Menghilangkan lemak badan, menjadi kurus ialah keinginan semua orang. Tidak hanya wanita, namun lelaki juga. Pelbagai cara dilakukan orang untuk mendapatkan saiz badan yang ideal dan proporsional.

Antara cara yang dilakukan ialah berdiet. Salah satu nama dietnya iaitu diet atkins. Diet atkins ialah program menghilangkan berat badan lewat pemakanan makanan rendah karbohidrat. Diet ini dicipta oleh Dr. Robert Atkins dan sangat terkenal.

Ramai orang yang telah melakukan cara diet ini dan banyak antara mereka yang berjaya menurunkan berat badan.

Diet atkins tidak menyiksa. Ianya membolehkan kita untuk makan seperti biasa namun dengan low-carbohidrat dan mengikuti fasa-fasa tertentu. Anda tidak perlu risau bila melakukan diet atkins. Kerana diet ini tidaklah mengikat perut macam diet pada umumnya.

Pada perkongsian ini kami hadirkan 10 resepi diet atkins pilihan ramai yang dikongsikan oleh Nurulnabila Zaidi di laman Facebook. Resepi ini telah mendapat perkongsian sebanyak 68k semasa ianya ditulis. Percaya tidak percaya anda harus mencubanya sendiri. Semoga berjaya melakukan diet anda.

Resepi Dada Ayam Lada Hitam + Park Choy Rebus

dada ayam lada hitam + park choy rebus

Imej via Facebook

Resepi pertama iaitu dada ayam lada hitam yang digandingkan dengan sayur park choy. Malah daging ayam yang pejal itu mulai sekarang anda harus terbiasa memakannya. Supaya diet atkins anda berjaya.

Bahan-bahan :

  • 1 keping dada ayam,
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk,
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk,
  • Sedikit parsley (tidak ada pun tidak apa),
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Ayam dibersihkan dan toskan.
  2. Perap semalam (perap 30 minit pun ok).
  3. Kemudian panaskan minyak zaitun 1 sudu kecil di atas kuali non stick.
  4. Lalu letak dada ayam yang sudah diperap.
  5. Agak-agak sudah masak. Angat dan sedia dihidangkan.
  6. Park choy direbus macam biasa saja.

Resepi Roti Canai Tuna

roti canai tuna

Imej via Facebook

Kalau mahu diet kena cari makanan yang rendah karbohidrat. Untuk resepi ini pula kena cari tuna yang rendah karbohidrat. Kalau mahu clean diet elakkan makanan dalam tin ya.

Bahan-bahan :

  • 1 biji telur ,
  • 2 sudu tuna (saya guna tuna sunflower oil ayam brand),
  • 1 biji cili api dihiris,
  • Secubit garam,
  • Sedikit minyak zaitun,

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Goreng macam telur dadar.

Resepi Sandwich Tuna Bersalut Telur

sandwich tuna bersalut telur

Imej via Facebook

Jangan lupa cari tuna paling rendah karbohidrat. Chicken slice dan hot dog boleh dielakkan kalau tidak mahu guna. Makanan segera kena kurangkan atau dielakkan. Tomato bersukat, fasa 1 elakkan ya.

Bahan-bahan :

  • 2 biji telur,
  • Timun (timun jepun rendah karbohidrat),
  • Tomato (guna sedikit saja) fasa 1 elakkan,
  • Salad,
  • Sekeping cheese,
  • Sekeping chicken slice.

Cara-cara :

  1. Campurkan bahan.
  2. Buat telur dadar nipis-nipis.
  3. Dapatkan 4 keping.
  4. 1 telur bulat potong 4.
  5. Telur yang sudah dipotong-potong tadi jadikan roti.
  6. Sapu tuna dan susun chicken slice, cheese, tomato, timun dan salad.
  7. Siap.

Resepi Ayam Rendang Grill

ayam rendang grill

Imej via Facebook

Resepi ini tidak seberapa lulus fasa 1 atkins. Masa beli serbuk rendang pula, kena tengok jumlah karbohidrat dalam serbuk rendang.

Bahan-bahan :

  • 2 sudu serbuk rendang adabi,
  • Sebiji cili api dihiris,
  • Seulas bawang putih dihiris,
  • Sebiji bawang merah kecil dihiris,

Cara-cara :

  1. Perap ayam dengan bahan selama 15 minit @ semalaman.
  2. Grill di atas kuali non stick dengan sedikit minyak zaitun.
  3. Siap.

