Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

10 Tanda Tanda Penderaan Seksual

onislam.net Orang jarang bercakap mengenainya. Mungkin sebab sensitif, mungkin juga sebab ramai yang tidak tahu mengenainya. Dalam saya menyelongkar…

KeluargaDikemas kini 2 November 2015oleh Dr Rozanizam Zakaria
Gambar kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual dan perlukan perlindungan.

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.

27-10-14_child-abuse-sexual-abuseonislam.net

Orang jarang bercakap mengenainya. Mungkin sebab sensitif, mungkin juga sebab ramai yang tidak tahu mengenainya. Dalam saya menyelongkar beberapa sumber untuk penulisan satu bab dalam buku mengenai penderaan kanak-kanak (dalam proses penerbitan), saya tergamam dengan bahaya penderaan seksual yang biasanya berakhir dengan kematian.

2010 sahaja, 3000 kes penderaan dilaporkan (tak termasuk yang disembunyikan). 122 kes pembunuhan melibatkan golongan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dilaporkan di seluruh negara sejak lima tahun (2008-2013).

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan lebih 80 peratus daripada jumlah kes itu melibatkan pembunuhan yang berunsurkan penderaan seksual.

Tanda-tanda gangguan seksual pada kanak-kanak

  •  Masalah berjalan, duduk, melaporkan kesakitan pada bahagian sulit atau bawah perut
  • Perubahan tingkahlaku seperti tiba-tiba menolak terlibat dengan aktiviti fizikal (sukan) di mana perlu menyalin pakaian dan seangkatan dengannya
  • mengelak individu tertentu
  • Kerap melaporkan mimpi buruk atau terkencing di katil pada waktu malam
  • Perubahan ketara pada selera makan, berat badan, pattern tidur
  • Menunjukan perkembangan seksual yang tidak normal – dari sudut perbuatan, percakapan (contohnya kerap bertanya isu-isu seksual)
  • Penyakit kelamin
  • Lari dari rumah
  • Mudah rapat dan mesra dengan orang dewasa yang baru di kenali
  • Terlau berahsia dan suka menyendiri/ menyembunyikan diri
  • resah, gelisah, murung dan kerap menangis atau mencederakan diri

Semua di atas adalah panduan sahaja supaya kita berjaga-jaga, menyiasat lebih lanjut dan ambil tindakan. Jangan sembunyikan sebarang masalah berkaitan penderaan seksual. tidak ada apa yang ringan dalam kes penderaan sebegini.

Semuanya berat!