Ada tak makanan yang boleh dimakan untuk hilangkan masalah dengkur? Teruskan bacaan artikel ini untuk ketahui makanan untuk menghilangkan dengkur.

Pengenalan

Dengkur ialah satu bentuk halangan laluan udara di saluran pernafasan atas manusia yang boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan berkaitan kardiovaskular jantung atau jangkitan bakteria yang menghasilkan cecair sekatan di laluan pernafasan.

Selain itu, bunyi dengkur yang terhasil boleh mengganggu pasangan yang tidur sekatil.

Masalah dengkur dicatatkan berlaku antara 20-40% dalam sesebuah populasi komuniti. Antara faktor seseorang berdengkur yang telah dikenal pasti ialah:

  • obesiti
  • pengambilan alkohol berlebihan
  • merokok
  • sinus
  • alahan

Orang yang berdengkur sering kali tidak menyedari bahawa dirinya sedang berdengkur! Namun, mereka yang berdengkur juga kadang-kadang akan mengalami masalah tidur tidak mencukupi (seperti pasangannya!).

Masalah kekurangan tidur boleh menyebabkan beberapa risiko kesihatan yang membimbangkan, antaranya pitam, penyakit thyroid dan insomnia. Oleh itu, artikel ini akan mencadangkan senarai makanan untuk menghilangkan dengkur yang boleh diamalkan oleh orang ramai.

Cadangan makanan ini adalah berdasarkan khasiat perubatan makanan tersebut sebagaimana telah diakui melalui kajian sains, yang relevan dengan cara menangani punca dengkur.

Makanan untuk Menghilangkan Dengkur

1. Madu Lebah

Sifat antimikrob madu lebah yang hebat dan terbukti secara saintifik seringkali digunakan untuk merawat jangkitan.

Pengambilan madu boleh melegakan dan melapangkan laluan nasal pada hidung. Seterusnya, udara akan mudah melepasi rongga hidung tanpa menimbulkan bunyi dengkur.

2. Bawang Putih

Imej via Bidadari

Terdapat petua tradisi yang diamalkan untuk menghilangkan dengkur dengan mengunyah bawang putih mentah pada waktu malam sebelum tidur.

Hal ini selari dengan kajian lepas yang melihat kesan antiradang yang tinggi oleh bawang putih. Aktiviti anti radang ini berkesan melawan jangkitan dan serangan alahan menjadi lebih teruk untuk menyebabkan dengkur.

3. Omega 3

Pilihan makanan yang kaya dengan kandungan omega 3 merupakan langkah yang tepat bagi mereka yang ingin menghilangkan dengkur.

Kandungan omega 3 yang selalu disertai dengan asid amino dan protein lengkap ternyata membantu menghentikan penghasilan phlegm atau hingus yang boleh menyekat laluan nasal hidung.

Antara makanan yang kaya omega 3 ialah:

  • ikan keli
  • chia seed
  • kekacang
  • minyak tumbuhan (kelapa sawit, bunga matahari, jagung)
  • brussel sprout

4. Susu Soya

Minuman soya adalah lebih baik diamalkan bagi mereka yang mempunyai masalah dengkur yang gemar minum susu lembu.

Hal ini disebabkan, pengambilan susu segar menghasilkan mucus yang merumitkan lagi masalah dengkur.

Jadi, susu soya adalah sangat sesuai dijadikan sebagai susu sebagai alternatif sumber kalsium dan protein susu, di samping mengurangkan gejala dengkur.

5. Nanas

Imej via Bidadari

Buah tropika ini merupakan anugerah alam yang sangat bernilai sebagai buah yang memberi kelegaan kepada sakit tekak dan hidung yang tersumbat.

Enzim dan sebatian biokatif nanas seperti bromelain memberi aktivit pencernaan dan penguraian yang baik pada peringkat selular tubuh.

6. Kunyit

Memang susah nak telan kalau kita makan serbuk kunyit atau kunyah ibu kunyit, jadi, antara kombinasi makanan yang boleh dihasilkan adalah dengan mencampurkan susu + kunyit + madu untuk dijadikan minuman.

Sebatian aktif dalam kunyit yang dipanggil curcumin mempunyai kuasa anti radang yang sangat kuat, terutamanya untuk bertindak memulihkan keradangan pada laluan nasal.