Resepi Daging Telur Masin + Park Choy Rebus

daging telur masin park choy rebus

Imej via Facebook

Resepi ini menggunakan carrot, dimana carrot tinggi karbohidrat. Untuk fasa 1 baiknya dielakkan. Resepi ini lulus atkins fasa 1 2 3 4.

Bahan-bahan :

  • Daging dihiris nipis,
  • 1 sudu mentega,
  • 1 biji telur masin direbus dan dihancurkan,
  • 1 ulas bawang putih dihiris,
  • Carrot,
  • Daun kari agak-agak saja.

Cara-cara :

  1. Goreng daging dengan sedikit mentega kemudian angkat.
  2. Cairkan mentega,
  3. Tumis bawang putih,
  4. Masukkan daging, carrot, daun kari, secubit garam.
  5. Siap.
  6. Rebus park choy dan toskan.

Resepi Nudget Tempura Ayam Berkeju

nugget tempura ayam keju

Imej via Facebook

Resepi ini boleh dijadikan snek minum petang kalau lapar. Keuntungan lain ialah ia boleh simpan seminggu dalam peti sejuk. Selamat karbohirat sebab tidak guna tepung. Lulus atkins fasa 1 2 3 4.

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur,
  • 1 keping dada ayam,
  • 1 keping cheese slice,
  • Secubit garam,

Cara-cara :

  1. Blender semua bahan.
  2. Masukkan dalam bekas.
  3. Kukus selama 20 minit.
  4. Jika sudah sejuk, keluarkan dan potong ikut suka.
  5. Selepas itu boleh simpan dalam peti ais..
  6. Kalau mahu goreng, boleh terus goreng macam itu saja atau celup telur putih..
  7. Siap.

Resepi Daging Goreng Kunyit + Saderi

daging goreng kunyit +saderi

Imej via Facebook

Serbuk kunyit pun ada karbohirat. Hati-hati ya kena beli yang rendah karbohidrat.

Bahan-bahan :

  • Daging,
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit,
  • 1 ulas bawang putih dihiris nipis,
  • 3 biji cil api dihiris,
  • Sebatang saderi dihiris,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Daging dihiris nipis ditambah 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  2. Tumis bawang putih sampai garing.
  3. Kemudian masukkan daging,
  4. Lalu masukkan saderi, cili api dan sedikit garam.
  5. Agak-agak sudah masak baru tutup api.
  6. Siap.

Resepi Sambal Daging Cincang + Telur Mata Banjir

sambal daging cincang + telur mata banjir

Imej via Facebook

Resepi diet atkins berikutnya ialah sambal daging cincang dan telur mata. Daging dan telur mengandungi banyak protein. Bersama diet atkins tidak kuatir lagi makan daging.

Bahan-bahan :

  • Daging kisar brand ramli, guna daging biasa pun boleh dihiris nipis.
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk,
  • 3 sudu besar cili kering,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih sampai garing.
  2. Masukan cili kering dan biar sampai masak.
  3. Masukkan daging kisar.
  4. Masukkan perasa sedikit garam.
  5. Buat telur mata banjir macam biasa.
  6. Siap.

Resepi Keropok Lekor Tanpa Tepung (Versi Kurus)

keropok lekor tanpa tepung

Imej via Facebook

Mesti banyak orang yang risau makan keropok lekor. Kuatir dengan minyak, kolesterol dankarbohidrat. Namun dengan resepi ini anda boleh makan keropok lekor juga walau tengah berdiet.

Bahan-bahan :

  • 1 kg ikan kembung,
  • 2 sudu lada hitam tumbuk,
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 1 biji bawang merah,
  • Garam secukupnya.

Cara-cara :

  1. Ikan dibuang tulangnya.
  2. Blender isi ikan, bawang putih, bawang merah, lada hitam yang ditumbuk dan garam.
  3. Kemudian boleh bulatkan dan rebus.
  4. Bila sudah timbul tandanya sudah masak. Toskan.
  5. Kemudian goreng.
  6. Siap.

Resepi Cekodok Daging (Versi Kurus)

cekodok daging

Imej via Facebook

Cekodok daging tanpa tepung. Rendah karbohidrat namun mengenyangkan. Boleh dijadikan camilan petang-petang.

Bahan-bahan :

  • Daging kisar brand ramli, kisar sendiri pun boleh,
  • Setengah cawan taugeh (bersukat),
  • Setengah cawan daun kucai,
  • 1 ulas bawang putih dihiris,
  • 1 biji bawang merah dihiris,
  • Sedikit garam.

Cara-cara :

  1. Gaul sebati semua bahan.
  2. Goreng macam cekodok.
  3. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi atkins, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.