otak sangat laku terjual di pasaran walau pun harganya bukan murah.
Tahukah anda bahawa yang sebenarnya kita tak perlu berbelanja besar membeli makanan tambahan yang mahal untuk mendapat anak yang bijak dan cerdas.
Yang sebenarnya ada banyak makanan semulajadi ciptaan Allah yang kaya dengan pelbagai vitamin dan khasiat yang telah terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan otak dan menghasilkan anak yang bijak. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan makanan untuk otak anak cerdas dan bijak yang boleh anda berikan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.
Kurma adalah makanan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah junjungan kita. Kurma juga merupakan salah satu makanan syurga yang disebut di dalam Al-Quran. Di antara vitamin yang terdapat di dalam kurma ialah:
Kurma juga sangat baik untuk kesihatan otak. Ia meningkatkan kecerdasan dan meningkatkan daya ingatan agar anak-anak mudah menghafal pelajaran. Ada pelbagai jenis kurma, belilah jenis yang menjadi kegemaran anak-anak.
Kecil-kecil dulu siapa selalu makan kismin untuk jadi pandai? Sememangnya kismis adalah satu lagi makanan sunnah yang terbukti secara saintifik sangat membantu dalam kecerdasan otak. Malah kismis juga disebut dalam kitab suci Al-Quran dan hadith:
“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering” -Imam Zuhdi.
Di antara khasiat kismis ialah membantu:
Hebat sungguh khasiat kismis. Rugi kalau kita tak bagi kepada anak-anak. Menurut sunnah, seeloknya bagi kismis dalam kiraan ganjil kepada anak-anak sama ada tiga, lima, atau tujuh ulas. Kenapa dalam kiraan ganjil? Kerana Allah sukakan nombor ganjil.
Buah blueberry bukan sahaja enak dan lazat malah ianya juga sangat baik untuk kecerdasan otak anak-anak. Kalau dulu, buah blueberry dijual dengan harga yang mahal di Malaysia namun hari ini, sudah banyak pasar raya yang menjual buah blueberry beku dengan harga yang murah. Apa yang penting, anak-anak pasti sukakan rasanya dan tiada masalah untuk anda memaksa mereka makan.
Terdapat pelbagai cara untuk anda menghidangkan bluberry kepada anak-anak. Di antara cara yang lazat ialah:
Ikan salmon adalah satu lagi makanan untuk otak anak cerdas dan bijak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Ikan salmon mengandungi minyak asid omega 3 yang sangat membantu untuk meningkatkan kecerdasan otak anak-anak. Malah ia juga sangat baik untuk orang dewasa dan orang tua. Pendek kata, seawall bayi berumur 6 bulan lagi kita patut amalkan makan ikan salmon.
Di antara kebaikan ikan salmon ialah:
Tahukah anda bahawa yang sebenarnya telur juga merupakan salah satu makanan yang membantu meningkatkan kecerdasasan otak anak dan menjadikan anak semakin bijak? Di antara bahan yang ada di dalam telur adalah seperti berikut:
Kajian menunjukkan bahawa telur membantu meningkatkan fokus anak, meningkatkan perkembangan otak dan juga menguatkan memori. Oleh itu, pastikan anda masukkan telur ke dalam menu harian anak-anak kerana ianya sangat baik untuk menghasilkan anak yang bijak.
Avokado bukan sahaja lazat malah kaya dengan pelbagai khasiat. Salah satu daripada khasiat superfood ini ialah untuk meningkatkan kecerdasan minda anak-anak. Di antara bahan yang ada dalam avocado ialah:
Tahukah anda bahawa hampir 60% daripada otak kita adalah lemak, jadi nutrien yang terkandung dalam buah avokado adalag bagus untuk perkembangan otak anak dan menjadikan anak lebih bijak. Terdapat pelbagai cara untuk menghidangkan avokado kepada anak-anak. Di antaranya ialah:
Makanan untuk kecerdasan otak dan menjadikan anak bijak yang terakhir ingin kami kongsikan ialah kekacang. Kekacang sangat baik untuk otak kerana ia membekalkan otak dengan lemak penting yang sangat diperlukan oleh otak selain membantu meningkatkan fungsi kognitif dan perkembangan otak anak. Di antara kekacang yang boleh anda berikan kepada anak adalah:
Itulah dia info tentang makanan untuk otak anak cerdas dan bijak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang makanan sunnah, anak hyperaktif, tips menjaga anak berkhatan dan aktiviti meransang anak jadi bijak