Anda pernah dengar tentang lasik mata? Ia adalah sejenis pembedahan mata yang dipopularkan di Malaysia oleh Prof Dr Muhaya. Lasik mata semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia adaah rawatan mata yang terbukti berkesan walau pun harganya mungkin agak mahal. Jom lihat 10  tempat klinik dan pakar rawatan mata di Malaysia yang menyediakan khidmat lasik mata review baik.

1. Eye & Lasik Centre (Prof Muhaya), Kajang, Selangor

Sumber: Beritaharian

Pakar rawatan mata yang terletak di kajang, Selangor ini adalah klinik milik Prof Dr Muhaya yang merupakan doktor pakar mata yang mempopularkan kaedah lasik mata di Malaysia. Apa yang menarik, anda akan dibedah oleh Prof Dr Muhaya yang sangat baik dan merendah diri. Sebelum pembedahan, doa akan dibacakan untuk mendapat keberkatan dan memohon agar pembedahan berjalan dengan baik.

Harga yang ditawarkan di sini mungkin agak mahal berbanding klinik pakar mata yang lain, namun anda akan mendapat diskaun sekiranya datang bersama pakej seramai 10 orang. Berikut adalah senarai harga di klinik tersebut:

  • RM 12,600.00 bagi pesakit berumur 20 tahun keatas.
  • RM 7,000.00 bagi pesakit berumur 34 tahun kebawah.
  • RM 8,000.00 bagi pesakit berumur 35 tahun keatas.

2. Lasik Mata UIA (IIUM), Kuantan, Pahang

Pakar rawatan mata di Malaysia yang menyediakan khidmat lasik  yang seterusnya ingin kami kongsikan hari ini ialah Lasik Mata UIA (IIUM) yang terletak di Kuantan, Pahang. Apa yang menarik, ia menyediakan perkhidmatan lasik mata dengan harga yang murah berbanding pusat rawatan mata yang lain iaitu Cuma RM3,500.00 untuk seorang. Apa yang lebih menarik, pusat rawatan mata ini juga menawarkan pemeriksaan mata percuma kepada pesakit luar.

3. Pakar Mata KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur

Hospital KPJ Tawakkal yang terletak di Kuala Lumpur ada menyediakan perkhidmatan lasik mata jika anda sedang mencari rawatan dengan harga yang berpatutan. Di sini terdapat dua cara lasik mata, dan ianya akan ditentukan selepas mata anda diperiksa. Senarai harga di sini ialah:

  • ReLex Smile: RM 12,000.00
  • Femto Lasik: RM 8,000.00 – RM 9,000.00

4. Advance Vision Eye Specialist Centre, Petaling Jaya, Selangor

Advance Vision Eye Specialist Centre yang terletak di Petaling Jaya, Selangor telah ditubuhkan oleh Dr. Yeoh Phee Liang dan menjadi tumpuan orang ramai kerana harganya yang murah berbanding pusat rawatan mata yang lain. Terdapat dua pakej yang boleh anda pilih iaitu:

  • Pakej 1: RM 2,888.00 + RM 80.00  termasuk pemeriksaan mata, nasihat pakar, ubat, pembedahaan, dan waranti seumur hidup.
  • Pakej 2: RM 5,888.00 + RM 80,00 bagi mereka yang mengalami masalah-masalah kesihatan lain selain mata.

5. Pusat Pakar Mata Abdul Razak, Sungai Petani, Kedah

Sumber: Evanjavier

Pusat Pakar Mata Abdul Razak terletak di Sungai Petani, Kedah adalah satu lagi pusat rawatan mata milik muslim yang menyediakan khidmat lasik mata. Terdapat tiga kaedah rawatan yang ditawarkan di sini iaitu PRK, lasik dan Relex Smile. Kesemua rawatan adalah berharga RM 5,500.00.

6. Laserfocus, Johor Bahru, Johor

Pusat rawatan mata ini terletak di Menara Pelangi Johor Bahru, Johor dan sudah beroperasi sejak tahun 2001. Harga lasik mata di sini bermula dari RM 2,988.00 sehingga RM 5,288.00. apa yang menarik, anda akan mendapat rawatan susulan selepas seminggu, sebulan, 3 bulan, 6 bulan dan setahun secara percuma tanpa sebarang bayaran.

7. Optimax TTDI, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

Pusat Rawatan Mata Optimax mempunyai dua cawangan iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Ia menyediakan 3 kaedah lasik mata, iaitu ReLex Smile, Femto Lasik dan ASA dengan harga:

  • ASA: RM4,200.00 bagi sebelah mata.
  • Femto Lasik: RM 4,200.00 bagi sebelah mata.
  • ReLex Smile: RM 5,200.00 bagi sebelah mata.

8. Prince Court Medical Centre (PCMC), Kuala Lumpur

Pusat rawatan mata yang menyediakan khidmat lasik mata yang seterusnya ialah Hospital Prince Court Medical Centre yang terletak di Kuala Lumpur. Asalnya, Prof Dr Muhaya berkhidmat di sini sebelum membuka pusat pakar matanya sendiri. Di antara pakej yang disediakan di sini ialah:

  • Premium lasik dengan harga bermula dari RM 3,690.00  untuk sebelah mata.
  • Premium lasik dengan harga bermula RM 6,990.00 untuk kedua-dua belah mata.
  • Blended lasik correction dengan harga bermula RM 7,990.00 bagi kedua-dua belah mata.

 9. Pakar Mata ExcelView, Mid Valley, Kuala Lumpur

ExcelView Laser Eye Centre Sdn Bhd adalah pusat rawatan mata yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan mata seperti pembedahan lasik dan pembuangan katarak. Harga untuk lasik mata bermula dari RM 5,600.00 bagi kedua-dua belah mata.

10. USJ Eye Specialist, Subang Jaya, Selangor

Pusat pakar mata yang menyediakan khidmat lasik mata yang terkahir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah USJ Eye Specialist yang  terletak di Subang Jaya, Selangor. Apa yang menarik, ia menyediakan perkhidmatan lasik dengan jaminan keadaan mata yang baik selepas pembedahan dilakukan dengan harga bermula dari RM 1,490.00 untuk sebelah mata.

Itulah dia info  tentang lasik mata  yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang punca mata kabur dan petua hilangkan eyebag.

Sumber:

  1. The Rohani

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.