Siapa pernah makan kuih ropa atau dikenal dengan kuih lipat Terengganu? Ada lagi kah yang jual kuih ini sekarang?
Kami gerenti mesti ramai yang belum jumpa kuih ini. Bagi sesiapa yang belum tahu rupa kuih ini, sila tengok resepi di bawah. Resepi kuih ropa siap-siap kami tulis di bawah dan sedia untuk dijadikan hidangan minum petang.
Kuih ropa terdiri daripada bahagian kulit dan inti. Lapisan kulit diperbuat dengan cara menggoreng tanpa minyak adunan tepung dalam kuali leper. Dan lapisan inti pula diperbuat kurang lebih seperti inti karipap iaitu menggunakan bahan asas kentang. Kemudian inti akan dibalut dengan kulit kuih ropa tadi dan digoreng lagi sekejap dengan sedikit minyak dalam kuali leper. Kuih ropa teksturnya garing di luar.
Senang sahaja jika anda berminat untuk mencuba buat kuih ropa. Selain untuk hidangan minum petang, kuih ropa juga sedap untuk hidangan sarapan. Selamat mencuba. Resepi dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.
Imej via Facebook
Selain kuih ropa, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.