Makanan sunnah semakin mendapat perhatian di kalangan rakyat Malaysia yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Kalau beberapa tahun yang lalu, perkataan makanan sunnah mungkin agak asing, namun hari ini sebut sahaja makanan sunnah, pastinya secara automatik anda akan terfikir tentang kurma, buah delima, buah tin, dan sebagainya.

Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan khasiat makanan sunnah yang sangat baik untuk tubuh badan dan minda manusia yang wajib anda masukkan dalam diet seharian.

makanan sunnah
Sumber: Wanista

1. Kurma

Bila berbicara tentang kurma, ia sememangnya makanan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah. Kurma yang paling digemari oleh baginda ialah dari jenis Rotab. Kurma rotab sangat lazat dan berkhasiat. Kurma juga adalah makanan para penghuni syurga. Apakah kebaikan kurma kepada kesihatan sehingga ia menjadi makanan kegemaran Rasulullah?

  • Meningkatkan imuniti. Kurma membantu untuk menguatkan antobodi dan daya tahan lawan penyakit tubuh anda. Jika anda mengamalkan memakan 3 biji kurma setiap pagi secara konsisten, anda akan perasan bahawa anda semakin jarang batuk, demam, dan selsema.
  • Kurma juga memberikan tenaga yang berpanjangan atau energy booster. Jika anda mengambil kurma pada waktu pagi semasa bersarapan, anda akan kekal bertenaga sepanjang hari. Sebab itu disunatkan membuka puasa dengan kurma kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk menunaikan solat sunat terawikh.
  • Menguatkan rahim. Jika anda merupakan ibu mengandung atau pernah mengalami keguguran, amalkan makan kurma setiap hari kerana ia sangat membantu untuk menguatkan rahim anda.
  • Menguatkan memori. Kalau anda jenis manusia yang kuat pelupa, apa kata anda amalkan mengambil kurma setiap hari untuk menguatkan semula memori anda.
  • Baik untuk kesihatan jantung. Biasanya kita dengar oat baik untuk jantung, tapi mungkin kita tak pernah tahu bahawa yang sebenarnya kurma juga sangat baik untuk menjaga kesihatan jantung.
  • Baik untuk kesihatan tulang, Nak tulang yang sihat dan kuat? Amalkan makan kurma setiap hari.
  • Menjaga kesihatan usus. Amalan makan kurma setiap hari akan memastikan usus anda sihat dan terhindar dari sebarang masalah pencernaan.

2. Buah delima

Buah delima yang berwarna merah sememangnya sangat sedap dimakan begitu sahaja atau boleh juga dibuat jus. Tahukah anda, buah delima merupakan satu lagi makanan sunnah yang menjadi kegemaran mereka yang mementingkan kesihatan kerana di antara kebaikan buah delima untuk kesihatan ialah:

  • Antioksida. Jika anda seorang yang sangat mementingkan kesihatan, buah delima adalah makanan sihat yang wajib ada dalam diet harian anda memandangkan ianya adalah makanan antioksida yang menentang radikal bebas dalam tubuh badan.
  • Meningkatkan imuniti. Seperti kurma, buah delima yang kaya dengan vitamin C juga adalah sangat baik kerana ia membantu meningkatkan antibodi dan daya tahan badan melawan penyakit.
  • Menjaga kesihatan tulang. Buah delima kaya dengan vitamin K yang penting dalam penjagaan dan kesihatan tulang.
  • Menjamin sistem peredaran darah yang baik dalam tubuh badan. Buah delima kaya dengan vitamin B yang meningkatkan kualiti sistem peredaran darah anda.
  • Menjaga kesihatan saraf. Vitamin B dalam buah delima juga sangat membantu dalam menjaga kesihatan saraf.
  • Menguruskan badan. Tahukah anda, buah delima sangat tinggi dengan serat dan kurang dengan lemak. Oleh itu, jika anda sedang berusaha untuk menguruskan badan, jus delima atau salad delima adalah sangat baik untuk anda.
  • Mengatasi masalah sembelit. Buah delima yang serat membantu mengatasi masalah sembelit yang anda hadapi.
makanan sunnah
Sumber: Hipwee

3. Buah tin

Didalam Al-Quran terdapat sebuah surah yang bernama Surah At-Tin dimana Allah bercerita tentang buah tin dan buah zaitun yang menjadi makanan penghuni syurga. Apakah khasiat buah tin sehingga diangkat sebagai makanan di dalam syurga? Di antara kebaikan buah tin untuk tubuh badan ialah:

  • Mengatasi masalah sembelit. Buah tin kaya dengan serat menjadikan ia sebagai salah satu cara semulajadi untuk mengatasi masalah sembelit.
  • Mengatasi masalah cirit-birit. Jika anda sedang cirit-birit, makan buah tin segar atau buah tin kering kerana kandungan serat yang tinggi akan membantu menghilangkan cirit-birit yang anda hadapi.
  • Mengurangkan berat badan. Jika anda sedang berusaha untuk kurus, makanan tinggi dengan serat adalah pilihan terbaik. Memandangkan buah tin sangat kaya dengan serat, maka ia adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu menu diet anda.
  • Menurunkan paras kolesterol dalam badan. Buah tin kaya dengan pektin yang berfungsi untuk menurunkan dan mengawal paras kolesterol dalam badan.
  • Mangawal diabetis. Satu lagi khasiat buah tin ialah ia mampu mengawal paras insulin dalam badan lalu membantu mengawal masalah diabetis yang anda alami.

4. Buah zaitun

Didalam surah At-Tin juga ada disebut tentang buah zaitun. Kebiasaannya anda akan menjumpai buah zaitun sebagai topping pizza. Tahukah anda bahawa di antara kebaikan buah zaitun ialah:

  • Mengawal paras kolesterol dalam darah. Buah zaitun kaya dengan asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu mengawal paras kolesterol berbahaya di dalam darah anda.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara. Buah zaitun kaya dengan oleic acid yang terbukti membantu mengurangkan risiko kanser payudara.
  • Detoks. Satu lagi khasiat buah zaitun ialah untuk detoks iaitu menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  • Ubat cacing. Jika anda mencari ubat cacing semulajadi, buah zaitun adalah pilihan yang sangat baik kerana pengambilan buah zaitun dengan konsisten setiap hari akan menyingkirkan cacing dan parasit dari tubuh badan.
makanan sunnah
Sumber: Hellosehat

Itulah dia tadi info tentang makanan sunnah yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang panduan piramid makanan, makanan protein, dan makanan karbohidrat.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.