Berkahwin atau terus membujang merupakan pilihan setiap individu. Lagipun status untuk masih bujang atau dah kahwin ini bukannya jadi satu isu melainkan jika dengan sendirinya mengaku masih bujang sedangkan dah berkahwin dan punya anak.
Lagi-lagi untuk si lelaki yang gatal merenyam tu. Memang banyak kes melibatkan gadis dan wanita yang terperangkap dengan cinta suami orang dek kerana si lelaki tersebut mengaku masih bujang.
Akhirnya selepas lama bergelar kekasih atau sudah jadi isteri ke dua, barulah tembelang tersebut pecah. Masa ni hati dah terikat maka mulalah timbul masalah hingga digelar sebagai perampas suami orang.
Persoalannya di sini, bagaimana nak bezakan antara lelaki bujang dan sudah berpunya? Macam mana nak tahu lelaki itu dah berkahwin? Apakah ada tanda untuk suami orang jatuh cinta? Tidak dinafikan memang ramai wanita yang tidak dapat bezakan sama ada lelaki itu masih bujang atau sudah berkahwin.
Tak mengapa, di sini akan dikongsikan beberapa ciri atau tanda untuk bezakan karakter antara lelaki bujang vs lelaki yang sudah berkahwin. Semoga dengan perkongsian ini dapatlah memberi serba sedikit panduan agar tidak mudah tertipu dek suami orang yang mudah jatuh cinta berkali-kali ini.
Sebelum buat keputusan nak berkahwin sila perhatikan dulu sifat yang ada pada diri bakal suami anda itu. Anda kena ada usaha untuk pastikan yang lelaki tersebut benar-benar masih bujang atau dia itu hanyalah berdrama sedangkan hakikatnya lelaki itu sudah pun punya isteri.
1 – Lelaki bujang biasanya lebih tertarik pada wajah seseorang perempuan manakala lelaki yang sudah berkahwin lebih tertarik pada susuk tubuh
2 – Lelaki bujang tidak berani untuk menatap mata si perempuan lama-lama sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin dengan senang akan tatap mata perempuan tersebut dengan sangat lama.
3. Lelaki bujang akan larikan pandangan ke arah lain bila direnung sedangkan lelaki yang sudah berkahwin akan membalas semula renungan tersebut
4. Lelaki bujang agak gemuruh bila berhadapan atau bercakap dengan seorang perempuan tetapi lelaki yang sudah berkahwin nampak bersahaja
5. Lelaki bujang akan berasa malu bila di puji dan lelaki sudah berkahwin akan mula ‘jual minyak’ untuk terus masuk jarum
6. Lelaki bujang akan segera balas bila dihubungi manakala lelaki yang sudah berkahwin agak lambat respon. Silap haribulan handphone dimatikan kerana takut si isterinya tahu
7. Lelaki bujang lebih mempunyai perut yang rata manakala lelaki yang sudah berkahwin mempunyai perut yang sedikit boroi ke depan. Ada juga lelaki berkahwin yang perut rata kalau memang dia suka ke gym.
8. Lelaki bujan boleh di ajak keluar bersama setiap hujung minggu tetapi lelaki yang sudah berkahwin akan mula beri alasan jika di ajak jumpa tiap kali hujung minggu.
9. Lelaki bujang dengan senang akan beritahu lokasi rumahnya di mana manakala lelaki yang sudah berkahwin akan sedaya upaya merahsiakannya. Dah lama kenal alamat rumah masih tak tahu kat mana.
10. Lelaki bujang dengan senang beri kata ya jika cakap nak ke rumahnya konon untuk kenal bakal mak mertua sedangkan lelaki yang dah berkahwin akan mula rasa cuak dan rimas bila perkataan nak datang rumah di sebut.
11. Lelaki bujang bersikap lebih cool manakala lelaki yang sudah berkahwin bersifat lebih gatal.
12. Lelaki yang sudah berkahwin akan ajak berjumpa secara tiba-tiba mungkin kerana baru terlepas dari pandangan isterinya sedangkan lelaki bujang akan lebih suka atur temujanji dengan lebih awal.
13. Aura lelaki yang belum berkahwin seakan masih kebudakan sebaliknya aura lelaki yang sudah berkahwin lebih matang dan macho.
14. Lelaki yang masih bujang agak segan dan cuak bila disebut tentang kahwin tetapi lelaki yang sudah berkahwin ini dengan selamba saja akan menceritakan betapa seronoknya berkahwin. Dengan mudah juga mereka akan pelawa anda untuk di ajak kahwin dengannya.
15. Lelaki yang sudah berkahwin bersifat lebih relaks sebaliknya sifat lelaki yang masih bujang akan bersifat lebih caring dan cepat bertindak jika ada sesuatu berlaku pada anda.
16. Lelaki yang sudah berkahwin tidak akan berani save nombor telefon anda dengan nama panggilan ‘sayang’, ‘cinta’ dan ‘my love’. Sila call ke handphonenya dan lihat apakah nama yang tertera di skrin. Jika agak pelik elok anda segera berhati-hati.
17. Lelaki yang sudah berkahwin tidak akan mudah menjawab panggilan telefon dari anda lebih-lebih lagi pada waktu malam. Jika jawab sekalipun akan mengambil masa yang agak lama. Awas!
18. Lelaki bujang akan lebih suka curi-curi pandang pada wanita yang diminatinya manakala lelaki yang sudah berkahwin akan terus pandang secara direct tanpa rasa segan.
19. Lelaki yang masih bujang lebih mudah ingat tarikh penting dalam hidup anda sedangkan lelaki yang sudah berkahwin bersifat lebih pelupa.
Itulah serba sedikit beza lelaki bujang dan berkahwin. Perkahwinan adalah sebuah akad yang menghalalkan antara lelaki dan wanita maka sebelum bersetuju untuk menjadi isteri eloklah diperhatikan.
Selidik dan ketahui latar belakangnya sebanyak yang boleh dan pastikan juga yang ia bukannya seorang suami orang. Jika sudah jodoh itu persoalan yang lain tetapi jika boleh janganlah sesekali membina jambatan bahagia di atas kesedihan orang lain.