Vitamin adalah zat organik yang boleh didapati di dalam makanan. Vitamin sangat penting dalam membantu perkembangan fizik dan mental manusia, tetapi keperluan vitamin dalam tubuh badan hanyalah sedikit. Namun begitu, makanan bervitamin memberi impak yang besar dalam badan.

Imej via [hellosehat]

Sesetengah makanan bervitamin pula membantu tubuh badan anda untuk menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh itu, vitamin sangatlah penting untuk diambil dalam makanan ataupun dalam bentuk suplemen.

1.  Anggur

makanan bervitamin
Imej via [kuliahislam]

Anggur adalah makanan bervitamin yang boleh anda makan begitu sahaja atau minum jusnya. Anggur dapat menghilangkan lemak pada ginjal dan juga bahagian tubuh badan yang lain. Kandungan tanin di dalamnya mampu untuk menyerang virus. Selain itu, kandungan flavonoidnya pula sebagai antioksidan dan mencegah atheroclerosis.

Di samping itu, makanan bervitamin ini mengandungi zat besi yang dapat mencegah konsitipasi, membersihkan hati, membantu fungsi ginjal, membantu pembentukan darah, menonaktifkan virus dan juga dapat menurunkan kolestrol yang tinggi dalam tubuh badan.

2. Epal

Imej via [harianmetro]

Terdapat pelbagai warna epal termasuk kekuningan, hijau dan merah menyala. Epal ini mempunyai rasa yang masam manis  ataupun manis gula. Selalunya ia akan dimasak sebagai hidangan pencuci mulut tetapi kebanyakan masanya ia dimakan begitu sahaja.

Makanan bervitamin ini dapat membantu melindungi anda daripada penyakit mudah lupa. Ia juga mampu melawan kesan penuaan pada otak. Kandungan flavanol yang tinggi dalam epal boleh membantu menurunkan risiko kanser pankreas. Selain itu juga, kulit epal ini dapat menghalang aktiviti kanser pada hati,kolon dan dada.

3. Aprikot

Imej via [doktersehat]

Aprikot terkenal sebagai makanan bervitamin yang mengadungi lemak yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain lemak yang baik, Aprikot juga mengandungi vitamin, karbohidrat dan juga protein. Kandungan lemak yang ada padanya bermanfaat untuk meningkatkan kadar kolestrol yang baik dan menurunkan kadar kolestrol yang tidak baik.

Makanan kesihatan ini juga dipercayai dapat mencegah kanser, kencing manis dan darah tinggi. Ia juga sangat berkesan untuk dijadikan masker bagi sesiapa yang mengalami kulit yang kering.

4. Belimbing

Imej via [kumparanfood]

Memiliki rasa yang asam dan menyegarkan, belimbing dapat membantu membersihkan racun di dalam usus besar dan memaksimalkan produksi kolagen dalam kulit. Belimbing adalah makanan bervitamin yang mengandungi zat natrium dan kalium yang cukup tinggi.

Kedua zat tersebut bermanfaat sebagai pengganti elektrolit dalam tubuh. Ia juga membantu mengawal tekanan darah dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh. Sesiapa yang menghidap penyakit diabetes sesuai mengamalkan makanan bervitamin ini.

5. Jambu Batu

Imej via [suara]

Jambu batu mengandungi mineral tembaga yang merupakan bahagian penting untuk mengatur metabolisme tiroid dengan membantu mengawal produksi hormon dan penyerapan. Kelejar tiroid adalah salah satu kelenjar terpenting dalam tubuh badan untuk mengatur hormon dan fungsi sistem organ.

Dengan mengamalkan makanan bervitamin ini, ia membantu anda dalam meredakan batuk dengan mengurangi lendir, saluran pernafasan dan paru-paru. Disamping itu, jambu batu ini mengandungi asam folat. Zat inilah yang membantu meningkatkan kesuburan pada manusia, tidak kisah sama ada lelaki ataupun wanita.

6. Sirsak

Imej via [idntimes]

Makanan bervitamin yang memiliki kemampuan untuk menyembuhkan penyakit adalah buah sirsak. Buah ini mengandungi nutri yang mampu menurunkan gangguan mata. Nutrisi tersebut antara lain ialah vitamin C,E, dan zink. Semua gizi ini boleh anda nikmati ketika meminumnya sebagai jus.

Sirsak juga sering digunakan untuk menyembuh pelbagai jenis penyakit yang berpunca dari bakteria atau parasit seperti gigitan nyamuk. Tak hanya itu, sirsak ini dipakai sebagai ubat batuk dan demam. Selain itu, kandungan vitamin yang ada dalam sirsak mampu merangsang pembentukan sel darah putih.

Oleh kerana kandungan airnya sangat tinggi, makanan vitamin ini dapat merawat saluran kencing. Kandungan potasium yang tinggi dalam buah ini juga sangat berguna kepada pesakit yang menghidap darah tinggi.

7. Lemon

Imej via [ohbulan!]

Lemon berfungsi membantu proses pencernaan dalam tubuh badan. Beberapa zat yang ada dalam lemon ini dapat merangsang hati anda untuk menghasilkan lebih banyak empedu yang diperlukan untuk menghasilkan pencernaan yang lebih serat.

