Bagi seorang wanita, kitaran haid adalah sesuatu yang sangat penting kerana ia adalah salah satu kayu pengukur kesuburan tubuh badannya.
Kitaran haid yang normal menandakan bahawa tubuhnya mengeluarkan telur setiap bulan maka ia adalah petunjuk bahawa wanita itu seorang yang subur sementara kitaran haid yang tidak normal dan tidak tetap berkemungkinan berpunca daripada tahap kesuburan yang rendah.
Oleh itu adalah sangat penting untuk seorang wanita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kitaran haid normal dan tidak normal.
Kitaran haid yang normal adalah pusingan haid yang teratur di mana seorang wanita didatangi haid pada pusingan yang teratur tanpa sebarang masalah.
Secara purata umur paling awal untuk seorang gadis didatangi haid adalah pada usia 9 tahun dan selewatnya pada usia 15 tahun. Selewat-lewatnya 15 tahun. Jika seorang anak gadis masih belum didatangi haid pada usia 15 tahun, dia perlu dibawa ke klinik untuk mengalani pemeriksaan bagi memastikan tiada sebarang ketidak normalan atau masalah pada system peranakannya.
Kitaran haid yang normal ialah 28-35 hari. Kitaran haid yang terlalu panjang atau terlalu pendek adalah dianggap sebagai tidak normal dan memerlukan rawatan bagi memastikan ianya normal semula. Hari pertama haid adalah hari pertama dalam kitaran haid.
Maksudnya, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari, dia akan didatangi haid semula pada hari yang ke29. Dan begitulah seterusnya kitaran yang sama akan terus berulang.
Namun ada masanya mungkin jumlah hari dalam kitaran akan berubah sedikit bergantung kepada beberapa faktor seperti:
Sedikit perubahan pada kitaran haid adalah normal. Sesekali anda akan perasan haid anda mungkin terlewat atau terawal beberapa hari. Ianya adalah normal asalkan masih berada dalam anggaran 18 sehingga 35 hari.
Untuk pengetahuan anda, darah haid adalah berbeza di antara individu bergantung kepada kaum, genetik, suhu persekitaran, pemakanan dan kandungan lemak dalam badan, gaya hidup, dan sebenarnya. Oleh itu tempoh haid, warna darah haid, serta bau adalah tidak sama bagi setiap wanita.
Tempoh haid yang normal adalah selama 5 hingga 7 hari. Purata jumlah darah dan tisu yang hilang ketika seorang wanita didatangi haid ialah sekitar 30 hingga 50 militer (ml) sehari.
Sekiranya aliran darah haid terlalu laju dan melebihi 80ml sehari anda perlu berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Pemindahan darah mungkin dilakukan untuk menggantikan darah yang hilang dari tubuh badan.
Kitara haid yang tidak normal ialah kitaran haid yang tidak menentu dan pusingan yang melebihi 35 hari. Terdapat beberapa scenario kitaran haid yang tidak normal iaiatu:
Kitaran haid yang tidak normal mungkin petanda bahawa ada masalah dengan system peranakan dan boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung.
Selain kitaran haid, seorang wanita juga perlu memerharhatikan keadaan darah haidny a kerana sebarang ketidak normalan pada darah haid boleh menjadi tanda bahawa ada yang tidak kena dengan system pembiakan wanita tersebut. Di antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:
Itulah dia info tentang kitaran haid normal dan tidak normal yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai perkongsian kami pada hari ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang waktu subur wanita, perbezaan darah haid dan istihadah, dan rawatan kesuburan.