Masyarakat Cina menyambut pelbagai sambutan perayaan mereka setiap tahun. Sama seperti masyarakat Melayu juga, mereka mempunyai kuih yang dibuat khas untuk perayaan penting ini.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda beberapa jenis kuih tradisional cina yang popular setiap kali tibanya perayaan mereka.

Populasi masyarakat Cina di Malaysia

Masyarakat Cina di Malaysia dikatakan adalah etnik kedua terbesar di Malaysia selepas masyarakat Melayu. Kaum Cina ini terdiri daripada beberapa kategori etnik seperti Cina Min, Cina Yue, Cina Hakka, Cina Wu dan Cina Utara.

Tidak dinafikan perkahwinan antara Puteri Cina, Hang Li Po dan Sultan Melaka dulu telah menyebabkan perkembangan kaum Cina semakain pesat di Malaysia pada zaman kini.

Aneka kuih tradisional Cina yang wajib kita ketahui

Masyarakat Cina juga kaya dengan adat resam, tradisi dan budaya mereka yang unik. Setiap kali menjelang perayaan mereka, pastinya terdapat pelbagai aneka kuih tradisional Cina yang dikongsikan bersama.

Berikut ini kami kongsikan butiran lengkap mengenai aneka kuih tradisional Cina:

1. Kuih bulan

kuih tradisional cina

Kuih bulan sangat popular bagi semua masyarakat di Malaysia. Ia adalah sejenis manisan yang sangat cantik dan biasa disediakan untuk Pesta Tanglung yang berlangsung pada bulan 8 dalam kalender Lunar.

Kuih ini berbentuk bulan disebabkan ianya disediakan ketika perayaan musim luruh kerana itu bentuknya bulat ataupun bersegi.

2. Bak Chang

Bang chang atau juga dipanggil sebagai Zongzi biasanya dimakan dan disediakan bagi meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.

Kuih ini diperbuat daripada beras pulut yang berinti, lalu dibalut pula dengan daun buluh. Cara masaknya, ia perlu dikukus dan digantung untuk dikeringkan.

3. Kuih kapit

Kuih kapit atau juga dikenali sebagai kuih sepit menjadi pelengkap kuih tradisional Cina setiap kali tibanya Tahun Baru Cina.

Proses pembuatan kuih ini memang agak mudah, tetapi ketepatan masa ketika  membakar amat penting agar kuih tidak hangus. Dalam erti kata lain, kepantasan diperlukan dalam penyediaannya.

Bahan-bahan adunannya ringkas sahaja seperti tepung gandum, telur, santan dan sedikit gula. Lalu memasukkan bancuhan kuih ke dalam pengepit besi, dan dibakar di atas bara.

4. Tang Yuan

Sekali pandang macam serupa kuih puteri mandi. Namun, kuih ini sebenarnya adalah Tang Yuan. Secara tradisinya ia dimakan semasa Yuanxiao atau Festival Tanglung.

Hidangan ini disediakan berbentuk bebola beras pulut yang kenyal berkuahkan sirap manis. Kerap dijadikan santapan ketika musim sejuk pada bulan Disember di negara China.

5. Dim Sum

Kombinasi dim sum dan teh cina atau yum cha adalah pilihan yang popular di kalangan masyarakat Cina.

Pencuci mulut ini disediakan dalam bentuk yang kecil dan berintikan beberapa jenis inti seperti daging, makanan laut, dan sayur-sayuran.

6. Jiaozi

Kuih tradisional Cina yang popular selanjutnya adalah Jiaozi. Ia dipanggil “Jiaozi” yang bermaksud makanan paling sedap.

Kuih ini sangat rapat dikaitkan dengan aktiviti perkumpulan. Pada zaman dulu, apabila orang Cina berkumpul, pastinya Jiaozi akan menjadi santapan utama mereka.

Untuk menghasilkan Jiaozi, caranya agak rumit tetapi memang berbaloi. Kita memerlukan langkah demi langkah untuk membuatnya bermula dengan pembuatan kulitnya dahulu.

Kulit Jiaozi diperbuat daripada tepung gandum, manakala intinya daripada pelbagai jenis bahan termasuklah daging, sayur-sayuran, hasil laut, dan sebagainya.

Cara masaknya pelbagai, kita boleh pilih sama ada untuk merebus, mengukus, atau mengorengnya. Merebus adalah acara yang paling popular sekali.

7. Kuih bakul

kuih tradisional cina

Jika masyarakat Melayu terkenal dengan kuih dodol, kaum Cina pula popular dengan Kuih Bakul atau dinamakan sebagai nian gao.

Teksturnya yang kenyal tentunya mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Menurut orang yang mahir akan pembuatannya, kuih bakul hanya boleh disiapkan dalam tempoh tiga hari.

Selain dari artikel mengenai jenis kuih tradisional cina ini, anda juga boleh baca artikel petua kami yang lain berkenaan budaya dan tradisi di Malaysia seperti:

Rujukan:

  1. Senarai Makanan Tradisional Cina Paling Popular. Adi Channel
  2. Makanan Tradisional Cina. Femu Junnedyas
  3. Pilihan Jenis Makanan Tradisional Cina Wajib Anda Cuba. Saji

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.