Selain dari membantu proses pencernaan, lemon juga dapat mengeluarkan toksin dalam badan. Hanya memerlukan segelas air lemon hangat sahaja setiap hari dapat membantu mengurangi masalah gangguan pencernaan seperti mulas, bersendawa dan kembung.

8. Mangga

Imej via [doktorsehat]

Makanan bervitamin yang memiliki sejumlah besar pektin dapat menurunkan kolestrol dalam darah. Pektin juga dapat membantu mencegah perkembangan kanser. The European Prospective Investigation of Cancer telah menyelidik bahawa orang yang kuat makan mangga dapat menurunkan risiko untuk mendapat kanser.

Mangga kaya dengan zat besi yang sangat bermanfaat untuk orang yang menghidap penyakit anemia. Ia dapat meningkatkan sel jumlah darah merah dalam tubuh malah dapat menghasilkan protein untuk memperlambatkan proses penuaan.

9. Pisang

Imej via [suria]

Perkara yang ramai perempuan tidak tahu adalah pisang dapat mengurangi rasa sakit ketika haid. Dengan itu, perbanyakkan lah memakan pisang ketika mengalami kesakitan ketika haid. Selain itu, pisang ini dapat digunakan sebagai alternatif untuk mengubati sembelit.Oleh itu, pisah ini dapat melembutkan najis yang menyumbang kepada masalah sembelit.

Satu kajian pernah dijalankan oleh Imperial College Of Londonyang mendapati bahawa kanak-kanak yang makan pisang setiap hari mempunyai 34% peluang untuk mengurangkan risiko asma.

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa pisang yang belum masak adalah sumber kanji yang baik yang membantu meningkatkan kepekaan insulin.

10. Tomato

Imej via [bidadari]

Tomato adalah superfood yang padat dengan nutrient yang menawarkan pelbagai kebaikan dalam sistem badan. Kandungan nutrisinya sangat baik untuk mendapatkan kulit yang sihat, penurunan berat badan dan kesihatan jantung.

Tomato juga dianggap sangat bagus untuk kulit kerana kaya dengan lycopene dan sebatian lain boleh melindungi kulit daripada serapan sinaran matahari. Kajian menunjukkan bahawa 40% kesan sunburn berkurang kerana memakan tomato.

11. Mentimun

Imej via [doktorsehat]

Jus timun mengandungi sejenis hormon yang diperlukan oleh pankreas untuk menghasilkan insulin dan makanan bervitamin ini adalah baik untuk penyakit diabetes. Ada penyelidik yang telah menemui sejenis bahan sebatian pada timun yang disebut sebagai ‘sterol’ yang dapat menurunkan paras kolestrol.

Timun juga kaya dengan serat, potasium dan magnesium. Bahan ini sangat efektik untuk menstabilkan tekanan darah. Oleh itu, timun sangat baik untuk merawat sesiapa yang mempunyai tekanan darahnya tinggi mahupun rendah.

12. Betik

Imej via [impiana]

Jika anda mengalami sembelit, cubalah memakan buah betik. Betik juga adalah makanan bervitamin bagi yang ideal seperti penyakit buasir berdarah. Doktor juga menyarankan untuk makan beberapa buah betik sebelum makan dapat membantu penghadapam serta membekalkan berbagai-bagai vitamin.

Selain itu, buah betik yang masak berkesan untuk merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Daun betik yang dilayur diatas api juga dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit.

13. Bawang Merah

Imej via [doktorsehat]

Tahukah anda, bawang mengandungi serat yang dapat menghilangkan racun dan kotoran keras yang melekat pada usus sehingga dapat melancarkan pencernaan? Makanan bervitamin ini dapat mengubati tenggorokan yang sakit akibat diserang batuk.

Ia juga dapat mencegah perkembangan sel kanser yang bahaya sekalipun, dada, paru-paru dan perut. K andungan sulfur asam amino dalam bawang dapat mengurangi kolestrol yang ada. Jadikanlah rutin seharian untuk memakan bahan mentah seperti bawang!

14. Bawang Putih

Imej via [merdeka]

Lain dari bawang merah, bawang putih dapat mencegah badan dari masuk angin dan batuk. Ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai asma, hanya campur sahaja dengan madu.

Untuk penderita influenza, anda tak perlu risau kerana ubatnya adalah hanya dengan memakan bawang putih sahaja. Cukup dengan rebus segenggam bawang putih bersama cuka dan gula, kemudian minum satu sendok pada setiap pagi. Disamping itu, bawang putih juga meredakan wasir yang meradang.

15. Lobak Merah

Imej via [suria]

Selain baik untuk mata, makanan bervitamin tinggi ini dapat mengurangkan risiko barah paru-paru, payudara dan usus besar. Pakar menemukan zat falcalrinol dan falcarindiol yang merupakan zat anti-barah di dalam lobak merah.

Pengambilan lobak juga dapat mencegah angin akhmar atau strok. Terbukti juga, ia dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, mencegah konstipasi dan membantu mengeluarkan senyawa yang bersifat karinogen melalui tinja.

Anda boleh mengambil semua makanan bervitamin yang telah kami senaraikan tadi. Selamat beramal dengan makanan bervitamin tinggi terbaik untuk kesihatan anda! Jom baca khasiat minyak argan, punca toksin dalam badan dan Resepi pau goreng kacang.

Rujukan

  1. Suria
  2. Doktorsehat
  3. Bidadari
  4. hellosehat

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.