Tahukah anda, terdapat 14 lokasi baby hatch di Malaysia yang meliputi hampir keseluruhan negeri?

Apakah itu baby hatch dan tujuan penubuhannya dalam membantu mengurangkan kes pembuangan bayi yang tidak berdosa?

Artikel pada kali ini kami akan menyenaraikan kepada anda lokasi baby hatch Malaysia dan prosuder pengambilan anak angkat yang betul.

Statistik kes pembuangan bayi di Malaysia

lokasi baby hatch malaysia

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 256 kes pembuangan bayi telah direkodkan sejak tahun 2020 sehingga 2022.

Dan bahkan sehingga hari ini, jenayah pembuangan bayi masih lagi berleluasa dalam masyarakat kita, khususnya terjadi kepada golongan remaja bawah umur.

Dalil pengharaman buang bayi

Hukum membuang bayi adalah diharamkan dalam Islam. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah Al-An’am, ayat 151:

Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun;

dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya).

Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi;

dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak).

Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

Daripada ayat ini, maka jelaskan tentang pengharaman buang bayi dalam Islam.

Apa itu baby hatch?

Baby Hatch adalah ruang khas bagi menempatkan bayi yang membolehkan mana-mana ibu terdesak tidak inginkan bayi dengan meninggalkanya dengan selamat.

Baby Hatch pertama dikendalikan oleh OrphanCARE Malaysia.

OrphanCARE adalah sebagai satu tempat transit kepada bayi yang ditinggalkan sebelum diambil sebagai anak angkat sekaligus memberi peluang kepada mereka membesar dalam sebuah institusi kekeluargaan yang sempurna.

Slogan OrphanCARE “Every Child Needs a Family” 

Tujuan penubuhan baby hatch

Tujuan penubuhan baby hatch adalah salah satu usaha bagi menangani kes pembuangan bayi di negara ini.

Ia justeru menjadi tempat untuk menyelamatkan bayi-bayi tidak bernasib baik dan memastikan mereka membesar dengan keluarga yang penyayang.

Senarai lokasi baby hatch Malaysia

Berikut adalah senarai lokasi baby hatch Malaysia berserta dengan alamat penuh:

1. Yayasan Orphancare

Alamat: No. 6 Lorong SS1/24A, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Negeri: Selangor

2. KPJ Damansara Specialist Hospital

Alamat: 119, Jalan SS20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

Negeri: Selangor

3. Yayasan Orphancare (Johor Bahru)

Alamat: No, 64, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim

Negeri: Johor

4. KPJ Johor Specialist Hospital

Alamat: 39-B, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru

Negeri: Johor

5. KPJ Ipoh Specialist Hospital

Alamat: 26, Jalan Raja Di Hilir, 30350 Ipoh

Negeri: Perak

6. KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Alamat: No.1, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur

Negeri: Wilayah Persekutuan

7. KPJ Seremban Specialist Hospital

Alamat: Lot 6219 & 6220, Jalan Toman 1, Kemayan Square 70200, Seremban Negeri Sembilan

Negeri: Negeri Sembilan

8. KPJ Penang Specialist Hospital

Alamat: 570, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang

Negeri: Penang

9. KPJ Perdana Specialist Hospital

Alamat: Pt 37600, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu

Negeri: Kelantan

10. Kuantan Specialist Hospital

Alamat: 51, Jalan Alor Akar, 25250 Kuantan, Pahang

Negeri: Pahang

11. Kuching Specialist Hospital

Alamat: Lot 10420, Block 11, Tabuan Stutong Commercial Centre, Jalan Setia Raja, 93359 Kuching, Sarawak

Negeri: Sarawak

12. Damai Specialist Hospital

Alamat: DSC Building, Lorong Pokoko Tepus 1, Off Jalan Damai, 83300 Kota Kinabalu

Negeri: Sabah

13. Yayasan Orphancare (Sungai Petani)

Alamat: No, 4400 Lorong Serampang 2/1, Taman Ria Jaya, Sungai Petani 08000, Kedah Darul Aman

Negeri: Kedah

14. An-Nur Bangi Specialist Hospital

Alamat: Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Negeri: Selangor

Prosuder mengambil anak angkat baby hatch

Bagi pasangan yang ingin mengambil anak angkat, anda boleh pergi ke OrphanCare untuk mengisi borang dan mendaftar sebagai ibu bapa angkat yang berpotensi.

Yayasan akan menyemak sama ada anda memenuhi kriteria yang ditetapkan. Anda akan dipanggil untuk ditemuduga bagi proses yang seterusnya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengani prosuder pengambilan anak angkat di bawah baby hatch, anda boleh rujuk pada pautan berikut: https://orphancare.org.my/our-work/adoption/

Selain dari lokasi baby hatch Malaysia ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan lokasi baby hatch Malaysia dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Baby Hatch. Orphan Care
  2. Senarai Lokasi ‘Baby Hatch’ Seluruh Negara. Sinar Harian

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.