Pernah dengar tentang kucing Maine Coon? Pasti para pecinta kucing mengenali  setiap baka kucing termasuk kucing unik ini. Setiap jenis atau baka kucing mempunyai perbezaan dari segi sifat, paras dan sebagainya.

Jika ada yang tak tahu, kucing dengan baka Maine Coon popular dengan saiz kucing yang terbesar di dunia berbanding kucing biasa. Bulu kucing untuk baka ini cantik, memiliki misai yang panjang, telinga berbulu dan ekor gebu yang seakan berus.

Maine Coon pernah mencipta rekod kucing terpanjang di dunia. Rekod terbaru kucing Maine Coon terpanjang di dunia diperolehi oleh kucing bernama Stewie yang berasal dari Reno, Nevada.  Ia memiliki panjang 48.5 inci dari hidung ke ekor. Ekornya sahaja sudah mencecah 16.3 inci.

Merupakan ras kucing dari daerah Maine di Amerika Syarikat, kucing Maine Coon jantan mempunyai anggaran berat sekitar 6.5kg hingga 11kg manakala kucing betina 4.5kg hingga 7kg. Boleh bayang tak berat dan kegebuan kucing ini?

Ada yang berminat untuk memelihara kucing ini? Jom teroka fakta menarik kucing Maine Coon!

Bintang filem

Imej via [ Cracked ]

Bagi peminat-peminat Harry Potter, anda pasti pernah melihat kucing Maine Coon yang turut membintangi dalam salah satu edisi filem lejen ini. Salah satu kucing perliharaan Mrs. Norris ini yang diberi nama Pebbles sebenarnya adalah kucing Maine Coon.

Aktif

Siapa sangka kucing bertubuh besar ini aktif dan suka bermain. Jika anda hendak memeliharanya, pastikan anda menyediakan pelbagai alat untuk si comel ini bermain dan sering meluangkan masa bersama mereka. Dengan sikapnya yang aktif, tak peliklah jika kucing ini pandai dan sangat suka akan trick.

Penyayang dan ramah

Walaupun dari luaran menampakkan kucing ini tegas dan liar, namun hakikatnya sifat penyayangnya pasti menambat hati sesiapa yang mendekati. Kucing ini mudah didekati dan mendekati sesiapa sahaja termasuklah haiwan lain. Maine Coon suka bermain dan akan menunjukkan minatnya terhadap apa yang pemiliknya lakukan.

Suka bercakap atau menyanyi

Tahukah anda, kucing ini jarang mengiau seperti kucing yang lain. Suara baka Maine Coon mempunyai melodi dan seakan-akan sedang bercakap dan menyanyi. Kadangkala mereka menggunakan suara atau ‘nyanyian’ ini untuk menunjukkan bakat dan mendapatkan perhatian dari tuannya.

Boleh menyesuaikan diri pada musim sejuk

Maine Coon adalah satu-satunya kucing yang dapat menyesuaikan dirinya dengan mudah ketika musim sejuk atau musim salji. Bulunya yang panjang, tebal dan gebu serta kakinya yang bulat seakan-akan boot salji, membantu kucing ini untuk kekal hangat. Uniknya, kadangkala Maine Coon menggunakan ekornya yang panjang dan melilitkannya di badan untuk kehangatan berganda.

Baka dengan banyak warna

Jika kebanyakkan kucing lain mempunyai corak dan warna tertentu, namun tidak untuk kucing ini. Maine Coon boleh didatangi dengan kira-kira 75 warna dengan kombinasi corak berbeza. Kucing Maine Coon yang mempunyai baka yang susah untuk membiak sering mempunyai warna oren, kelabu, keemasan dan putih.

Mempunyai jari tambahan

Tidak semua namun kebanyakan kucing Maine Coon sering menghasilkan genetik yang mempunyai jari kaki tambahan. Tak seperti kucing lain, kucing ini mempunyai 6 jari kaki yang gebu. Anda akan jelas melihatnya dari jarak dekat kerana jarinya ditutupi dengan bulu yang tebal.

Antara kucing termahal di dunia

Tahukah anda harga sebenar kucing ini? Pada tahun 2022, anggaran harga kucing ini adalah RM 5000 untuk kucing dewasa. Hal ini menjadikannya antara kucing termahal di dunia. Walaupun harga sedikit mahal, tetapi pasti ramai yang ingin membelinya kerana kecomelannya, gebu dan mempunyai personality yang unik.

Mempunyai beberapa gelaran

Di luar negara, kucing ini mempunyai beberapa nama gelaran yang glamour. Ada yang menggelarnya sebagai ‘Dog of The Cat World’ kerana personalitinya seakan-akan  anjing.Ada juga yang memanggilnya sebagai singa kecil kerana saiz yang besar dan bulunya yang lebat terutama pada bahagian tengkuk.

Suka akan air

Kebanyakan kucing takut dengan air dan paling ketara dilihat sewaktu hendak memandikan mereka. Namun tidak bagi Maine Coon kerana mereka sememangnya gemar bermain air. Nak mandikan mereka dalam bathub  dengan air yang penuh pun mereka boleh bermain dengan lincah. Bulunya yang tebal juga menjadikan ‘kot’ kucing ini kalis air.

Tips penjagaan kucing Maine Coon

Unik betul kucing Maine Coon ini. Pasti ramai yang hendak memeliharanya selepas melihat keistimewaan dan ciri-ciri menarik pada kucing ini. Berikut merupakan beberapa tips umum penjagaan Maine Coon  yang anda perlu tahu sebelum memeliharanya:

  1. Beri makanan yang bernutrisi iaitu makanan kering yang berkualiti sebanyak dua hingga 4 kali sehari. Elakkan memberi makanan basah lebih dari dua kali dalam seminggu.
  2. Sentiasa sediakan sumber air bersih.
  3. Sering luangkan masa, bermain dan memberi perhatian terhadap kucing ini.
  4. Sediakan ruang yang besar dan alat bermain untuk kucing ini kekal aktif.
  5. Sentiasa menguruskannya sebaik mungkin seperti memandikannya, memotong kuku serta menggosok atau trim bulunya ketika semakin lebat.

Banyak lagi tips penjagaan untuk memelihara kucing Maine Coon ini kerana kucing ini memerlukan panjagaan yang rapi. Namun cukup untuk pengetahuan umum lebih-lebih lagi buat mereka yang baru ingin memelihara kucing baka ini.

Anda seorang penjaga dan pecinta kucing? Kami juga ada menulis beberapa artikel mengenai si comel yang pasti bermanfaat buat anda seperti:

Rujukan

  1. Coleman, L. (n.d.). 11 Surprising Facts About Maine Coon Cats. Rover.com. https://www.rover.com/uk/blog/maine-coon-cats/ [link]
  2. Johns, O. (2022). 10 Of The Largest Maine Coon Cats in 2022. Hepper Blog. https://www.hepper.com/largest-maine-coon-cats/ [link]
  3. Stewardson, K. (n.d.). 20 Surprising Maine Coon Cat Facts!. Maine Coon Central. https://www.mainecooncentral.com/maine-coon-cat-facts/ [link]

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.