Apakah makanan berpantang czer yang bagus untuk diamalkan oleh ibu-ibu selepas bersalin? Pemakanan yang sihat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang menjadi lebih baik. Begitu juga misalnya dengan halnya cara berpantang yang betul.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa jenis makanan berpantang czer yang bagus untuk dijadikan diet pemakanan berkhasiat bagi kaum ibu semua.
Berpantang merupakan satu rawatan tradisional yang menjadi tradisi bagi wanita yang melahirkan bayi.
Tujuannya adalah untuk memastikan ibu mendapat penyembuhan dan pemulihan tenaga serta kesihatan mengikut tempoh masa tertentu.
Banyak sebenarnya sebab untuk seorang ibu hamil terpaksa perlu memilih bersalin secara czer. Berikut ini kami kongsikan beberapa faktor yang kerap berlaku:
Kaedah bersalin secara czer dikatakan lebih rumit cara penjagaannya selepas bersalin berbanding bersalin secara normal.
Hal ini disebabkan bersalin czer memerlukan waktu yang agak lama dari segi penyembuhan luka pembedahan itu.
Justeru itu, di sini kami kongsikan beberapa perkara bagi wanita bersalin secara pembedahan yang perlu dielakkan.
Makanan adalah punca utama dalam membantu proses pemulihan selepas bersalin khususnya kepada wanita bersalin czer.
Banyak perkara yang perlu diambil kira bagi wanita yang melalui prosuder pembedahan czer dari segi pemakanan dan gaya hidup.
Hal ini kerana, wanita tersebut akan cenderung untuk mendapatkan masalah-masalah berkaitan dengan sistem gastro-usus.
Berikut ini kami kongsikan senarai jenis makanan berpantang czer yang sesuai juga untuk wanita bersalin normal.
Makanan seperti susu, yogurt, dan keju merupakan antara sumber protein, kalsium, vitamin B, dan vitamin D yang sangat bagus untuk ibu menyusu. Disarankan untuk kita ambil sekurang-kurangnya 50 ml setiap hari.
Contoh bijiran yang bagus adalah roti bijirin, beras perang dan gandum. Semua ini mampu membekalkan tubuh kita dengan jumlah kalori yang mencukupi dan diperlukan khususnya bagi ibu yang menyusukan bayinya.
Buah oren dan blueberi mengandungi antioksidan dan vitamin C yabg baik bagi proses penyembuhan dan pemulihan selepas bersalin czer.
Malah dikatakan juga setiap hari ibu perlu memastikan dia mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi dalam menu berpantang tersebut.
Menu makanan berpantang czer yang berikutnya adalah campuran halia dan bawang putih.
Bahan-bahan ini baik dalam melancarkan proses pencernaan dan dalam masa yang sama mengurangkan berat badan selepas mengandung.
Kacang badam atau juga dipanggil sebagai almond adalah makanan berpantang czer dan normal yang sangat berkhasiat.
Badam ini mengandungi banyak sumber khusus dalam membaiki kesihatan diri kerana ia dilengkapi dengan karbohidrat, Vitamin B12, Vitamin E, serat dan mineral seperti tembaga, kalsium, zink, dan kalium.
Kunyi adalah sejenis herba yang sangat dikenali ramai dan digelar sebagai Ratu Rempah Ratus oleh kerana nutrisinya yang luar biasa kepada kesihatan.
Ia mengandungi rotein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium. Kesemua nutrisi ini membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka dalaman dan luaran dengan kadar masa yang segera.
Oat adalah makanan yang mempunyai serat tinggi untuk tubuh badan. Ia pilihan terbaik dalam menghindarkan sembelit, dan membantu mengekalkan tahap kolesterol pada kadar yang rendah.
Ikan berlemak seperti ikan siakap, ikan kembung, ikan salmon, ikan sardin, ikan tongkol, ikan keli, dan ikan patin sangat kaya dengan asid lemak Omega-3 atau juga dipanggil sebagai minyak ikan.
Dikatakan bahawa minyak ini mampu mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan sistem imun badan, dan mengurangkan keradangan.
Antara makanan yang tinggi kandungan karbohidratnya adalah ubi keledek. Ubi keledek selain mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi, ia juga kaya dengan vitamin C, vitamin A, dan mangan yang membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan sistem imun badan.
Pengambilan air kosong yang mencukupi sangat penting bagi melancarkan proses pencernaan ibu agar tidak sembelit dan mampu menghasilkan susu badan dengan sebaik mungkin.
Tidur dan rehat yang cukup membantu pulihkan tenaga ibu selepas bersalin.
Aktiviti seperti naik turun tangga dan mengangkat barang berat perlu dikurangkan bagi mengelak dari jahitan terbuka.
Pengambilan makanan yang berkhasiat sangat penting dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu dan mengelakkan dari masalah sembelit.
Ibu yang selalu berjalan dikatakan mampu untuk mengurangkan risiko darah beku atau pulmonary embolism.
Ibu boleh mengambil pil pelembut najis selain meningkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran.
Selain dari panduan makanan berpantang czer yang sihat ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan berpantang seperti:
Rujukan: