Baru-baru ini telah berlangsung majlis pelancaran Laporan Penuaan Malaysia. Isu penuaan merupakan antara isu yang penting di Malaysia. Baru-baru ini syarikat TENA telah bersama dalam majlis pelancaran laporan penuaan Malaysia. Sekadar berkongsi, kira-kira 7.3% rakyat Malaysia berusia melebihi 65 tahun. Menjelang tahun 2056, peratusan ini dijangka melonjak ke 20%.

Dalam usaha untuk memperjuangkan “active ageing” (penuaan aktif) di Malaysia, TENA, jenama peneraju dalam penjagaan inkontinen, hari ini melancarkan Laporan Penuaan Malaysia yang disokong oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, mengenai kesihatan & kesejahteraan geriatrik dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang populasi menua dan menyebarkan mesej untuk menjalani kehidupan terbaik dari aspek mental dan fizikal dengan sehabis baik apabila anda meningkat usia.

Majlis pelancaran tersebut berlangsung di Ibu Pejabat Vinda Asia Tenggara di Klang dan dihadiri oleh
Encik Arfan bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Su Ting Nee, Presiden, Vinda SEA, Encik Ahmad Tarmidi Nawawi bin Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Malaysia, kakitangan pengurusan utama TENA dan rakan-rakan media.

Laporan Penuaan Malaysia ialah satu inisiatif oleh TENA dan sebuah kumpulan penyelidikan swasta
untuk mengetengahkan peningkatan yang tidak dapat dielakkan dalam kalangan populasi warga
emas Malaysia, pandangan menarik mengenai perspektif warga emas Malaysia terhadap ‘active
ageing’, cabaran kepada masyarakat dan penjaga serta langkah yang boleh kita laksanakan untuk
memastikan kita kekal aktif dan menjalani kehidupan yang terbaik seiring dengan peningkatan usia.

Pada awal tahun ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif TENA di bawah payung ‘active ageing’,
mereka turut melancarkan kempen TENA Heroes. Kempen ini menampilkan tiga penyokong ‘active
aging’ dan kisah mereka dalam mengharungi kehidupan dengan menerapkan semangat penuaan
aktif dalam kehidupan seharian mereka. Ini adalah antara usaha bagi memberi inspirasi dan
menggalakkan masyarakat untuk menyesuaikan gaya hidup aktif secara mental dan fizikal tanpa
menjadikan usia sebagai penghalang.

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.