Ramai wanita yang mengidamkan wajah bujur sirih, berdagu runcing dan berpipi tirus. Bagi mereka, bentuk wajah seperti itu nampak cantik dan sempurna. Apa sahaja gaya nampak sesuai tidak kiralah yang bertudung mahupun tidak.

Mempunyai pipi yang tembam umpama pau seakan-akan mimpi ngeri. Walaupun nampak comel dan rasa hendak dicubit-cubit, namun wajah runcing tetap menjadi dambaan. Lihat sahaja masyarakat Korea dan Amerika yang obses berwajah tirus.

Sebenarnya, anda tidak perlu membuat pembedahan kosmetik atau menggunakan produk-produk wajah yang merapu. Percayalah, itu semua bersifat sementara. Yang lebih merugikan, wang habis beribu-ribu pipi tetap macam pau. Lebih memburukkan keadaan kesan selepas itu nanti.

pipi tembam
Imej Via Bidadari

Sebab Pipi Tembam

Sebelum mengetahui cara untuk kuruskan pipi tembam, eloklah kita mengambil tahu sebab-sebab pipi menjadi tembam. Antaranya ialah:

  • Kenaikan berat badan

Lemak yang terkumpul pada bahagian pipi dan dagu disebabkan oleh kenaikan berat badan. Malahan, bahagian lemak pada wajah agak sukar dihilangkan terutamanya bawah dagu (double chin).

Ini disebabkan bahagian wajah paling kurang digerakkan berbanding anggota badan yang lain. Semakin tinggi berat badan, semakin galaklah lemak berkumpul di wajah. Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan bergula dan berlemak tinggi.

  • Faktor genetik

Ada sesetengah orang yang mewarisi pipi tembam disebabkan oleh faktor genetik. Biasanya mereka mempunyai bentuk tulang pipi yang lebih menonjol. Ini menyebabkan kesukaran untuk mengecilkan pipi.

Bukan semua pipi tembam disebabkan faktor genetik mempunyai masalah berat badan berlebihan. Ada yang berbadan kurus tetapi pipinya nampak comel. Disebabkan struktur wajah seperti ini, anda perlu redha dengan pemberian Allah.

  • Alahan

Alahan pada beberapa jenis makanan seperti makanan laut, telur, tomato, kekacang dan sebagainya juga akan menyebabkan pipi bengkak. Pembengkakan mungkin terjadi di keseluruhan wajah.

  • Retensi air

Retensi air menyebabkan pipi menjadi tembam. Ini disebabkan dehidrasi, pola pemakanan yang buruk, penyakit tertentu dan aliran darah yang tidak lancar.

  • Kurang tidur

Apabila kita mendapat tidur yang kurang berkualiti dan juga tidak cukup rehat, wajah akan kelihatan puffy selepas bangun tidur. Wajah yang sembap menyebabkan anda kelihatan kurang bermaya dan tidak sihat.

pipi tembam
Imej Via Bidadari

Cara Kuruskan Pipi TembamUrut wajah

  1. Senaman
  • Senaman rahang

Senaman ini sangat mudah dilakukan. Caranya ialah buka mulut selebar-lebarnya selama 10 saat kemudian tutup mulut. Ulang senaman ini sehingga bahagian rahang terasa panas.

  • Senaman lidah

Dikatakan bahawa senaman ini dapat mengurangkan lemak di bahagian pipi. Caranya ialah putar lidah di dalam mulut sama ada secara arah jam atau lawan jam. Buat senaman ini keika bangun dan sebelum tidur selama 30 saat.

  • Senaman bibir

Anda kena senyum selalu! Kedengaran lucu tetapi hasilnya menakjubkan tau! Cara ialah genggam kedua-dua tangan dan letakkan ibu jari di bawah dagu dan tekan sedikit. Kemudian, senyum dan kendurkan bibir. Buat beberapa kali hingga anda berasa sedikit lenguh.

  • Senaman pipi

Pipi yang tembam disebabkan oleh pergerakan yang kurang aktif di bahagian wajah. Oleh itu, bahagian pipi perlu digerakkan dengan kerap.

Caranya ialah tutup mulut dan kembungkan pipi sampai membesar seperti belon. Lakukan rutin senaman ini sebanyak 15 kali setiap hari.

pipi tembam
Imej Via Bidadari

2. Kunyah gula getah

Cari gula getah yang tiada kandungan gula. Anda boleh menjadikan aktiviti mengunyah gula getah sebagai 1 cara untuk mengecilkan pipi tembam.

3. Jaga pola pemakanan

Antara faktor utama yang menyebabkan pipi tembam ialah disebabkan kenaikan berat badan. Lemak akan mula berkumpul di wajah, lengan, perut, pinggang, peha dan betis. Oleh itu, anda perlu menjaga pemakanan untuk mengurangkan berat badan.

Perkara penting yang perlu dilakukan ialah mengurangkan pengambilan gula, garam, minyak dan makanan tinggi lemak. Mulakan diet harian dengan nutrien yang lengkap mengikut piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

4. Kumur air suam

Teknik ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja jika ada kelapangan. Caranya ialah kumur air suam yang sedikit hangat beberapa kali. Apabila rahang digerakkan dengan aktif, bahagian pipi juga akan terkesan.

5. Teknik air batu

Teknik urutan menggunakan air batu dikatakan sering dilakukan di pusat kecantikan. Caranya ialah ambil sehelai tuala lembut dan masukkan beberapa ketul ais. Bungkus dengan cermat.

Sapukan minyak kecantikan dan serum di sekitar wajah. Dengan bungkusan tuala berisi ais, lakukan urutan dari arah bawah dagu ke atas. Buat urutan selama 2 minit sehingga serum meresap ke dalam kulit. Buat 3 kali seminggu.

6. Teknik meniup

Seperti mana kita meniup belon atau lilin, ia juga boleh dipraktikkan untuk mengecilkan pipi tembam. Caranya ialah kembungkan pipi selama 5 minit dan kuncupkan semula. Ulang langkah ini sebanyak 5 hingga 10 kali setiap hari.

7. Urutan wajah

Teknik ini dikatakan paling berkesan untuk kuruskan pipi tembam. Anda tidak perlu membeli sebarang alat urutan yang mahal. Cukuplah hanya dengan menggunakan tangan.

Caranya ialah sapukan minyak zaitun atau sebarang pelembap yang bersesuaian di seluruh wajah. Kemudian, dengan hujung jari kedua-dua belah tangan, urutkan wajah bermula dari bawah dagu.

Urut dari bawah dagu dan naik ke bahagian dahi. Urut setiap hari sebanyak 50 hingga 100 kali. Pastikan wajah anda lembap dan tidak kering semasa proses urutan.

pipi tembam
Imej Via Bidadari

Sampai di sini sahaja perbincangan penulis tentang cara kuruskan pipi tembam. Bagi pembaca yang ada masalah ini, anda bolehlah mencuba mana-mana 1 tips yang telah dikongsikan.

Yang penting jaga pemakanan, bersenam selalu dan dapatkan tidur yang berkualiti. Tips yang dikongsikan ini perlu dibuat secara konsisten hingga anda mendapat hasil yang diingini. Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja tau!

Anda juga boleh tentang tips kuruskan badan tanpa produk piramid makanan dan khasiat limau purut untuk kurus. Selamat membaca!

Rujukan

  • 10 Cara Mengecilkan Pipi Tembam dalam 2 hari Saja (link)

Penulis: Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.