7. Minyak Zaitun

Selain kandungan lemak tepu yang rendah, minyak zaitun dilaporkan mempunyai banyak sebatian antioksidan yang baik untuk tubuh.

Tambahan pula, minyak zaitun membantu mengurangkan masalah asid refluks yang merupakan antara punca berlakunya dengkur.

8. Daun Pudina

Turut dikenali sebagai peppermint, daun pudina mempunyai kesan aromaterapi yang bagus untuk tidur yang lena.

Lebih utama, sebatian bioaktif dalam daun pudina, dikenali sebagai menthol dan metil salisilat mengurangkan bengkak pada tekak untuk melegakan bukaan dan laluan udara supaya masalah dengkur dapat dikurangkan.

9. Horseradish (Lobak Kuda)

Selain dijadikan sebagai bahan penambah rasa dalam sos pencicah dan antara komponen utama dalam wasabi, horesradish mempunyai khasiat kesihatan sebagai makanan untuk menghilangkan dengkur.

Menurut kajian makmal, horseradish mempunyai potensi untuk mengurangkan sekatan sinus pada laluan hidung.

Di samping itu, lobak kuda yang mempunyai bau yang kuat ini adalah sangat berkesan dalam mengeringkan lebihan mucus.

10. Teh Panas

Imej via Bidadari

Secawan teh panas kurang gula dapat memberikan nikmat tidur yang kurang dengkuran.

Menurut tinjauan saintifik, teh hijau dan black tea merupakan pilihan yang terbaik sebagai antara makanan untuk menghilangkan dengkur.

Bahan aktif dalam teh membantu mengurangkan laluan yang tersumbat dan meminimumkan kandungan phlegm atau hingus yang menyebabkan berlakunya dengkur,

Namun, pengambilannya perlulah dalam kuantiti yang sederhana kerana teh turut mengandungi kafein sebagaimana minuman kopi yang boleh menyebabkan anda berjaga akibat kesan kafein.

Elak Makanan yang Menyebabkan Dengkur

Berikut pula merupakan senarai makanan yang perlu dielak diambil oleh mereka yang sedang cuba mengurangkan masalah dengkur mereka. Antaranya:

  • Gandum – tepung, roti, biskut, nasi
  • Minuman berkarbonat
  • Gula – manisan seperti donut, kek, kuih muih
  • Daging tinggi lemak – burger, bacon, makanan segera
  • Susu dan produk tenusu – susu segar, keju, yoghurt, dadih
  • Minuman beralkohol
  • Kopi

Makanan-makanan yang disenaraikan tersebut dilaporkan memberikan kesan keradangan yang semakin teruk ke atas laluan udara pernafasan dan melonggarkan otot pernafasan menyebabkan masalah dengkur.

Selain itu, makanan tersebut merangsang pengeluaran mucus.

Sebaiknya, elakkan mengambil makanan-makanan tersebut 3 jam sebelum anda tidur dan kurangkan kekerapannya dalam seminggu.

Anda sukakan artikel makanan untuk menghilankan dengkur ini? Jemput juga baca artikel amalan sebelum tidur dan cara mengatasi anak tidur berdengkur

Rujukan

  1. Bishop, H. (2007). Robbing the Bees: A Biography of Honey–The Sweet Liquid Gold that Seduced the World. Simon and Schuster. (link)
  2. Ferguson, K. A., Cartwright, R., Rogers, R., & Schmidt-Nowara, W. (2006). Oral appliances for snoring and obstructive sleep apnea: a review. Sleep29(2), 244-262. (link)
  3. Gulbetekin, E., & Tufekci, F. G. (2017). Milk with Honey Heals after Tonsillectomy; Bleeding, Pain and Wound Healing are in a Better Condition: An Experimental Study with Control Group. International Journal of Caring Sciences10(1), 433. (link)
  4. Sowho, M., Sgambati, F., Guzman, M., Schneider, H., & Schwartz, A. (2020). Snoring: a source of noise pollution and sleep apnea predictor. Sleep43(6), zsz305. (link)

Penulis: Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof

Menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kimia (persekitaran dan kimia polimer) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Turut menerima ijazah sarjana sains kimia (mod penyelidikan) dan ijazah sarjana muda sains forensik dari universiti yang sama.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.