Apakah jenis lantai bilik air yang bagus untuk digunakan untuk kediaman masing-masing?
Selain bilik tidur, tandas adalah ruangan penting bagi sesebuah rumah. Berbeza dengan ruangan lainnya, tandas digunakan setiap hari.
Dan semestinya memastikan ia dalam keadaan yang bersih, cantik, kukuh, dan tahan lama sebagai kegunaan lasak suatu perkara yang perlu dititikberatkan.
Artikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda tentang tips kemasan lantai bilik air dari aspek jenis material yang sesuai.
Lantai bilik air sedikit berbeza dengan lantai di bilik lain. Pada kebiasaannya, permukaan lantai ini perlu bersifat kalis air. Hal ini disebabkan oleh air boleh terpercik dari singki, dan ia juga boleh melimpah keluar.
Begitu juga yang terjadi ketika kita mandi. Dalam kata lain, lantai tersebut akan sentiasa basah dan lembap sepanjang masa. Justeru itu pemasangan jenis material lantai yang betul perlu dilakukan untuk memastikan ia dalam keadaan baik.
Berikut ini adalah beberapa jenis material lantai bilik air yang boleh dipilih:
Material porselin lebih kukuh dan tahan lama jika dibandingkan dengan seramik. Ini boleh dilihat dari sifat ketahanan airnya yang lebih tinggi dan mudah dijaga dalam beberapa keadaan yang sering berlaku dalam bilik air.
Selain itu, lantai bilik air dari jenis material porselin juga tahan calar, kotoran, dan untuk mencari design pilihan hati pun memang sangat mudah.
Namun begitu, jika niat anda ingin DIY sendiri semasa memasangnya mungkin lebih baik lupakan sahaja. Ini kerana permukaannya memang licin apabila basah dan tidak mudah untuk dipotong dan dibentuk.
Sejak kebelakangan ini, lantai bilik air dari material vinyl menjadi pilihan yang popular. Kelebihan vinyl adalah ia sesuai digunakan kepada sesiapa yang mahu DIY sendiri lantai semasa memasangnya .
Material ini juga boleh didapatkan di pasaran dari pelbagai saiz dan tekstur mengikut kesesuaian tandas masing-masing.
Jika bajet bukanlah masalah bagi anda, lantai bilik air dari batuan semula jadi mungkin pilihan yang tepat.
Sifat batuan semula jadi yang keras, tahan lama dan memberi impak visual yang menarik dari segi estetika sehingga menjadikannya antara bahan yang mempunyai nilai jualan semula jadi yang tinggi.
Lantai lamina jenis waterproof antara pilihan yang sesuai untuk lantai tandas. Selain laminate waterproof ini tahan lama dan mampu tahan kelembapan, ia juga mudah untuk dibersihkan.
Epoxy sebagai medium kemasan memang tidak asing lagi bagi kediaman kita. Epoxy flake coating adalah lantai yang tidak mudah nampak kotor dan tidak licin. Ia menjadi solusi terbaik bagi menangani masalah lantai bocor.
Kayu biasa tidak sesuai digunakan pada lantai bilik air kerana ia tidak mampu menahan kelembapan sehebat kayu yang berteknologi tinggi seperti engineered wood ini.
Diperbuat dari lapisan papan lapis, ia dapat menyelesaikan masalah di bilik air tanpa mengubah rupa fizikalnya yang menyerupai kayu asli.
Jubin homogen dikenali sebagai bahan lantai terkuat dan digunakan secara komersial di kebanyakkan tempat-tempat awam.
Asasnya terdiri daripada bahan jubin khas dan tanah liat yang mana ia sangat sesuai dipasang di ruangan yang basah seperti bilik mandi.
Jubin paling asas diperbuat daripada campuran tanah liat, pasir, dan bahan semula jadi ini adalah seramik.
Material lantai jenis ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding yang lain iaitu tahan lasak, mudah dijaga, mudah dipotong dan paling penting ia murah.
Namun begitu, jubin seramik tidak mempunyai pilihan dan corak yang banyak atau dalam kata lain kita terhad untuk memilih yang sesuai bagi dipadankan dengan bilik air di rumah.
Selain dari artikel mengenai lantai bilik air ini, anda juga boleh baca artikel tentang hiasan rumah seperti:
Rujukan: