Kita digalakkan untuk makan makanan sunnah kerana ia dijamin bersih dan baik untuk tubuh badan kita. Kita sebagai seorang muslim diwajibkan untuk makan makanan yang halal dan berkhasiat. Zaman kini, ramai yang tidak mengamalkan atau tidak tahu apa itu makanan sunnah.
Disebut di dalam hadis, makanan yang selalu dimakan oleh Rasulullah. Jadi, lebih mudah untuk kita tahu makanan apa yang bagus untuk diri kita. Sesungguhnya, Rasulullah mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan tidak membawa kemudaratan kepada tubuh badan.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 27 makanan sunnah yang ditulis oleh Dr. Suhazeli Abdullah. Beliau bukan sahaja selalu berkongsi info mengenai penyakit-penyakit malah turut berkongsi ilmu yang beliau ada kepada masyarakat.
1. Sunnah menurut ulamak hadis dan sirah ialah apa yang diriwayatkan atau diceritakan tentang nabi SAW sama ada perkataan atau perbuatan atau pengakuan atau keadaan fizikal atau akhlaq baginda sama ada sebelum sebelum menjadi rasul atau selepas menjadi rasul.
2. Sunnah menurut ulamak usul fiqh pula ialah apa yang datang dari nabi SAW sama ada perkataan atau perbuatan atau pengakuan.
Dari dua definisi di atas, sunnah menurut ulamak hadis adalah lebih luas pengertiannya dari sunnah menurut ulamak usul fiqh. Definisi sunnah menurut ulamak hadis sunnah merangkumi perbuatan, perkataan, pengakuan, kejadian fizikal, akhlaq baginda SAW dan peristiwa yang berkaitan baginda SAW (sirah).
Dari kenyataan di atas, makanan yang dimakan oleh nabi SAW dinamakan makanan sunnah menurut ulamak hadis. Tetapi menurut ulamak usul fiqh makanan yang baginda SAW tidak makan, tidak dinamakan makanan sunnah bahkan sunnahnya ialah cara baginda memakan makanan.
Melalui penelitian dari hadis-hadis baginda SAW di antara makanan dan minuman yang dimakan atau diakui oleh baginda SAW ialah:
1. Roti yang dibuat daripada barli.
2. Kurma.
3. Daging kambing.
4. Daging burung.
5. Madu.
6. Buah Zaitun (baginda menyuruh menggunakan minyak zaitun sebagai minyak yang dilumur pada rambut).
7. Buah Tin.
8. Buah Timun (timun batang)
9. Cuka.
10. Ayam.
11. Delima.
12. Habbatussauda (bijirin hitam).
13. Air Zam Zam.
14. Pisang.
15. Anggur.
16. Susu.
17. Labu.
18. Tembikai
19. Rempah ratus.
20. Cendawan.
21. Susu masam (yogurt)
22. Mentega.
23. Kuah daging.
24. Bubur.
25. Sup daging.
26. Minuman manis yang sejuk.
27. Manisan.
*Sesungguhnya, Rasulullah SAW telah menunjukkan contah yang baik untuk kita ikuti. Bukan sahaja muslim yang boleh amalkan pemakanan Baginda malah agama lain juga boleh ikut cara pemakanan sihat Rasulullah.
Mulai saat ini, mari kita ubah cara pemakanan kita kepada yang lebih sihat dengan mengikuti sunnah pemakanan Baginda. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.